Setiap tahun, ramai di antara kita yang akan prank atau kenakan rakan-rakan pada satu tarikh ikonik, iaitu 1 April yang diraikan sebagai April Fool. Mengapa hari dan tarikh ini diraikan?
Walaupun ia berasal daripada Eropah, ia langsung tidak terhad kepada dunia Barat sahaja. Satu dunia meraikan hari ini, termasuklah di negara kita. Antara yang dilakukan adalah berbohong atau mengenakan rakan-rakan dengan perkara yang kelakar dan memalukan.
BESARKAN TEKS A- A+
Menurut ahli sejarah, kepercayaan yang paling popular berkenaan asal usul Hari April Fool ini adalah apabila pada tahun 1582, Pope Gregory XIII telah memerintahkan kalendar baru (Gregorian) untuk menggantikan kalendar lama (Julian), yang mana bermula dari 1 Januari, dan bukannya pada 1 April. Ia membuatkan Tahun Baru diraikan pada 1 Januari.
Negara pertama yang menerima dan menggunakan perubahan dalam kalendar tahunan ini adalah Perancis. Namun begitu, terdapat beberapa buah negara lain di Eropah yang tidak mahu menerima atau tidak mengetahui akan perubahan menggunakan kalendar baru ini.
Jadi, negara-negara ini sama ada enggan berubah ataupun yang tidak tahu, terus menyambut tahun baru pada 1 April, dan dianggap sebagai bodoh. Orang mula mengolok-olokkan dan cuba menipu tradisionalis ini supaya mempercayai sesuatu yang salah.
Mereka ini ditertawakan oleh orang lain dan dimain-mainkan dengan pelbagai cara antaranya disangkutkan ikan kertas (Poisson d’Avril’) pada bahagian belakang mereka menandakan orang-orang ini sebagai mudah tertipu dan bodoh seperti ikan yang ditangkap.
Tradisi ini masih dilakukan di Perancis, Belgium dan kawasan di Switzerland dan Kanada yang bertutur dalam bahasa Perancis.
Selain itu, April Fool juga dipercayai bermula pada zaman purba yang mempunyai adat perayaan yang menyeronokkan apabila tibanya musim bunga. Sebagai contoh, pada zaman Rom purba, satu perayaan yang dikenali sebagai "Hilaria" diraikan pada minggu terakhir bulan Mac, sebagai hari ketika Tuhan Attis dibangkitkan.
Pada waktu yang sama, India melihat perayaan Holi sebagai kesempatan untuk bergembira dan bermain-main dengan menyemburkan warna pada satu sama lain. Hasilnya, wujudnya satu suasana kegembirangan dan kegirangan yang diikuti oleh seluruh dunia untuk berabad-abad lamanya ketika perubahan musim sejuk kepada musim bunga.
Akibatnya, terdapat suasana yang menyenangkan dan penuh semangat yang telah diperhatikan di dunia selama berabad-abad pada masa tahun ketika musim sejuk memberi jalan untuk musim bunga.
Rujukan:
1. Info Please