Oleh pada 30 Dec 2017 kategori

Kredit foto: Instagram Scha Alyahya

Foto pergi bercuti di London bersama isterinya, Scha Al-Yahya membuatkan nama Awal Ashaari terpalit dengan sebuah dakwaan.

Berdasarkan sekeping foto yang dimuat naik Scha di Instagram, Awal dikatakan membuat pembedahan untuk memancungkan hidung!

Netizen yang menyedari kelainan pada bentuk hidung Awal menulis di ruangan komen:

"Baru 'manning' (bedah) hidung ke Awal ni? Baru-baru tak ada nampak.

"Macam dalam Melodi pun tak bedah macam ni. Ke salah tengok ni? Apa-apa sahajalah".

Kemudian ada seorang lagi netizen menyogokkan soalan yang sama:

"Lain muka Awal... Buat hidung ke? Kacak".

Awal bagaimanapun tidak berdiam diri, sebaliknya menjawab spekulasi itu dalam nada jenaka dan sarkastik.

"Ya, memanglah mancungkan masa dalam penerbangan 14 jam hari itu. Bosan tak ada buat apa jadi naikkanlah seinci dua," balas Awal bersahaja.

awal ashaari bedah hidung 2

Kredit foto: Astro Gempak

Terdahulu, pengacara berusia 36 tahun itu menamatkan kerjayanya sebagai hos program hiburan Melodi selepas enam tahun mengemudikannya.

Sumber berita: Astro Gempak




Hakcipta iluminasi.com (2017)