adakah saya seorang psikopat

Hari ini, terdapat beberapa istilah psikologi yang membuatkan kita keliru antaranya adalah perkata "psychopath" atau "psikopat" dalam Bahasa Melayu.

Walaupun perkataan ini biasanya digunakan untuk menggambarkan seseorang yang mempunyai penyakit jiwa, psikopat bukanlah satu diagnosis rasmi.

Menurut Dewan Bahasa Dan Pustaka, psikopat membawa maksud orang yang mempunyai perĀ­sonaliti antisosial sehingga menunjukkan tingkah laku yg tidak normal.

Definisi sebenar psikopat dalam psikiatri adalah gangguan personaliti antisosial (ASPD), menurut Dr. Prakash Masand yang merupakan seorang psikiatri dan pengasas Centers of Psychiatric Excellence (COPE).

ASPD menggambarkan individu yang menunjukkan corak manipulasi dan pelanggaran hak terhadap  orang lain.

Dr. Prakash mengatakan satu perkara yang boleh mencetuskan kekeliruan mengenai ASPD adalah perkataan "anti-sosial."

"Kebanyakan orang mungkin menganggap ia menggambarkan seseorang yang penyendiri, namun ini tidak berlaku dalam kes ASPD," jelas Dr. Prakash. 

Tanda-tanda psikopati biasa

tanda dan ciri psikopat

Oleh kerana istilah psikopat bukanlah diagnosis rasmi, para pakar merujuk kepada tanda-tanda yang dijelaskan di bawah ASPD.

Menurut Dr. Prakash, beberapa tanda yang sangat biasa untuk diperhatikan termasuklah: 

  1. tingkah laku yang tidak bertanggungjawab secara sosial
  2. mengabaikan atau melanggar hak orang lain
  3. ketidakupayaan untuk membezakan antara yang betul dan yang salah
  4. kesukaran untuk menunjukkan penyesalan atau empati
  5. kecenderungan untuk sering berbohong
  6. memanipulasi dan mencederakan orang lain
  7. masalah berulang dengan undang-undang
  8. mengabaikan keselamatan dan tanggungjawab secara am

Tingkah laku lain yang mungkin merupakan tanda-tanda ASPD termasuklah kecenderungan untuk mengambil risiko, tingkah laku sembrono, dan menipu dengan sering berbohong.

psikopat

Dr. Prakash mengatakan seseorang yang memperlihatkan tingkah laku ini mungkin juga tidak mempunyai hubungan emosi yang mendalam, mempunyai daya tarikan yang sangat kurang, sangat agresif, dan kadang-kadang sangat marah.

Selain itu, penghidap ASPD tidak peduli jika mereka telah menyakiti seseorang, tidak sopan dan kasar, dan tidak menyesal.

Dalam kes ASPD, penyalahgunaan tidak semestinya bermaksud kekerasan.

Sebagai tambahan kepada tanda-tanda dan tingkah laku, Dr. Prakash mengatakan terdapat ciri-ciri tertentu yang berkaitan dengan ASPD:

Lebih ramai lelaki mempunyai diagnosis ini berbanding wanita

Secara teknikal, untuk mendapatkan diagnosis ASPD, anda mesti berumur 18 tahun. Tetapi sebilangan orang akan menunjukkan tanda-tanda gangguan tingkah laku, yang mungkin merupakan petunjuk awal ASPD, seawal usia 11 tahun.

Ini adalah keadaan kronik yang kelihatan seperti semakin serius seiring bertambahnya usia.

Kadar kematian lebih tinggi pada orang dengan ASPD kerana tingkah laku mereka sendiri

Bagaimana psikopati didiagnosis?

psikopat vs sosiopat

Oleh kerana psikopati bukanlah gangguan mental rasmi, keadaan yang didiagnos oleh pakar adalah ASPD.

Sebelum menjelaskan kriteria yang digunakan untuk mendiagnosis ASPD, penting untuk kita ketahui bahawa mendiagnosis dan merawat ASPD melibatkan beberapa cabaran unik.

Menurut Dr. Prakash, ASPD sukar untuk dirawat kerana orang yang memerlukan pertolongan tidak percaya mereka ada masalah dengan tingkah laku. Akibatnya, mereka jarang mendapatkan rawatan.

Walaupun begitu, garis panduan yang ditetapkan yang digunakan bagi mendiagnosis ASPD adalah bahawa tingkah laku ini biasanya bermula pada usia 15 tahun atau pada usia remaja.

Namun, Dr. Prakash mengatakan diagnosis ASPD yang benar tidak dapat dibuat sehingga usia 18 tahun.

"Bagi kebanyakan orang, tingkah laku terburuk berlaku pada akhir tahun remaja sepanjang usia dua puluhan," jelas Dr. Prakash.

Untuk mendapatkan diagnosis yang tepat, seorang profesional kesihatan mental akan melakukan penilaian kesihatan mental sepenuhnya.

Semasa proses ini, anggota profesional kesihatan mental akan menilai pemikiran, perasaan, corak tingkah laku, dan hubungan seseorang. Mereka akan mengenal pasti gejala dan membandingkannya dengan simptom ASPD dalam DSM-5.

Anggota profesional kesihatan mental juga akan melihat sejarah perubatan pesakit.

Penilaian penuh ini merupakan langkah kritikal kerana ASPD cenderung hadir bersama-sama dengan masalah mental dan gangguan ketagihan yang lain.

Oleh kerana diagnosis ASPD yang sebenar biasanya ditangguhkan hingga usia 18 tahun, remaja yang menunjukkan simptom yang serupa sering kali dinilai mempunyai gangguan tingkah laku (CD) atau gangguan menentang (ODD).

Daripada kedua-dua gangguan tingkah laku ini, CD lebih teruk daripada ODD.

Semasa menentukan sama ada seorang kanak-kanak mempunyai ODD, doktor akan melihat bagaimana mereka bertindak terhadap orang yang mereka kenal.

Biasanya, seseorang yang mempunyai ODD lebih cenderung bertindak menentang di sekitar ahli keluarga, guru, atau penyedia perkhidmatan kesihatan.

Sekiranya seorang remaja menunjukkan corak agresifyang berterusan terhadap orang lain dan mereka membuat pilihan yang bertentangan dengan peraturan dan norma sosial di rumah, sekolah, atau dengan rakan sebaya secara berkala, doktor boleh memutuskan mereka mempunyai CD. 

Psikopat vs Sosiopat

sosiopat 399

Seperti banyak istilah lain dalam bidang psikologi, psikopat dan sosiopat sering digunakan secara bergantian, dan sebab ini berlaku adalah sangat mudah dikesan.

Oleh kerana sosiopat bukan diagnosis rasmi, ia bergabung dengan psikopat di bawah payung diagnosis ASPD.

Tidak ada perbezaan klinikal antara kedua-duanya.

"Sebilangan orang mencipta perbezaan sendiri berdasarkan keparahan gangguan keperibadian tetapi itu tidak betul. Mereka akan mengatakan bahawa psikopati adalah bentuk sosiopati yang lebih teruk, namun ini sangat tidak benar," kata Dr. Prakash. 

Kedua-dua psikopat dan sosiopat adalah istilah atau cara lain untuk menggambarkan ASPD. Tingkah laku yang dilihat pada kedua-duanya berada di bawah gejala dalam kategori ASPD.

Rawatan ASPD

rawatan psikoterapi untuk psikopat

Seperti proses diagnostik, merawat seseorang dengan sifat psikopat yang berada di bawah diagnosis ASPD agak sukar.

Biasanya, pihak perubatan akan menggunakan gabungan psikoterapi dan ubat-ubatan.

Namun, gangguan keperibadian tidak dapat diatasi dengan ubat.

Psikoterapi dapat membantu orang itu memahami diagnosis dan bagaimana ia mempengaruhi kehidupan mereka serta hubungannya dengan orang lain.

Pakar terapi juga akan berusaha untuk menghasilkan strategi yang mengurangkan keparahan gejala.

Sekiranya ubat adalah sebahagian daripada rancangan rawatan, doktor mungkin memberikan ubat yang merawat keadaan kesihatan mental yang lain seperti kegelisahan, kemurungan, atau gejala keagresifan.

Rujukan:

1. Healthline

2. Psychology Today

3. Medical News Today



Hakcipta iluminasi.com (2017)