Idea bahawa perkara yang bertentangan menarik antara satu sama lain atau "opposites attract" telah disemadikan dalam industri filem dengan begitu mendalam sekali, seperti Beauty and the Beast. Malah, satu kajian telah mendapati bahawa hampir 80% daripada kita mempercayai teori "opposites attract" ini.

Tetapi, satu kajian baru mengesan jejak digital manusi iaitu bagaimana kita berkelakuan secara dalam talian menunjukkan bahawa teori tersebut sebenarnya tidak benar dalam kehidupan sebenar.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Dan ini bukan kali pertama sains membuat kesimpulan itu. Selama beberapa dekad, ahli psikologi dan ahli sosiologi menegaskan bahawa idea opposites attract adalah mitos semata-mata.

Malah, hampir semua bukti menunjukkan bahawa sesuatu yang bertentangan sangat jarang tertarik antara satu sama lain.

Ahli psikologi Donn Byrne merupakan salah seorang yang pertama dalam mempelajari impak keserupaan pada peringkat awal hubungan.

Untuk berbuat demikian, beliau mengembangkan satu kaedah yang dikenali sebagai "teknik orang asing hantu".

(Video yang membuktikan bahawa anda tertarik dengan individu yang serupa dengan diri)

Prosedur ini bermula dengan peserta diminta menyiapkan soal selidik tentang sikap mereka terhadap pelbagai topik, seperti penggunaan senjata nuklear.

Seterusnya, mereka mengambil bahagian dalam fasa "persepsi orang", di mana mereka menilai seseorang (yang sebenarnya tidak wujud atau hantu) berdasarkan respons mereka kepada soal selidik yang sama.

Donn Byrne kemudiannya memanipulasi tahap keserupaan antara peserta dan orang asing hantu tersebut.

Hasilnya menunjukkan bahawa peserta melaporkan bahawa mereka lebih tertarik kepada orang yang memiliki sikap yang sama. Malah, semakin tinggi tahap persamaan sikap, semakin besar daya tarikan dan minat.

Untuk menjelaskan penemuannya, Donn Byrne berhujah bahawa kebanyakan kita mempunyai pandangan logik dan konsisten tentang dunia.

Kita cenderung untuk memihak kepada idea dan kepercayaan yang menyokong serta memperkuat konsistensi itu.

kita lebih tertarik kepada orang yang sama dengan kita

Orang yang bersetuju dengan kita mengesahkan sikap kita dan memenuhi keperluan ini, sedangkan orang yang tidak bersetuju dengan kita cenderung untuk merangsang perasaan negatif seperti rasa bimbang, keliru dan mungkin juga kemarahan.

Perasaan negatif ini mendorong kepada seseorang itu menolak.

Penyelidikan awal Donn Byrne adalah terhad kepada persamaan sikap, tetapi penyelidikan lain telah menyarankan bahawa mungkin terdapat daya tarikan yang lebih besar kepada orang lain yang berkongsi dimensi sosiodemografi yang sama.

Sebagai contoh, kajian telah menunjukkan bahawa mereka yang mencari pasangan dalam talian lebih cenderung untuk menghubungi dan membalas kepada orang lain yang mempunyai latar belakang pendidikan dan etnik yang sama seperti diri mereka sendiri, serta mempunyai umur yang sama.

Walau bagaimanapun, penyelidikan Donn Byrne kemudiannya menunjukkan bahawa persamaan sikap mungkin lebih penting daripada persamaan sosiodemografi apabila melibatkan pembentukan hubungan.

Saling melengkapi vs Personaliti serupa 

jep sepahtu dan sariyanti mempunyai banyak persamaan

(Gambar sekadar hiasan)

Pada pertengahan 1950-an, ahli sosiologi Robert Winch berhujah bahawa, apabila ia berkaitan dengan keperibadian kita, perkara yang penting bukanlah persamaan tetapi saling melengkapi.

Berdasarkan kajiannya terhadap pasangan, beliau mencadangkan bahawa individu akan tertarik kepada orang lain yang memiliki ciri keperibadian yang tidak ada pada mereka.

Sebagai contoh, seorang perempuan tegas akan tertarik kepada seorang lelaki yang tunduk patuh dan seorang lelaki yang ekstrovert akan tertarik kepada seorang wanita yang introvert.

Akan tetapi, hampir tidak ada bukti untuk menyokong hipotesis ini.

Kajian terhadap rakan-rakan dan pasangan secara konsisten mendapati bahawa dua individu lebih berkemungkinan menjadi kawan dan pasangan jika mereka mempunyai persamaan dalam hal keperibadian mereka.

Ini termasuk kajian baru yang melihat jejak digital lebih daripada 45,000 individu, berbanding data yang dilaporkan sendiri mengenai keperibadian oleh Robert Winch.

opposites repel

Hasil kajian ini menunjukkan bahawa orang yang mempunyai keperibadian yang sama, berdasarkan pilihan kegemaran dan pemilihan perkataan dalam muat naik, lebih berkemungkinan menjadi kawan.

Kaitan ini adalah lebih kuat antara pasangan romantis. Malah, idea bahawa kita lebih tertarik kepada orang lain yang serupa adalah sangat teguh.

Satu tinjauan melalui 313 kajian dengan lebih daripada 35,000 peserta mendapati persamaan menjadi ramalan tarikan yang kuat di peringkat awal hubungan dan tiada bukti tentang opposites attract.

Sangat kuat sehinggakan sesetengah ahli psikologi telah mengisytiharkan bahawa kesan persamaan ini sebagai "salah satu generalisasi terbaik dalam psikologi sosial".

Terlalu banyak persamaan?

pasangan yang mempunyai persamaan lebih tertarik antara satu sama lain

Tetapi ini bukanlah pengakhiran cerita. Ahli psikologi Arthur Aron percaya bahawa, walaupun persamaan adalah sesuatu yang sangat penting, namun mungkin terdapat beberapa situasi di mana ia sebenarnya boleh menjejaskan tarikan antara pasangan.

Beliau berhujah bahawa individu juga perlu mengembangkan diri dan satu sebab mengapa kita membentuk hubungan dengan orang lain adalah kerana kita dapat mengambil beberapa sifat pasangan kita, yang menggalakkan pertumbuhan sedemikian.

Implikasinya adalah bahawa kita akan tertarik kepada orang lain yang menawarkan potensi terbesar untuk mengembangkan diri tetapi seseorang yang serupa dengan kita akan mengurangkan potensi pertumbuhan berbanding dengan seseorang yang berbeza.

Jadi, model itu akhirnya meramalkan bahawa perbezaan individu kadang-kala boleh menjadi penarik, terutamanya jika anda percaya bahawa terdapat kemungkinan hubungan akan berkembang.

Penyelidikan Arthur yang menggunakan teknik orang asing hantu seolah-olah menyokong idea ini.

pilih pasangan yang menyerupai diri kita

Tetapi sudah tentu, gambaran menjadi lebih rumit apabila kita mengambil kira bagaimana sesebuah pasangan itu bertindak dalam kehidupan sebenar.

Sebagai contoh, apabila pasangan mendapati bahawa mereka tidak bersetuju dalam topik tertentu, mereka sering mendorong sikap mereka ke arah "persetujuan" antara satu sama lain, menjadikan mereka lebih serupa antara satu sama lain dari masa ke masa.

Oleh itu, jika anda masih tidak mempunyai pasangan dan sedang mencari, nasihat dari berdekad-dekad penyelidikan saintifik adalah sangat mudah iaitu berhenti mempercayai bahawa orang yang sepadan adalah mereka yang mempunyai sifat dan kualiti yang bertentangan dengan anda.

Individu bertentangan dengan anda hampir tidak menarik antara satu sama lain dan adalah lebih baik anda memberi perhatian kepada mereka yang mempunyai kualiti dan sikap yang sama, tetapi menawarkan potensi untuk mengembangkan diri. 

Rujukan:

1. PsyPost

2. Psycnet

3. Sage Journals

4. Wiley




Hakcipta iluminasi.com (2017)