Oleh pada 26 Jul 2017 kategori

Dijadualkan bersatu pada 14 Ogos ini, Royal Press Office Johor telah memaparkan foto rasmi pertama Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim dan Dennis Muhammad Abdullah dalam konsep pakaian tradisi Melayu dan kasual di Istana Bukit Serene di Johor Bahru yang diambil sekitar minggu lepas. 

Istiadat pertunangan akan berlangsung pada pukul 10 pagi di Istana Bukit Serene sebelum istiadat nikah, sementara upacara bersanding akan diadakan pada pukul 8 malam pada hari yang sama di Bilik Singgahsana, Istana Besar.

Untuk pengetahuan, Tunku Tun Aminah dilahirkan pada 8 April 1986, kini berusia 31 tahun merupakan anakanda kedua daripada enam beradik dan satu-satunya anak perempuan kepada Sultan Ibrahim Iskandar dan Tuanku Permaisuri Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah.

Sementara itu, bakal suaminya, Dennis Muhammad Abdullah atau nama asal Dennis Verbaas dilahirkan pada 1 Mei 1989 di Lisse di Amsterdam, Belanda. Apa yang pasti, pasangan ini memang tampak cukup serasi dan sepadan sekali.

foto rasmi pertama pasangan tunku tun aminah dan bakal suami dennis 1

Kredit foto: Royal Press Office Johor

Sumber berita: BH Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)