Oleh pada 23 Oct 2017 kategori

jeremy kyle pasangan gay adik beradik

Dua orang lelaki bernama Paul dan Lee, berkenalan melalui atas talian lalu bertukar-tukar mesej selama 2 tahun, sebelum akhirnya bersetuju untuk menjalinkan hubungan intim bersama-sama sebagai satu pasangan kekasih.

Hendak dijadikan cerita, bagi memperkenalkan pasangan baru beliau, Lee membawa Paul untuk diperkenalkan pada keluarganya.

Perkara yang timbul ketika perjumpaan itu adalah ibu Lee yang bernama Ena mengatakan yang Paul amat mirip dengan rupa bekas suaminya, iaitu seorang lelaki bernama Ron.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Paul yang memang langsung tidak pernah mengetahui siapa ibu bapa sebenar beliau menafikan dakwaan keluarga Lee hanya atas alasan kebetulan. Namun dia tidak tahu kisah sebenarnya.

Ena, ibu kepada Paul berkahwin dengan Ron, lalu melahirkan Paul namun hubungan mereka tidak kekal lama. Atas desakan hidup, Paul diserahkan untuk dijaga pihak penjagaan kerajaan ketika baru berusia 18 bulan. Ena kemudian berkahwin lain dengan suami baru, lalu mendapat cahaya mata seorang anak lelaki bernama Lee.

pasangan gay adik beradik

Mendengar kisah tersebut, Lee terkejut kerana tidak pernah diceritakan perkara tersebut, apatah lagi diberitahu kewujudan abang tirinya namun mereka berdua masih berharap agar semua itu hanyalah kebetulan sahaja.

Kisah ini sampai pada pengetahuan pengacara rancangan terkenal di UK iaitu Jeremy Kyle, yang menawarkan diri untuk mengesahkan perkara tersebut melalui ujian DNA. Lee dan Paul bersetuju dengan harapan agar isu itu dapat ditutup agar mampu menyelamatkan hubungan cinta mereka.

Dalam salah satu rancangan Jeremy Kyle, Paul dan Lee dijemput sebagai tetamu untuk mendedahkan keputusan ujian tersebut, yang dipancarkan secara langsung di kaca televisyen.

pasangan gay adik beradik jeremy kyle

Pada awalnya, Jeremy Kyle membacakan kenyataan yang berjaya mereka perolehi daripada Ron, ayah Paul yang mengatakan dia mempunyai 4 orang anak. Salah seorangnya bernama Paul yang diberikan pada pihak penjagaan kanak-kanak ketika masih kecil sambil gambar Paul semasa kecil ditayangkan pada penonton.

Dengan sampul surat mengandungi keputusan ujian dibuka, hasil keputusan ujian DNA Paul dan Lee didedahkan membuktikan yang mereka sebenarnya berkongsi ibu iaitu Ena.

Kedua-dua lelaki terdiam lebih 20 saat selepas keputusan ujian itu diumumkan.

Jeremy Kyle berkata pada mereka berdua, walaupun kini mereka tahu pasangan mereka adalah adik beradik sendiri, sudut positifnya kini Paul mempunyai adik dan sudah tahu siapa keluarga sebenar beliau.

Tidak dapat menerima kenyataan, Paul berlari keluar sambil menangis tersedu-sedu kerana tidak dapat menerima pasangan yang dia cintai selama ini dan kerap menjalinkan hubungan intim songsang, adalah adik tirinya sendiri.

Selepas mendapat perkhabaran kurang enak itu, Paul dan Lee ditemukan semula dengan Ron, ayah kepada Paul yang langsung tidak pernah dia kenali dan ibu mereka Ena untuk menyatukan kembali keluarga yang telah lama terpisah ini. Kira happy endinglah jugak.

Begitulah kisah sebenar yang boleh berlaku apabila manusia tidak lagi memelihara keturunan mereka. Apa yang lebih mengharukan, pasangan ini pula bukan sekadar adik beradik, malahan mereka juga sama jantina. Jelaslah hal ehwal hubungan antara manusia dan keturunan, bukanlah sesuatu yang sepatutnya diambil mudah kerana boleh mengakibatkan pelbagai keburukan yang lebih besar, jika tidak dikawal.

Kita sebagai rakyat Malaysia haruslah sedar tidak semua perkara yang dicanang oleh pihak barat adalah baik untuk kita, kerana apabila terlalu banyak kesenangan, kelonggaran dan kemudahan diberikan tanpa kawalan dalam struktur hidup mereka, kesongsangan dan kemudaratan akan melanda masyarakat yang sentiasa tercari-cari jalan yang lurus.Kisah Paul dan Lee ini berakhir di situ. Kini mereka berdua cuba memulakan hidup baru sebagai adik dan abang. Cinta mereka terpaksa diputuskan di pertengahan jalan.




Hakcipta iluminasi.com (2017)