Kredit foto: Instagram Melodi
Ketika ini, kecoh di laman forum tempatan mengatakan pengacara Awal Ashaari bakal meninggalkan program hiburan Melodi selepas enam tahun mengacarakannya. Lebih menarik, dikatakan tempat Awal akan digantikan oleh aktres Janna Nick bersama seorang lagi selebriti lelaki yang belum dinyatakan.
Spekulasi itu mula tular selepas pengumuman TV3 tentang pengambilan Mira Filzah sebagai hos baru rancangan Nona 2018.
Kredit foto: Instagram Janna Nick
Pemilihan Janna dibuat atas kriteria perwatakannya yang selamba dan ceria. Pasti lebih segar dan bertenaga rancangan hiburan itu nanti, bukan?
Namun sehingga kini tiada kenyataan rasmi dikeluarkan pihak Melodi berhubung desas-desus itu. Sejauh mana kebenarannya juga tidak pula kami ketahui kerana sehingga kini ia hanyalah cakap-cakap di kalangan sumber tertentu.
Apapun sama-sama kita nantikan pengumumannya nanti sekiranya ada.
Sumber berita: Beautifulnara