bertemu iqram dinzly ini luahan ustaz kazim

Kredit foto: Facebook Dato' Ustaz Mohd Kazim Elias & Instagram Iqram Dinzly

Datuk Mohd Kazim Elias, akui menerima kunjungan aktor sensasi, Iqram Dinzly di pejabatnya di Pusat Pendidikan Al-Barakah, Ipoh, dua hari lalu.

Pendakwah terkenal itu bagaimanapun memberitahu pertemuan mereka berlangsung dalam suasana harmoni, malah aktor itu kelihatan sihat akal fikiran.

"Menerima kunjungan Iqram, sudah lama tak jumpa dia, syukur dia sihat, ok sangat...lama jugak borak dengan dia tadi. Halus pemikiran dia," katanya dalam perkongsian di laman Facebook.

Terdahulu, Iqram, 35, mendapat hentaman hebat di media sosial kerana sering beraksi pelik seperti menari, menyanyi dan bermain senjata tajam dalam video secara langsung di Instagram.

Susulan itu, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri melahirkan hasrat untuk bertemu empat mata dengannya bagi memahami keadaan sebenar beliau. 

Mengulas isu perangai peliknya, Iqram mengakui dia hanya ingin mendapatkan perhatian umum.

Dalam pada itu, Kazim berkata, beliau sempat membuat teguran kepada aktor itu sewaktu pertemuan mereka.

"Saya sampaikan juga nasihat kepada dia," katanya.

Malah, kunjungan Iqram tempoh hari turut disertai rakan pelakon, Johan As'ari.

"Empat bulan lepas saya ajak dia (Johan) ke Al-barakah hari ini dia datang dengan sahabat yang lain," katanya.

Sementara itu, Kazim meluahkan rasa gembira kerana berpeluang bertemu secara peribadi dengan kedua-dua mereka. 

"Ceria dan sejuk memandang mereka. Insya-ALLAH, Johan akan belajar di Al-barakah begitu juga dengan Iqram cuma, dia perlu menemani ibunya yang masih dalam edah. Tahniah Iqram dan Johan.. saya doakan anda kuat dan menjadi insan yang hebat," katanya.

bertemu iqram dinzly ini luahan ustaz kazim 2

Kredit foto: Facebook Dato' Ustaz Mohd Kazim Elias
Sumber berita: Sinar Harian 

tags : , , , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)