Oleh pada 16 Sep 2019 kategori

Lihat kedua-dua jaket di atas. 2 jaket ini hampir sama di mana kedua-duanya dibuat oleh The North Face dan kedua-duanya menggunakan teknologi Gore-Tex.

Jaket di sebelah kiri berharga RM1,200 dan jaket kanan dijual dengan harga RM4,200. Ini hanyalah disebabkan oleh jaket di sebelah kanan adalah hasil kerjasama North Face bersama Supreme.

Persoalannya adalah mengapa seseorang itu sanggup membayar harga yang mahal dengan jaket yang sama? Dan apakah yang membuatkan Supreme tersangat mahal?

BESARKAN TEKS     A-  A+

Dari logo yang sangat menarik perhatian kepada keluaran produk terhad dan kerjasama dengan artis, Supreme telah beralih dari kedai skateboard kecil di New York kepada syarikat streetwear bernilai RM4 bilion sejak 20 tahun yang lalu.

kenapa jenama supreme tersangat mahal

Tetapi bagi peminatnya, Supreme adalah lebih daripada sekadar jenama dan sering menjadi obsesi serta keseluruhan subkulturnya sendiri. Sejak dihasilkan, Supreme telah mengekalkan imej yang asli.

Diasaskan oleh James Jebbia pada tahun 1994, Supreme bermula sebagai sebuah kedai skateboard di kejiranan SoHo di Manhattan.

Kedai itu mula menjual hoodies dan sweatshirts yang bertujuan ke arah arena papan luncur New York yang berkembang.

Sepanjang tahun 90-an dan awal tahun 2000, Supreme berfungsi sebagai jenama papan luncur yang memenuhi peminat papan luncur dan mereka yang berminat dengan gaya streetwear.

Tetapi sikap dan keluaran terhad Supreme telah mendorong mereka jauh melampaui permulaan mereka.

kedai supreme

Reka bentuk Supreme yang paling ikonik adalah logo kotak mereka, yang pada asalnya terdiri daripada huruf putih italik yang pada latar belakang berwarna merah.

Peruntukan imej Supreme adalah salah satu kunci kepada popularitinya. Imej dan logo pop-budaya disalin dan disesuaikan dengan cara yang membuatkan rekaan kelihatan lebih seperti seni kontemporer atau grafiti daripada jenama fesyen yang besar.

T-shirt pertama keluaran Supreme hanyalah terpapar gambar Robert De Niro dalam filem "Taxi Driver" bersama dengan logo merah-putih yang ikonik.

Dan penggunaan imej oleh syarikat ini yang sering tidak berlesen telah menyebabkan Supreme menerima surat cease-and-desist dari Louis Vuitton, National Hockey League (NHL), dan National Collegiate Athletic Association (NCAA).

Menurut Dimirtrios Tsivrikos, ahli psikologi pengguna dan perniagaan yang sangat terkenal, semakin banyak kita terdedah kepada sesebuah jenama, semakin besar kemungkinan kita akan mewujudkan kaitan atau rasa berhubung dengannya.

saudar asyraf mazlan bersama kapak supreme nya

Bagi Supreme, ia tidak ada unsur status dan mereka memberikan sepenuh perhatian kepada apa yang patut diwakili oleh sebuah logo iaitu menonjol dan dapat dikenal pasti.

Kebolehan untuk dikenal pasti adalah kunci kepada kehebatan Supreme sebagai sebuah jenama.

Tetapi barang-barangnya juga sengaja dibuat agar sukar untuk diperolehi dan produk mereka mendapat permintaan tinggi disebabkan oleh keluaran yang sangat terhad.

Menurut Chris Magnaye, seorang penjual semula barangan Supreme, untuk membeli barangan ini bukanlah sesuatu yang mudah. Sebagai contoh, pada jam 11 pagi hari Selasa anda melawat laman sesawang Supreme dan memasukkan maklumat asas iaitu nama, e-mel, nombor telefon dan nombor kad kredit.

Kemudian, mereka akan menghantar mesej kepada anda untuk memberitahu sama ada anda terpilih untuk beratur. Pada hari Rabu, mereka akan memberitahu masa dan kedai yang anda perlu lapor diri.

orang ramai beratur untuk mendapatkan barangan supreme

Pada hari Khamis, anda perlu ke kedai yang diarahkan pada waktu yang ditetapkan. Terdapat peraturan unik oleh Supreme di mana anda hanya dibenarkan membeli 1 jenis barangan sahaja untuk satu gaya.

Ini bermakna jika T-shirt Supreme dihasilkan dalam 3 warna iaitu hitam, merah dan kelabu, anda hanya boleh membeli T-shirt warna kelabu.

Jika anda inginkan lagi 2 warna iaitu merah dan hitam, anda perlu meminta sesiapa untuk mendapatkan untuk anda di mana mereka juga perlu beratus seperti yang anda lakukan. Dalam kes ini, ramai orang yang beratur untuk orang lain.

Supreme hanya menjual barangan mereka di kedai mereka termasuk kedai atas talian. Hanya pada pertengahan hingga hujung tahun 2000an, barulah Supreme mendapat rentak sebenar mereka.

Kejayaan ini sebahagiannya disebabkan oleh apa yang digelar sebagai "Kesan Kanye". Pada tahun 2006, Supreme mengeluarkan Supreme Blazer SB, sepasang kasut dengan kerjasama Nike.

kanye west memakai supreme blazer sb

Kasut itu dijual dengan harga sekitar RM600 dengan harga penjualan semula berkisar antara RM1,200 hingga RM1,400. Pada Julai 2007, Kanye West dilihatkan memakai kasut tersebut di pesta Grammy Foundation's Starry Night.

Selepas gambar tersebut dikeluarkan, harga penjualan semula melonjak tinggi mencecah RM3,200.

Hal ini berlaku kepada baju panas yang dipakai oleh rapper Tyler, The Creator dalam muzik videonya iaitu "She", di mana baju itu berharga sekitar RM600 namun harga jual semula mencecah RM14,000.

Namun, tak semua produk Supreme akan berakhir dengan nilai yang berlipat kali ganda. Penjual semula seperti Chris Magnaye memutuskan apa yang akan menjadi popular dan produk yang mana akan memberikan pulangan tertinggi.

Pengeluaran yang sangat terhad ini bermakna bahawa membeli dan menjual barang-barang Supreme membawa keuntungan yang sebenar.

Apabila anda melihat harga barangan di dalam gedung Supreme, ia tidaklah terlalu mahal seperti yang anda sangkakan. Harga bagi T-shir adalah sekitar RM160 dan RM575 bagi baju panas.

Namun sebaik sahaja produk-produk ini habis dijual, harganya boleh meningkat 30 kali ganda daripada harga asal. Banyak jenama-jenama besar lain menggunapakai teknik pengeluaran terhad ini untuk menjana kegilaan terhadap produk mereka.

Cara ini membuatkan orang ramai berasakan bahawa mereka adalah sebahagian daripada sesuatu yang eksklusif.

Rujukan:

1. Business Insider

2. Easy Mens Lifestyle

3. Vice




Hakcipta iluminasi.com (2017)