Aktor Iqram Dinzly menamakan dua arnab pemberian Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri sebagai Ahmad dan Che Jah.

Iqram, 37, berkata, nama itu adalah bersempena nama gelaran arwah datuk dan nenek sebelah arwah bapanya.

“Baru semalam saya berikan nama arnab ini. Saya memang sukakan nama kampung, jadi saya pilih nama ini. Macam monyet saya dulu, saya namakan Ahdam," katanya memetik laporan portal Harian Metro.

Iqram akui berasa teruja kerana ia adalah pengalaman pertamanya memelihara haiwan comel itu.

“Ini kali pertama saya memelihara arnab. Sebelum ini saya pernah ada ayam, itik dan burung. Masuk dua hari bersama arnab ini, saya berasa sangat seronok.

“Semalam juga kedua-duanya bersenyawa. Bagi saya memelihara haiwan sesuatu yang baik dan boleh dijadikan terapi diri.

“Semua orang pun boleh praktikkan dalam hidup. Tidak menyusahkan pun. Macam mufti pun, dia turut membela arnab, kucing dan ayam,” katanya.

Dalam pada itu, Iqram melahirkan rasa kagum dan memuji Dr Zulkifli yang disifatkannya seorang yang sederhana dan merendah diri.

iqram dinzly dedah nama arnab 2

Sementara itu, Iqram memberitahu dia tidak kekok menjaga arnab memandangkan dia terlebih dahulu mempunyai pengalaman memelihara haiwan lain.

“Pagi sampai petang saya lepaskan arnab ini di luar rumah. Malam baru saya letak dalam sangkar. Pendek kata, masa bersama arnab satu lagi rutin baru saya," katanya.

Malah, kelapangan yang ada digunakannya untuk menerima kunjungan tetamu setiap hari bagi menimba ilmu.

“Bukan itu saja, setiap hari saya juga dikunjungi rakan dan pelajar yang datang untuk berkongsi ilmu. Kami saling bertukar pendapat. Dalam masa sama, saya juga belajar sesuatu yang baru dengan mereka,” katanya.

Kredit foto: Instagram Iqram Dinzly

Sumber berita: Harian Metro




Hakcipta iluminasi.com (2017)