pemimpin pembangkang uganda akui jatuh cinta

Pada 18 November 2017, saya tiba di Kuching ibu negeri Sarawak - salah sebuah negeri yang terletak dalam Malaysia.

Saya ke Kuching untuk menyertai acara World Islamic Economic Forum atau WIEF yang diadakan setiap tahun di Borneo Convention Centre. Acara ini selalunya mampu menarik minat lebih 3000 ribu penyertaan dari seluruh dunia, yang mahu membincangkan tentang topik berkaitan makanan halal, perniagaan, perbankan Islam dan bermacam lagi.

BESARKAN TEKS     A-  A+

kuching sarawak

Majlis itu dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Mohammad Najib yang juga disertai oleh enam orang pemimpin negara atau wakil negara yang menyertai.

Saya rasakan penganjur sengaja mengadakan acara ini di Kuching, yang letaknya 2 jam perjalanan udara dari ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur untuk memberikan pendedahan masyarakat luar kepada keindahan negeri Sarawak pada mereka yang hadir.

Saya hanya mampu katakan sebagai orang luar - Kuching bersih dan bandarnya cukup terancang. Saya gemar melihat  pembangunan fizikal Malaysia, tetapi  melihat fokus pemimpin Malaysia sedikit sebanyak membuat saya membandingkan negara saya dengan Malaysia.

ssmuju ibrahim nganda

Malaysia disenaraikan pada kedudukan ke 6 dalam indeks kebolehsaingan ekonomi Asia selepas Singapura, Qatar, Israel, Emiriyah Arab Bersatu dan Jepun. Secara keseluruhan, Malaysia berada pada tempat ke 23 dalam senarai dunia. Di seluruh dunia, terdapat 195 negara termasuklah Palestin.

Malaysia mempunyai jumlah penduduk sebanyak 31 juta orang dan diletakkan dalam kedudukan ke 35 kedudukan KDNK dunia dengan purata per kapita $27,267. Yang lebih penting, hanya 3.4 peratus rakyat Malaysia menganggur. Yang mengkagumkan, semasa saya di sana, saya diberitahu yang Malaysia terpaksa memohon kerjasama pihak Indonesia untuk memenuhkan kuota pekerja dalam bidang pertanian kelapa sawit.

Rakyat Malaysia dalam bidang pekerjaan, secara statistiknya terbahagi kepada 11% penglibatan dalam pertanian, 36% dalam bidang industri dan 53% terlibat dalam bidang perkhidmatan. Produk yang di eksport keluar dari Malaysia pula adalah kenderaan, produk pertanian, produk teknologi dan lain-lain.

Harus diingatkan perbezaannya- Malaysia mempunyai nilai ekonomi sebanyak $922 billion berbanding Uganda yang sebesar $27 billion. Penduduk Uganda pula berjumlah 40 juta orang. Dalam ucapannya, Mohammad Najib menekankan sasaran beliau meletakkan Malaysia dalam 20 negara terkaya dunia.

Apa pula sasaran pemimpin kerajaan Uganda ketika ini?

presiden museven uganda

Mereka berpakat mahu mengubah perlembagaan bagi membenarkan seorang yang sudah berumur 75 tahun dibenarkan bertanding jawatan Presiden. Itu adalah perbandingan yang kerap bermain dalam kepala saya setiap kali saya melawat negara luar. Apatah lagi apabila mesyuarat kabinet lebih banyak menghabiskan masa untuk membincangkan bagaimana Jeneral Yoweri Museveni dapat terus bertanding jawatan Presiden yang kini dipegangnya, pada pemilihan semula tahun 2021.

Pembentukan kumpulan khas dalam kabinet bagi membincangkan bagaimana had umur lantikan Presiden boleh dipinda telah pun diusahakan, dengan penyokong-penyokong Jeneral Museveni terus merayu agar pemerintahan Museveni dapat diteruskan, seiring dengan impian beliau mahu meninggal semasa masih dalam kuasa.

Kerajaan pemerintah Uganda ketika ini tidak dapat mengagak bagaimana reaksi rakyat terhadap cadangan itu, jadi mereka mahu mengubah perlembagaan negara hanya sebab impian seorang individu. Isu itu dilihat lebih penting berbanding hutang negara yang ketika ini sudah mencecah $10 billion.

Bagaimana mampu saya berhenti membandingkan apa yang berlaku di antara Uganda dengan Malaysia, jika itu yang kerajaan kita fokuskan setiap hari?


Nukilan Ssemujju Ibrahim Nganda.

Ssemujju adalah ahli Parlimen kawasan Kira, bandar kedua paling ramai penduduk di Uganda.

Seorang ahli kepada parti pembangkang Uganda, bekas jurnalis dan pensyarah di Islamic University in Uganda. Artikel ini adalah olahan semula artikel asal 'Malaysia aims to join 20 rich countries and Uganda wants life presidency' yang disiarkan dalam akhbar The Observer.




Hakcipta iluminasi.com (2017)