walaupun kalah pru14 azwan ali tetap kota janji 1

Kredit foto: BH Online

Terpaksa berpuas hati dengan jumlah 90 undi yang diraih dalam pertembungan lima penjuru bagi DUN Bukit Antarabangsa, Azwan Ali yang tewas di Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) turut akur kehilangan wang pertaruhannya.

Secara keseluruhan, selebriti sensasi yang mesra disapa Diva AA ini hanya mendapat 12.5 peratus atau satu per lapan undi daripada jumlah keseluruhan yang dikira.

Beliau sekaligus kalah di tangan abangnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang memungut majoriti 25,512 undi.

Azwan berkata, dia reda dengan kekalahan atas pilihan majoriti pengundi setempat. 

walaupun kalah pru14 azwan ali tetap kota janji 2

Kredit foto: beritaharian.sg

“Saya reda dan menghormati keputusan yang telah dibuat penduduk kawasan berkenaan.

"Saya sudah lakukan yang terbaik untuk PRU14 dan saya menghormati keputusan yang telah dibuat rakyat," katanya kepada Mstar.

Sementara itu, calon paling hangat diperkatakan itu juga akur dengan pemimpin yang berjaya mendominasi kepimpinan dalam musim pilihan raya kali ini.

“Peristiwa warna-warni PRU14 telah pun kita lalui. Siapa pun yang memimpin ‘biaq pi’," ujarnya.

Kekalahan itu juga tidak memadamkan niat Azwan untuk melunaskan janji kepada penduduk setempat.

“Apa yang penting, Diva AA tetap akan menunaikan janji seperti nak belanja rendang," katanya yang memberi saingan selaku calon bebas dengan mempertaruhkan logo gajah.


tags : , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)