Janggut serta jambang lebat ketika ini menjadi idaman ramai lelaki, berikutan trend fesyen dunia sekarang yang mempopularkan jambang khasnya sebagai penghias wajah.

Jualan ubat pelebat jambang semakin mudah didapati, dengan pelbagai jenis produk ditawarkan oleh banyak pengeluar. Janji serta jaminan yang wajah anda akan berjaya mempunyai jambang yang tebal serta lebat kerap kali dijadikan slogan jualan bagi menarik minat pengguna.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Walaupun begitu, sebelum anda membeli produk-produk jambang lebat ini, pernahkah anda mengkaji serba sedikit kenapa ada individu lelaki yang lebat jambangnya tanpa ada sebarang usaha dan ada yang dah bermacam jenis ubat diletakkan, tetapi yang terhasil hanyalah dua tiga helai janggut di hujung dagu? Apa perbezaan individu-individu ini antara satu sama lain sekiranya dibandingkan?

Ini adalah penerangan ringkas berkenaan rahsia jambang lebat lelaki yang semua lelaki perlu ketahui.

Apa yang mengawal penumbuhan jambang?

will forte muka sebelah

Bagi mereka yang sudah berusaha membeli tonik, ubat dan krim bagi mewujudkan jambang namun belum nampak sedikit pun usaha anda berhasil, besar kemungkinan anda adalah salah seorang yang memang kulitnya tidak akan menghasilkan jambang.

Walaupun kegagalan mempunyai jambang lebat dilihat sebagai satu kelemahan pada sesetengah lelaki, secara saintifik ada satu rahsia yang terkandung disebalik kegagalan itu.

Hormon yang mengawal kesuburan jambang anda dinamakan sebagai Dihydrotestosterone. Sekiranya sukar untuk menyebutnya, singkatannya adalah DHT. Dalam penyelidikan, saintis mendapati DHT adalah sejenis hormon yang berasal daripada hormon testosterone yang dimiliki oleh individu lelaki namun berada dalam keadaan lebih aktif.

DHT dan testosterone tergolong dalam kumpulan hormon androgen yang memberikan seseorang lelaki, sifat-sifat sepatutnya dimiliki seorang lelaki. Penghasilan DHT berlaku disebabkan perubahan yang terjadi pada testosterone setiap hari. Kebiasaannya, 10% daripada testoterone yang dihasilkan setiap orang akan berubah menjadi DHT bagi peringkat lelaki dewasa.

Ini menunjukkan dengan pertambahan kadar testosterone, besar kemungkinan seseorang itu akan mempunyai jumlah DHT yang lebih tinggi dalam badan. Seseorang yang mempunyai jumlah DHT yang tinggi mempunyai sistem tubuh yang lebih mudah menghasilkan bulu dan rambut, terutamanya pada bahagian jambang. Jadi seseorang yang mempunyai jambang yang lebat menandakan dia mempunyai nilai DHT yang tinggi. Tetapi....

Apa pula kelemahannya?

kenapa lelaki ada yang tiada jambang

Walaupun sesetengah lelaki mempunyai jambang yang sangat tebal disebabkan nilai DHT yang tinggi, akan wujud pula kekurangan lain yang tak ramai suka.

Dalam kajian yang telah pun dijalankan serta dibuktikan banyak kali, apabila seseorang itu mudah untuk menyimpan jambang yang lebat - besar kemungkinan dia akan mengalami masalah keguguran rambut sehingga botak ketika semakin berusia.

Kajian mendapati apabila seseorang itu mempunyai nilai DHT yang tinggi (serta jambang yang lebat), dia akan mengalami masalah kekurangan rambut lebih ketara berbanding mereka yang mempunyai nilai DHT lebih rendah dan kurang berjaya menyimpan jambang lebat.

Apa yang berlaku adalah proses semulajadi tubuh kita dalam menyeimbangkan fungsi badan. Individu yang didapati mempunyai nilai DHT tinggi didapati mempunyai folikel-folikel rambut yang semakin lama semakin mengecil. Apabila saiz folikel semakin mengecil, ini akan menyebabkan proses pertumbuhan semula rambut tidak akan kekal dalam tempoh lebih lama.

Berapa lama masa akan diambil pula tidak menentu, bergantung kepada tahap sensitiviti kita kepada kesan DHT pada badan.

Apa pilihan anda, jambang atau rambut?

m nasir rambut panjang janggut lebat

Dalam kajian-kajian yang telah dijalankan ke atas lelaki yang mengalami masalah kebotakan kepala, apabila berlaku penurunan pada nilai DHT dengan menggunakan ubat-ubatan - didapati masalah kehilangan rambut turun mendadak.

Satu dos ubat bernama 'finasteride' yang menurunkan kadar DHT sehingga 60% mampu menurunkan sehingga 86% keguguran rambut lelaki. 65% daripada peserta kajian mendapati rambut mereka tumbuh semula selepas mengambil dos yang disediakan.

Jadi mungkin ketika ini anda masih muda dan badan anda belum lagi sensitif terhadap perubahan kadar DHT ini. Beruntunglah anda.

Bagi mereka yang sudah sedikit berusia, kajian sudah menunjukkan peluang untuk anda mempunyai jambang yang lebat berkemungkinan akan datang sekiranya anda tidak mempunyai rambut.

Mungkin juga anda antara orang yang beruntung dikurniakan jambang dan rambut yang sama lebat, ekoran tahap sensitiviti anda terhadap naik turun DHT tidak begitu besar. Jika ya, kami ucapkan tahniah pada anda kerana itu saja yang kami mampu, dalam menyembunyikan perasaan iri hati kami.

Rujukan

DiscoverMagazine




Hakcipta iluminasi.com (2017)