ezzaty buang ketulan payu dara 1

Kredit foto: Instagram Azwan Kombos

Aktres Ezzaty Abdullah akhirnya selamat menjalani pembedahan membuang ketulan di sekitar payu dara, petang semalam.

Kata suaminya, aktor Azwan Kombos, wanita itu mula mengesan ketulan tersebut sejak beberapa hari lalu.

Percubaan untu merawatnya melalui kaedah urutan tidak membuahkan hasil sebelum akhirnya mereka membuat keputusan untuk bertemu pakar.

ezzaty buang ketulan payu dara 2

Kredit foto: Instagram Azwan Kombos

"Kita adalah bawa berurut tapi tak pecah-pecah juga jadi bila pergi jumpa pakar barulah nampak ada ketulan di sekitar bahagian payu dara," kata Azwan.

Menurutnya lagi, saiz ketulan itu dianggarkan sebesar bola pingpong.

"Saiznya bila dikeluarkan lebih kurang sebesar bola pingpong," katanya.

Dalam pada itu, aktor ini bersyukur kerana mampu mengesan penyakit itu dengan lebih awal.

Terdahulu, Ezzaty melahirkan anak sulung yang kini sudahpun mencecah usia 2 bulan.

Sumber berita: Sinar Harian


tags : , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)