Kebolehan luar biasa biasanya di nilai pada tahap individu, apabila seseorang itu mampu melakukan sesuatu yang di luar tahap keupayaan biasa.
Bagaimanapun, ada juga sesetengah fenomena unik di seluruh dunia berlaku membolehkan sesuatu kelompok masyarakat atau etnik mempunyai kebolehan yang melampaui batas had tenaga yang kita ketahui.
Tahukah anda tentang kumpulan etnik ini?
BESARKAN TEKS A- A+
1. Orang Bajau handal menyelam
Kehidupan yang dipengaruhi air membolehkan etnik Bajau yang tinggal di Malaysia, Filipina dan Indonesia mempunyai kebolehan tinggi dalam menyelam.
Bagi mereka yang pernah menyaksikan sendiri kebolehan mereka ini, etnik Bajau ini dikatakan mampu berada dalam air sama seperti kita yang berdiri di atas daratan. Apa yang unik - semuanya dilakukan tanpa menggunakan peralatan moden yang biasa digunakan penyelam lain.
Untuk membolehkan mereka menyelam dengan baik, orang Bajau akan memecahkan gegendang telinga mereka pada usia muda - bagi mengelakkan rasa sakit yang akan dirasai semasa di dalam air. Mereka percaya kaedah itu memudahkan mereka menyelam.
Dilaporkan kebiasaannya orang Bajau yang mencari hasil lautan akan menghabiskan 4 ke 5 jam sehari dalam air. Rekod selaman bebas paling dalam setakat ini adalah pada kedalaman 79 meter.
Seorang penyelam Bajau direkodkan mampu menahan nafas selama 3 minit, semasa di dalam air.
2. Orang Kalenjin pakar lari jarak jauh
Tinggal di kawasan tanah tinggi mengakibatkan tubuh etnik Kalenjin yang menetap di Lembah Great Rift, Kenya - memaksa etnik Kalenjin membiasakan diri dengan tekanan udara lebih rendah serta kekurangan oksigen.
Ini membuatkan tubuh mereka mula lebih aktif memperbanyakkan lagi pengaliran oksigen ke dalam badan melalui sel darah merah, memperkuatkan sistem daya tahan badan mereka agar dapat terus kekal hidup.
Atas sebab itulah etnik Kalenjin mempunyai kemampuan untuk berlari jarak jauh lebih lama, dalam masa yang lebih pantas.
Legenda kemampuan berlari orang Kalenjin bermula dalam era 1960-an, selepas seorang pelari etnik Kalenjin bernama Kipchoge Keino yang tidak dikenali mula memecahkan rekod-rekod larian jarak jauh sebelum itu dengan beza masa yang tidak masuk akal.
Sehingga kini individu dari etnik Kalenjin masih lagi aktif dalam sukan larian, terus memenangi acara-acara yang dianjurkan serta menyumbang 73% daripada keseluruhan kutipan pingat Olimpik negara Kenya.
3. Orang Sherpa hebat mendaki
Hidup dalam keadaan yang sukar membolehkan orang Sherpa yang tinggal di Nepal mempunyai kebolehan luar biasa, dalam mendaki gunung dan bukit.
Kemampuan yang ada melayakkan orang Sherpa mampu melalui laluan-laluan lebih sukar, bagi membolehkan laluan baru dibuka serta mencatatkan masa panjatan yang susah untuk ditandingi pendaki-pendaki lain.
Apa yang membezakan Sherpa dengan pendaki lain adalah tubuh mereka yang sudah dibiasakan hidup dalam suasana kurang oksigen pada ketinggian lebih 8,000 kaki, yang dipercayai sudah diwarisi sejak 6,000 tahun dahulu.
Dalam kajian yang telah dijalankan, didapati orang Sherpa mempunyai kebolehan untuk menghasilkan tenaga dalam keadaan kurang atau ketiadaan oksigen dengan lebih berkesan berbanding manusia biasa, melalui proses yang dikenali sebagai proses metabolisme anaerobik.
Proses itu berlaku apabila paru-paru mula gagal membekalkan oksigen dalam darah secukupnya dan tubuh mereka didapti mampu mengekalkan proses tersebut dalam tempoh jangka masa lebih panjang.
4. Orang kerdil di Ecuador kebal kanser
Kanser merupakan salah satu pembunuh manusia yang sangat ditakuti. Ini menyebabkan pelbagai kajian telah pun dijalankan dalam merawat masalah penyakit ini.
Salah satu usaha yang dijalankan, adalah mengenalpasti sekumpulan manusia yang tinggal di bahagian selatan negara Ecuador, yang diketahui mempunyai imuniti terhadap sel kanser disebabkan oleh penyakit yang mereka alami.
Kumpulan komuniti ini yang rata-ratanya menetap di Ecuador dan selebihnya di Sepanyol, mempunyai penyakit yang dikenali sebagai sindrom Laron. Hanya 350 orang sahaja diketahui masih hidup ketika ini.
Individu yang menghidap sindrom ini sihat sepenuhnya seperti biasa, tetapi mempunyai abnomarliti pada organ limpa mereka menyebabkan tubuh mereka tidak mampu menghasilkan bahan yang dikenali sebagai insulin-like growth factor 1 atau IGF-1.
Tanpa IGF-1, tubuh mereka tidak mempunyai kebolehan untuk menukarkan sel-sel sihat kepada sel kanser serta membuatkan mereka lebih sensitif terhadap insulin, menyukarkan mereka mengalami diabetis.
Namun......sindrom Laron yang mereka alami memberikan mereka abnormaliti pada saiz badan, di mana penghidapnya tidak akan membesar seperti biasa disebabkan oleh ketiadaan kemampuan tubuh untuk menggunakan hormon tumbesaran dengan sempurna.
Walaupun kebal serangan penyakit kritikal, komuniti individu kerdil ini tetap memilih untuk meminggirkan diri menetap sesama mereka - kerana berasa rendah diri terhadap saiz badan mereka.
Lihat gambar di atas. Lelaki itu bernama Jannick Castillo dan dia sebenarnya sudah berusia 18 tahun.