Parlimen adalah tempat di mana berkumpulnya wakil rakyat bagi kawasan-kawasan di sesebuah negara untuk membincangkan perkara-perkara berkaitan negara. Ia merupakan satu lokasi yang mempunyai undang-undang dan peraturan yang agak ketat memandangkan ia adalah lokasi rasmi negara.

iluminasi.com ingin kongsikan 8 perkara yang dilarang dilakukan dalam parlimen United Kingdom.

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. Menggunakan bahasa selain bahasa Inggeris

perkara yang diharamkan dalam parlimen british 2

United Kingdom adalam sebuah wilayah yang menggunakan beberapa bahasa. Selain daripada bahasa Inggeris, bahasa yang banyak digunakan adalah Welsh yang mempunyai hampir setengah juga pengguna, berpuluh-puluh ribu menggunakan bahasa Scots dan Irlandia.

Malangnya bagi mereka yang bercakap selain daripada bahasa Inggeris, adalah tidak dibenarkan memberi ucapan di Parlimen UK dalam mana-mana bahasa melainkan Bahasa Inggeris, walaupun di antara tahun 1916 hingga 1922 Britain mempunyai Perdana Menteri yang berbangsa Welsh.

2. Membaca teks ucapan

perkara yang diharamkan dalam parlimen british 3

Menurut undang-undang parlimen UK, membaca ucapan adalah "sesuatu yang sangat asing daripada budaya parlimen" dan "mencederakan" perilaku tradisional perdebatan. Walaupun begitu, ahli parlimen dibenarkan mempunyai nota ringkas yang mana mereka boleh merujuk, dan bukan untuk diikut 100% dan hanya dibaca begitu sahaja.

Ahli parlimen harus berdebat atau memberikan ucapan secara terus dan tidak hanya membaca teks yang telah disediakan sebelum itu.

3. Menggunakan nama

Mana-mana ahli parlimen tidak dibenarkan merujuk kepada ahli parlimen yang lain menggunakan nama mereka, sebaliknya harus sentiasa menggunakan "ahli Yang Berhormat kawasan..." mengikut tempat yang diwakili.

Jika anda tidak ingat ahli parlimen tersebut mewakili kawasan mana, anda boleh merujuk kepada mereka menggunakan "saudara yang budiman" atau "saudari yang budiman".

Pengecualian terhadap peraturan ini adalah kepada Speaker yang boleh merujuk sesiapa sahaja menggunakan nama.

4. Bercakap dengan sesiapa kecuali Speaker

perkara yang diharamkan dalam parlimen british 4

Ahli parlimen hanya dibenarkan untuk berkomunikasi dan bercakap dengan seorang individu sahaja dalam House of Commons, iaitu dengan Speaker. Yang lain-lain dalam parlimen tidak dibenarkan untuk dirujuk secara terus.

Ini sebabnya mengapa ahli politik bercakap dengan cara yang selalu mereka lakukan iaitu memulakan ayat dengan "Tuan Speaker" dan menggunakan "beliau" dan bukan "anda" apabila merujuk kepada pihak lawan atau rakan dalam perdebatan.

Namun secara realitinya mereka bercakap di antara satu sama lain namun ia sebahagian daripada perdebatan rasmi.

5. Mengambil gambar dan bertepuk tangan

perkara yang diharamkan dalam parlimen british 5

Walaupun ahli-ahli parlimen mempunyai peranti elektronik dan dibenarkan dibawa masuk ke dalam dewan dengan syarat tidak menyebabkan gangguan atau tidak digunakan sedemikian rupa untuk menjejaskan kesopanan, ia haruslah disetkan kepada mod senyap dan tidak boleh digunakan untuk "merekod video, mengambil gambar dan merakam perbualan di dalam atau di sekitar dewan".

Malah, menjawab panggilan telefon juga tidak dibenarkan. Kamera hanya dibenarkan di dalam parlimen pada tahun 1989. Juga, tiada ekstrak prosiding parlimen boleh digunakan dalam mana-mana program hibuan ringan atau program politik", dengan hanya beberapa pengecualian.

Menepuk tangan juga tidak dibenarkan, seperti mana dalam insiden 56 ahli parlimen Parti Nasional Scotland yang baru dilantik pada tahun 2015, apabila ditegur oleh Speaker kerana bertepuk tangan meraikan pemimpin mereka, Angus Robertson.

6. Memanggil seseorang dengan panggilan penipu atau hipokrit.

Parlimen UK mempunyai peraturan tegas terhadap "bahasa bukan parlimen" untuk digunakan dalam dewan. Satu perkataan yang sangat pantang, adalah "penipu". Mana-mana ahli perlimen yang menuduh antara satu sama lain dengan perkataan "menipu" atau "penipu" akan diarahkan untuk menarik balik tuduhan itu atau berhadapan dengan penggantungan. 

Seperti penipu, perkataan "hiprokrit" juga diharamkan daripada penggunaan oleh ahli parlimen, yang mana merupakan perkataan para pengundi mungkin rasakan amat berguna di sebuah dewan yang penuh dengan ahli politik.

Rujukan:

1. Independent

2. Floss




Hakcipta iluminasi.com (2017)