Oleh pada 13 Aug 2017 kategori

Kredit foto: Youtube Rotikayahq

Baru-baru ini pasangan selebriti Awal Ashaari dan Scha Alyahya telah mengadakan lawatan ke Ipoh bersama rakan-rakan.

Awal berkongsi momen-momen menarik sepanjang kunjungan ke sana menerusi laman Instagram.

Bagaimanapun niat Awal telah disalahtafsir oleh seorang pengikut yang beranggapan pengacara itu seakan sengaja ingin menayangkan kemewahan kepada umum. 

awal ashaari bengang selepas datuk aliff syukri kini gilirannya pula 2

Kredit foto: ohbulan.com & Instagram Awal Ashaari

Sebelum ini usahawan kosmetik Datuk Aliff Syukri pernah menjadi mangsa kecaman kerana dikatakan menunjuk-nunjuk kekayaan di laman sosial. Namun kini giliran Awal pula dihentam - pun begitu, ini bukanlah pertama kali beliau menerima kritikan tersebut. 

Pengacara itu tidak berdiam diri, sebaliknya mempersoalkan kembali kritikan individu tersebut. Awal mendedahkan secara terperinci beberapa butir mengenai lawatan beliau termasuk kos yang dikeluarkan. 

awal ashaari bengang selepas datuk aliff syukri kini gilirannya pula 3

Kredit foto: ohbulan.com & Instagram Awal Ashaari

Bersabarlah Awal. Jika dilayan komen netizen di laman sosial, pasti ada saja yang tak kena di mata. Pada yang tak menyukai perkongsian mana-mana selebriti di Instagram, elok sahaja berhenti mengikut daripada mengeluarkan komen yang berbaur kecaman dan tuduhan. 

awal ashaari bengang selepas datuk aliff syukri kini gilirannya pula 4

awal ashaari bengang selepas datuk aliff syukri kini gilirannya pula 5

awal ashaari bengang selepas datuk aliff syukri kini gilirannya pula 6

Kredit foto: Instagram Awal Ashaari 




Hakcipta iluminasi.com (2017)