Kredit foto: Instagram Iqram Dinzly

Para selebriti yang turun mengundi semalam, menjadi tumpuan besar di media sosial.

Tidak keterlaluan dikatakan, populariti mereka hampir setara dengan calon yang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) kali ini.

Tidak terkecuali artis lelaki kelahiran Ipoh, Perak, yang mencetuskan sensasi dengan pelbagai rakaman pelik di media sosial sebelum ini iaitu Iqram Dinzly, mencuri perhatian ketika hadir membuang undi di Sekolah Agama Osmaniah, Ipoh.

Menceritakan pengalamannya, Iqram berkata, dia yang melunaskan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia buat kali kedua itu, menganggap ia sebagai suatu pengalaman yang amat mengujakan.

Mana tidaknya, katanya, bahang yang dirasakan kali ini begitu ketara bezanya daripada PRU13 yang lalu.

iqram dinzly turun mengundi jadi tumpuan 2

Kredit foto: Sinar Harian

“Pengalaman kali ini membuatkan saya dalam dilema untuk mengundi siapa sama ada prokerajaan atau pro-pembangkang. Perlawanan kali ini sangat mencabar.

“Sebenarnya, ini sesuatu yang baik untuk Malaysia bagi melihat balik apa yang berlaku kononnya cantik di luar buruk di dalam inilah yang saya maksudkan selama ini,” katanya memetik laporan Sinar Harian.

Para peminat tidak melepaskan peluang memanfaatkan peluang berswafoto bersamanya yang hadir kira-kira jam 1.40 petang.




Hakcipta iluminasi.com (2017)