Oleh pada 16 Sep 2017 kategori

Sukar dinafikan lagi bahawa bola sepak merupakan sukan paling popular di dunia. Pemain yang menunjukkan prestasi cemerlang pasti menerima bayaran tinggi. Maka tidak hairanlah ramai yang bercita-cita ingin menjadi pemain bola professional kerana ianya suatu kerjaya yang memang lumayan dan penuh glamor.

Goal.com telah mengeluarkan "Goal Rich List" yang mendedahkan pendapatan pemain bola sepak antarabangsa dan sumber kekayaan mereka. Jom kita sama-sama lihat.

10. Frank Lampard ($90 juta)

BESARKAN TEKS     A-  A+

Sumber foto: alchetron.com

Walaupun Frank Lampard kini bermain dengan New York FC di Major League Soccer (MLS), kerjayanya menyerlah sepanjang 14 tahun di Liga Perdana Inggeris; iaitu 13 tahun bersama Chelsea dan setahun bersama Manchester City.

Semasa berkhidmat di peringkat tertinggi untuk perlawanan bola sepak, Lampard memperoleh mencecah $41.8 juta jumlah pendapatan. Selain itu, beliau juga terlibat dalam pelaburan harta dan menjadi duta jenama terkenal Nike dan Adidas.

9. Ronaldinho ($93 juta)

10 pemain bola sepak paling kaya di dunia 2 217

Sumber foto: footiecentral.com

Biarpun telah meninggalkan barisan pasukan hebat seperti Barcelona, Milan dan Flamengo, tetapi bekas pemenang anugerah "Ballon d’Or" ini masih mampu meraih pendapatan yang tinggi. Semasa berkhidmat dengan pasukan Atletico Mineiro baru-baru ini, beliau memperoleh pendapatan sebanyak $3.2 juta setahun.

Sebagai salah seorang ahli Querétaro FC, Ronaldinho berpeluang menghasilkan pendapatan tambahan sebanyak $3 juta setahun menerusi insentif yang diberi berdasarkan prestasinya. 

8. Raul ($95 juta)

10 pemain bola sepak paling kaya di dunia 9

Sumber foto: sumberbola.com

Pendapatan Raul kini mungkin tidak selumayan sewaktu bermain untuk pasukan Real Madrid suatu ketika dahulu dimana pendapatan beliau mencecah $8.4 juta setahun. Namun, ianya tidak sama sekali menjejaskan kekayaaan beliau.

Selain daripada tempoh perkhidmatan yang singkat dengan New York Cosmos, Raul juga sangat laku di luar padang dengan beberapa usahasama perniagaan seperti pelaburan (Scar Sport Europe), syarikat harta (Luri) dan syarikat tenaga (Cadmus).

7. Samuel Eto’o ($98 juta)

10 pemain bola sepak paling kaya di dunia 7

Sumber foto: presstv.ir

Pada suatu ketika, Samuel Eto’o pernah menerima bayaran sebanyak $11.9 juta setahun semasa bermain untuk pasukan Barcelona dan $6 juta untuk pasukan Chelsea. Namun, semua itu sudah menjadi lipatan sejarah dalam kerjayanya.

Kini, beliau memilih untuk bermain dengan pasukan Anzhi Makhachkala dimana pendapatannya hampir separuh daripada jumlah kekayaannya. Ia turut dibantu oleh tawaran sebagai duta untuk jenama Puma dan Ford.

6. Kaká ($108 juta)

10 pemain bola sepak paling kaya di dunia 6

Sumber foto: pinterest.com/9inesports

Kaka pernah bermain untuk kelab seperti Real Madrid, AC Milan, São Paulo, dan Orlando City yang menjadikan beliau salah seorang pemain termahal di atas padang. Malah, beliau juga menerima tawaran untuk bekerjasama dengan barisan jenama masyhur seperti Adidas, Pepsi, Samsung, Gillette dan Armani.

5. Wayne Rooney ($112 juta)

10 pemain bola sepak paling kaya di dunia 5

Sumber foto: Lindsey Parnaby / AFP / Getty Images

Wayne Rooney memegang posisi sebagai penyerang untuk Pasukan Kebangsaan Inggeris dan Manchester United. Beliau juga merupakan pemain terkaya di Liga Perdana Inggeris.

Cukup terkenal dengan ketangkasan menggelecek bola, Rooney telah maju setapak dengan skil yang tidak hanya terhad sebagai seorang penjaring gol. Pada tahun 2014, Manchester United memberikan beliau kontrak bernilai $104 juta. Tawaran itu juga dilaporkan melibatkan jumlah bayaran $407,475 seminggu.

4. Zlatan Ibrahimović ($114 juta)

10 pemain bola sepak paling kaya di dunia 4

Sumber foto: skysports.com

Zlatan Ibrahimović merupakan bintang bola sepak yang baru-baru ini menandatangani tawaran untuk bermain dengan pasukan Manchester United.

Meskipun sejumlah besar daripada nilai bersih miliknya datang dari pasukan kelab yang disertai, punca pendapatan utama Ibrahimović ialah tawaran sebagai duta produk dan sektor pelaburan.

Zlatan memiliki tawaran penajaan dengan Nivea, Xbox, Volvo dan Dressman. Beliau juga memiliki jumlah harta yang besar sebagai pelaburan.

3. Neymar ($148 juta)

10 pemain bola sepak paling kaya di dunia 3

Sumber foto: Getty Images

Neymar merupakan wajah bola sepak warga Brazil dan sebahagian daripada pasukan Barcelona FC. Kemahiran dan bakat semulajadi di atas padang menjadikannya salah seorang pemain bola sepak paling terkenal di dunia.

Gaji tahunan beliau ialah sebanyak $10.5 juta yang bagai langit dengan bumi jika dibandingkan dengan hasil pendapatan berjaya diraih melalui pelbagai tawaran duta produk yang diterimanya.

Ia termasuk perjanjian dengan jenama gergasi seperti Nike, Panasonic, Volkswagen, Red Bull dan banyak lagi. Untuk seorang yang baru berumur 23 tahun, pastinya ia merupakan suatu pencapaian yang membanggakan. 

2. Lionel Messi ($218 juta)

10 pemain bola sepak paling kaya di dunia 2 1

Sumber foto: Getty Images

Lionel Messi bukan sahaja seorang yang handal dalam arena bola sepak, malah beliau juga seorang ahli perniagaan yang disegani. Kontrak lumayannya dengan Barcelona menghasilkan pendapatan setinggi $50 juta setahun.

Tawaran menjadi duta diterima Messi juga tidak putus-putus antaranya seperti Adidas, Samsung, Gillette, Gatorade dan Dolce & Gabbana. Malah, beliau juga dicanang sebagai salah seorang pemain bola sepak terbaik di dunia.

Jika Messi terus memenangi "Ballon d’Or awards" yang telah dimenanginya sebanyak 4 kali sekaligus menyandang gelaran "Pemain Dunia Tahunan FIFA", pendapatan beliau pastinya akan terus bertambah.

1. Cristiano Ronaldo ($230 juta)

10 pemain bola sepak paling kaya di dunia 1 1

Sumber foto: skysports.com

Menduduki tangga teratas ialah Cristiano Ronaldo kepunyaan pasukan Real Madrid. Buat pengikut setia sukan bola sepak, anda pasti tahu kehebatan Ronaldo yang sukar dipertikaikan lagi.

Dari jaringan gol memukau hinggalah kawalan bola yang penuh gaya dan epik, setiap aksinya pasti menjadi bualan ramai. Read Madrid menawarkan Ronaldo untuk menyertai pasukan mereka dengan jumlah bayaran sebanyak $21.7 juta setahun, tidak termasuk bonus.

Selain itu, rezeki tawaran kepada beliau sebagai duta juga melimpah ruah selain memiliki jenama pakaian sendiri iaitu CR7 dan rangkaian pelaburan harta yang menguntungkan.

Raut wajah tampan yang dikurniakan juga memberi tuah kepada beliau kerana menarik ramai peminat dari kalangan wanita.

Rujukan:




Hakcipta iluminasi.com (2017)