Kredit foto: Instagram Fizi Ali

Juruhebah Suria FM, Fizi Ali dan aktres Shakilla Khoriri selamat bergelar suami isteri pada jam 10.37 pagi semalam di Dewan Chersonese Media Hall, Maju Junction Mall.

Di hadapan 200 tetamu yang merupakan ahli keluarga dan teman rapat mereka, Fizi, 29 dan Shakilla, 29, dinikahkan oleh bapa Shakilla, Mohd Khoriri bin Markon dengan mas kahwin RM300.

Pihak pengantin lelaki menghantar lima dulang hantaran berbalas tujuh dulang daripada pihak perempuan.

Difahamkan pasangan itu mula berkenalan sejak membintangi telemovie Tuty Polkadot pada tahun 2012, sebelum memutuskan untuk bertunang pada 18 Julai selepas tiga tahun bercinta.

Fizi yang bakatnya dicungkil menerusi rancangan pencarian bakat Pilih Kasih musim kedua ini, menzahirkan rasa syukur atas kelancaran majlis yang berlangsung.

“Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Kami mengucapkan terima kasih kepada mereka yang mendoakan kami.

“Doakan kebahagiaan kami dan semoga ikatan perkahwinan ini kekal hingga ke jannah,” kata Fizi.

Majlis resepsi berlangsung pada hari sama, jam 8 malam.

Sumber berita: Sinar Harian




Hakcipta iluminasi.com (2017)