Oleh pada 13 Sep 2018 kategori

Kredit foto: Instagram Gegar Vaganza

Senarai penyanyi yang bakal bertanding dalam program realiti Gegar Vaganza musim kelima (GV5) menjadi tular di media sosial.

Senarai itu didakwa 'dibocorkan' oleh seorang jurumekap artis yang terlibat dalam penggambaran sesi fotografi bintang GV5.

Hasil tekaan pelayar laman Forum Cari berdasarkan 'hint' berbentuk foto yang dikaburkan oleh jurumekap terbabit, inilah senarai peserta GV5 yang diperkatakan:

ini senarai 12 peserta gegar vaganza musim 5 2

Kredit foto: Instagram Zamani

                   

  1. Amelina
  2. Maya Matahari
  3. Farawahida
  4. Hetty Sarlene
  5. Linda Rafar
  6. Dia Fadilla
  7. Zamani Slam
  8. Shafie (Kumpulan Rio)
  9. Kumpulan duo Billy Zulkarnain

Ia hanyalah sembilan nama yang dikenalpasti daripada keseluruhan 12 peserta.

Beberapa nama lain yang disebut-sebut turut tersenarai seperti Noryn Aziz dan Safura, termasuk ada juga mengatakan penyanyi berkumpulan bakal terlibat seperti Elite dan 2 by 2. 

Sejauh mana kebenarannya tidak pula diketahui. Kita nantikan sahaja sidang media pengumuman yang dijangka akan berlangsung pada minggu hadapan, diikuti konsert pertama GV5 pada 30 September ini.

Sumber berita: Forum Cari




Hakcipta iluminasi.com (2017)