Oleh pada 28 Jun 2018 kategori

Menyimpan janggut dan jambang sudah lama dilakukan oleh manusia dan ia merupakan salah satu daripada sunnah Rasulullah S.A.W yang kini menjadi ikutan seluruh umat manusia.

Namun, kini ia menjadi salah satu "aset" penting bagi seorang lelaki dan telah menjadi trend masa kini yang melambangkan kejantanan, kelakian dan kebijaksanaan.

Dengan menonjolkan lagi rahang seseorang, janggut dan jambang membantu menjadikan imej seseorang itu lebih menarik dan sesetengah wanita beranggapan bahawa lelaki mempunyai jambang adalah lebih seksi.

BESARKAN TEKS     A-  A+

ini sebab sesetengah lelaki tidak mempunyai jambang 2

Namun malang sekali tak semua lelaki yang dikurniakan kelebihan memiliki jambang dan sesetengah lelaki tak mampu untuk menumbuhkan jambang walau sekuat mana mereka mencub. Mereka ini dikatakan mempunyai sindrom "baby face".

Ia bukanlah masalah kesihatan sebenar namun ramai lelaki yang "menderita" akibat sindrom ini. 

Bagaimana jambang boleh tumbuh?

ini sebab sesetengah lelaki tidak mempunyai jambang 3

Sebenarnya, terdapat faktor saintitik yang menyebabkan ketidaksamaan penumbuhan jambang bagi setiap lelaki.

Bulu rambut, sama ada tumbuh pada wajah atau kulit kepala anda, tumbuh disebabkan oleh hormon kimia dikenali sebagai dihydrotestosterone yang berkait dengan testosteron (hormon yang merangsang tumbesaran lelaki dan ciri-ciri seksual) dan sering dikaitkan dengan masalah kebotakan. 

Juga dikenali dengan singkatan DHT, ia merupakan molekul yang disintesis dari testosteron dan menghasilkan bulu rambut apabila terikat pada reseptor pada kulit anda. 

ini sebab sesetengah lelaki tidak mempunyai jambang 4

Namun, pertumbuhan jambang tidak ditentukan oleh testosteron itu sendiri, tetapi bergantung kepada tahap kepekaan oleh tindakbalas reseptor ini. Dan tahap kepekaan reseptor tersebut ditentukan oleh genetik anda sendiri.

Dengan kata lain, tak kira betapa banyak hormon testosteron wujud dalam badan anda, jika ia tidak ditukarkan kepada DHT dan reseptor anda pula tidak peka, maka anda tidak akan memiliki jambang.

Jadi, jika anda ingin menyalahkan mana-mana pihak kerana tidak memiliki jambang, anda harus menyalahkan genetik daripada ibu bapa anda.

Dan jika bapa atau datuk anda tidak memiliki jambang, maka besar kemungkinan anda juga akan mengalami nasib yang sama. Namun, jika mereka mempunyai jambang, anda juga mungkin tidak memilikinya jika genetik mereka tidak diwarisi anda. 

Adakah lelaki tidak berjambang mempunyai kadar testosteron yang rendah?

ini sebab sesetengah lelaki tidak mempunyai jambang 5

Secara amnya, hampir semua lelaki memiliki tahap testosteron yang sama, namun lelaki yang memiliki jambang adalah lebih peka atau responsif terhadap testosteron berbanding mereka yang tidak memiliki jambang.

Dengan kata lain, keupayaan untuk memiliki jambang tidak ada kena mengena dengan kejantanan, kelakian atau tahap testosteron seseorang lelaki itu.

Apa yang boleh dilakukan untuk memiliki jambang?

ini sebab sesetengah lelaki tidak mempunyai jambang 6

Tak mampu untuk memiliki jambang bukanlah masalah kesihatan yang sebenar dan tidak ada apa yang anda boleh lakukan untuk mengubahnya.

Para doktor memberi amaran kepada mereka yang cuba untuk mendapatkan rawatan perubatan kerana ia boleh memberikan kesan sampingan yang buruk seperti parut akibat jerawat, masalah kepada organ hati dan kebotakan.

Lebih menarik adalah mereka yang sensitif terhadap testosteron iaitu mereka yang memiliki jambang juga mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi untuk mengalami masalah kebotakan.

ini sebab sesetengah lelaki tidak mempunyai jambang 7

Jadi, jika anda salah seorang yang mempunyai "baby face" dan dikelilingi dengan mereka yang mempunyai raut wajah berjambang ala hipster, jangan terlalu kecewa kerana sekurang-kurangnya anda kurang risiko untuk menjadi botak.

Malah, ramai juga yang mempunyai jambang, namun tidak begitu menyukainya sehinggakan menjalani rawatan untuk menghentikan pertumbuhan jambang mungkin disebabkan ia tumbuh dengan terlalu cepat sehinggakan terpaksa mencukur setiap 2 atau 3 hari.


Nota penulis: Ada jambang atau tidak, kita harus bersyukur dengan apa yang dikurniakan dan jangan membandingkan apa yang tiada pada kita kerana ia hanya membuatkan kita tidak bersyukur.

Sebaliknya, bandingkan apa yang dikurniakan kepada kita dengan mereka yang tiada, dengan itu kita akan lebih berterima kasih kepadaNya.

Rujukan:

1. Elite Daily

2. Indy 100

3. Science ABC




Hakcipta iluminasi.com (2017)