ini sebab mengapa pelari kenya jadi jaguh maraton dunia 01

Pada tahun 2013, Wilson Kipsang Kiprotich dari Kenya telah memenangi Marathon Berlin dengan catatan masa 2 jam, 3 minit dan 23 saat, iaitu purata 2 minit 56 saat bagi setiap kilometer. 

Ia merupakan masa maraton terpantas yang pernah dicatatkan pada ketika itu dan satu pencapaian hebat bagi seorang lagi pelari Kenya. Juga tidak kurang hebat pelari yang menamatkatn di tempat ke-2, ke-3, ke-4 dan ke-5 semuanya adalah pelari-pelari Kenya.

mary jepkosgei keitany ini sebab mengapa pelari kenya jadi jaguh maraton dunia

Bagi kategori wanita pula, tempat pertama, kedua dan ketiga dimenangi oleh pelari Kenya. Dahsyat kan?

2 minggu kemudian, seorang lagi pelari Kenya, Dennis Kimetto telah memecahkan rekod Marathon Chicago dengan catatan 2:03:45, dan apa yang mengejutkan adalah beliau hanya mula berlari 4 tahun sebelumnya. Dan 3 pencabar terdekatnya dalam marathon ini, juga dari Kenya.

dennis kimetto ini sebab mengapa pelari kenya jadi jaguh maraton dunia

Dan setahun kemudian pada 2014 di Marathon Berlin, Dennis Kimetto sekali lagi mencipta kejutan apabila memecahkan rekod marathon itu, dan juga rekod dunia dengan catatan 2:02:57.

Rekod dunia wanita dipegang juga oleh pelari Kenya, Mary Jepkosgei Keitany dengan catatan 2:17:01 .

Mengapa pelari Kenya sangat hebat?

ini sebab mengapa pelari kenya jadi jaguh maraton dunia 4

Apakah yang membuatkan pelari dari Kenya begitu hebat sebegini? Ketika anda cenderung untuk memikirkan bahawa semua pelari jarak jauh dari Kenya adalah sangat hebat, namun sebenarnya pelari-pelari ini berasal dari suku kaum Kenya yang sama yang dikenali sebagai Kalenjin.

Dengan populasi kira-kira 5 juta, Kalenjin dianggap sebagai minoriti, walaupun di Kenya, namun ia telah mendominasi kebanyakan perlumbaan jarak jauh dunia.

Secara statistik, dalam sejarah Amerika Syarikat, terdapat hanya 17 pelari marathon negara ini yang mempunyai catatan di bawah 2 jam 10 minit. Dan terdapat 32 atlet Kalenjin yang mempunyai rekod yang sama yang dilakukan sehingga Oktober 2011.

Peranan genetik Kalenjin

ini sebab mengapa pelari kenya jadi jaguh maraton dunia 5

Para saintis dan pakar sukan mencadangkan berbagai-bagai penjelasan untuk jangka masa bertahun-tahun mengenai kehebatan Kalenjin di trek larian, daripada diet tinggi kanji kepada sosioekonomi suku kaum ini.

Sememangnya faktor-faktor ini penting, tapi tak ada satu pun daripadanya yang benar-benar menjelaskan mengapa Kalenjin sangat dominan. Ada teori mengatakan ia disebabkan perbezaan altitud.

Kalenjins mempunyai kelebihan tinggal di kawasan beraltitud tinggi. Ini bermaksud, mereka memerlukan lebih banyak oksigen dan dapat mengendalikan sistem jantung dan pernafasan mereka dengan baik.

Apabila mereka turun ke altitud yang lebih rendah, mereka dapat berlari lebih cepat daripada manusia biasa.

Namun terdapat sesetengah saintis menerangkan satu aspek biologi semulajadi yang jelas membantu Kalenjin, iaitu bentuk badan mereka.

Kalenjin mempunyai buku lali dan betis yang sangat nipis, bentuk badan yang biasanya dijumpai dalam suku kaum Nilotic yang membesar berdekatan dengan khatulistiwa.

ini sebab mengapa pelari kenya jadi jaguh maraton dunia 9

Menurut David Epstein, editor kanan di Sports Illustrated dan pengarang buku baru The Sports Gen, ia adalah sangat penting dalam larian kerana kaki adalah seperti pendulum. Semakin tinggi berat badan anda yang menjauhi pusat graviti, semakin sukar untuk diayunkan.

Sebagai contoh, jika anda mengambil seorang pelari dan meletakkan pemberat 10kg pada pinggangnya, pelari ini masih mampu berlari dengan baik.

Tetapi jika anda menggunakan pemberat yang sama yang dibahagikan kepada dua bahagian dan dipasangkan pada buku lalinya, dia akan menggunakan tenaga yang lebih dan akan memperlahankan larian.

dennis kimetto ini sebab mengapa pelari kenya jadi jaguh maraton dunia 3 655

Jenis bentuk badan adalah sangat penting dan memberikan kelebihan terbesar di kalangan atlet elit, manakala perbezaan lain seperti latihan dan kapasiti aerobik memberikan impak yang minimum.

Malah, secara statistik, anda mungkin dapat meramalkan siapa yang akan memenangi perlumbaan berdasarkan saiz buku lali dan betis atlet.

Ataupun, mungkin ia ketahanan mental?

kipchoge keino ini sebab mengapa pelari kenya jadi jaguh maraton dunia 5

Pastinya ramai di antara kita akan menggunakan Sukan Olimpik sebagai penanda aras bagi sukan balapan. Cuba kita lihat kembali kepada kekalahan acara 1,500 meter yang paling popular, iaitu ketika Mexico City Olimpik 1968.

Pelari Kalenjin, iaitu Kipchoge Keino telah mengalahkan pemegang rekod dunia ketika itu, Jim Ryun. Kichoge bukan sahaja membawa pulang pingat emas tetapi juga menjadi pencetus kepada era kegemilangan pelari Kenya.

Apa yang menakjubkan adalah doktor telah mengarahkan supaya Kipchoge tidak bertanding dalam acara itu kerana didiagnos mempunyai jangkitan hempedu beberapa hari sebelum perlumbaan. Jangkitan ini adalah tersangat sakit, dan menjadi lebih sakit apabila bernafas dengan kuat ketika berlari.

Mengatasi masalah kesihatan yang dialami, Kipchoge memenangi perlumbaan tersebut, dan juga mencatatkan rekod Olimpik yang baru.

Bagaimana beliau mampu menahan sakit yang amat sangat?

John Manners, seorang wartawan bersara yang mempunyai kepakaran khusus dalam berita-berita eksploitasi terhadap para pelari Afrika percaya beliau boleh menjelaskan bagaimana Kipchoge boleh menahan sakit yang sangat teruk itu.

john manners ini sebab mengapa pelari kenya jadi jaguh maraton dunia 2

Ketika John berusia 12 tahun beliau tinggal dalam kalangan Kalenjin disebabkan bapanya bekerja sebagai ahli antropologi. John menyedari rakan-rakannya mempunyai parut pada tangan dan kaki di mana anggota-anggota ini dibakar menggunakan arang panas, oleh mereka sendiri.

John kemudian mengetahui bahawa merekaa mengamalkan untuk upacara permulaan, iaitu satu ritual tentang menahan kesakitan.

Seorang daripada kalangan Kalenjin, Elly Kipgogei, 19 tahun, menceritakan pengalaman beliau dalam upacara ini ketika berusia 15 tahun.

Upacara meningkatkan ketahana terhadap rasa sakit

ini sebab mengapa pelari kenya jadi jaguh maraton dunia 6

Pertama sekali, mereka harus merangkak dalam keadaaan bogel melalui terowong yang dipenuhi pokok berdaun sengat. Kemudian, bahagian tulang pada buku lali akan dipukul, dan penumbuk mereka diperah, serta asid yang terhasil daripada pokok berdaun sengat disapukan pada kemaluan.

Tetapi ini semua hanya pemanas badan sahaja, selepas disunatkan pada awal pagi tersebut menggunakan kayu yang tajam. Dan ketika proses ini dijalankan, mereka diwajibkan untuk menahan, dan tidak bergerak. Malah, mereka tak dibenarkan mengeluarkan suara atau bunyi.

ini sebab mengapa pelari kenya jadi jaguh maraton dunia 0

Malah, dalam satu upacara versi lain, lumpur dilumurkan pada muka dan dibiarkan kering. Jika ia pecah disebabkan oleh pipi mereka bergerak atau dahi dikedutkan, mereka akan dilabelkan sebagai "kebitet" yang bermaksud pengecut, dan akan dikeji oleh seluruh komuniti.

Selepas bersunat, mereka tidak dibenarkan pulang ke rumah dan dibawa ke sebuah pondok di pedalaman kampung untuk pulih daripada bersunat. Dan beliau diberitahu, apabila meninggalkan pondok tersebut, beliau tidak dibenarkan berjalan.

"Jadi saya perlu berlari dan berlari dengan sangat laju. Dan ketika berlari dengan laju, saya berasa amat sakit," kata Elly Kipgogei.

ini sebab mengapa pelari kenya jadi jaguh maraton dunia 90

Kepercayaan tradision Kalenjin ialah mereka mewarisi 2 perkara daripada ibu bapa mereka, iaitu kehebatan fizikal dan kebolehan mental untuk menahan sakit. Ini membuatkan mereka mampu menjadi pelari yang lebih baik daripada atlet yang tidak mengalami dan menjalani kehidupan sebegini.

Joh Manners berkata tekanan sosial yang menekan kebolehan mereka menahan sakit adalah latihan yang sangat bagus bagi sukan larian di mana menahan sakit adalah asas kepada kejayaan dalam sukan ini.

"Proses bersunat mengajar kanak-kanak untuk menahan tekanan dan bertolak ansur dengan rasa sakit," jelas John Manners.

Rujukan:

1. NPR

2. Runners World

3. The Atlantic


tags : , , , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)