5 warna yang diharamkan dilarang pakai penggunaannya

Mungkin anda langsung tidak pernah menyangkakan bahawa terdapat warna yang diharamkan dan berbahaya untuk digunakan. 

Pelbagai jenis warna digunakan dalam kehidupan seharian terutamanya dalam proses penghasilan produk dan pewarnaan.

Namun, bukan semua warna yang ada boleh digunakan sewenang-wenangnya dan ada warna yang boleh membunuh.

Sama ada ia toksik, diharamkan dan juga tertakluk kepada hak cipta, iluminasi.com kongsikan 7 warna yang terlarang dan diharamkan penggunaannya. 

7. Coklat Mumia 

warna coklat mumia

Pada abad ke-16, cat berwarna coklat yang baharu mulai muncul dalam seni Eropah yang disebut "Mummy Brown".

Mungkin ada yang menganggap ini hanyalah satu nama kreatif, namun cat ini sebenarnya diperbuat daripada orang Mesir kuno yang dihancurkan.

Pada abad ke-19, "Egyptomania" tersebar di seluruh Eropah dan Amerika Syarikat, disebabkan oleh orang menggunakan mumia sebagai hiasan, ubatan, kertas, dan juga permainan pesta.

Teknik yang tepat untuk menghasilkan warna ini berbeza-beza dan pada hari ini hampir mustahil untuk mengetahui sama ada sesuatu lukisan itu menggunakan bahan ini walaupun diuji melalui mana-mana analisis, namun semuanya mengandungi mumia sebenar.

Tidak semua orang tahu bahan apakah yang digunakan untuk menghasilkan cat ini. Ketika seorang pelukis bernama Edwar Burnes-Jones mengetahui tentang cat yang digunakannya itu, dia kemudiannya mengadakan acara pengebumian untuk mumia tersebut di halaman rumahnya.

Namun, warna ini tidak kekal lama. Pada tahun 1964, pembuat cat coklat mumia ini melapirkan bahawa mereka kehabisan mumia dan tidak dapat lagi menghasilkannya.

6. Vantablack

hitam vantablack

Vantablack adalah antara warna yang paling gelap yang pernah diketahui manusia.

Dihasilkan oleh syarikat Britain iaitu Surrey NanoSystem pada awal tahun 2000-an, ia dapat menyerap 99.965% cahaya yang boleh dilihat.

Ia memegang Rekod Dunia Guinness sebagai bahan buatan manusia paling gelap sehinggalah bahan dengan nama "dark chamaleon dimers" menggantikannya sebagai warna yang paling gelap pada tahun 2015.

Warna ini dapat digunakan untuk menyahkan cahaya dari teleskop dan kamera inframerah serta berpotensi mengumpulkan tenaga suria.

bmw vantablack

Ia mungkin juga mempunyai aplikasi ketenteraan, seperti penyamaran yang kuat.

Namun, jika anda menggunakan cat vantablack untuk membuat karya seni moden atau menghiasi bilik tidur anda, anda boleh disaman.

Melainkan anda bernama Anish Kapoor, orang yang memegang lesen ekslusif untuk menggunakan warna ini dalam karya seni.

Anish Kapoor terkenal kerana mencipta ukiran berbentuk kacang di Chicago yang diberi nama "Cloud Gate", dan telah dikritik teruk kerana dikatakan tamak tidak mahu berkongsi penggunaan warna tersebut.

5. Ungu Tyrian 

ungu tyrian

Warna ungu diraja dikaitkan dengan bangsawan selama berabad-abad dan ia berlanjutan hingga ke hari ini.

Semasa Empayar Rom, mana-mana orang bukan bangsawan yang berani memakai warna ungu boleh dihukum mati.

Ratu Elizabeth I mengharamkan orang lain kecuali keluarganya memakai warna ini sebagai sebahagian daripada Undang-Undang Sumptuari yang mengawal apa yang boleh dipakai oleh setiap kelas sosial.

Malah, warna ungu kemerahan ini dikatakan mirip dengan darah kering, mengaitkan kerabat raja dengan idea garis keturunan Tuhan.

Ia menjadi popular di kalangan kelas penguasa di Mesir, Parsi, dan Empayar Rom dan berlangsung hingga pertengahan tahun 1500-an.

Sebab mengapa pewarna ungu begitu jarang adalah kerana ia sangat sukar dan mahal untuk dihasilkan.

Bandar Tyre di Lubnan adalah pengeluar utama pewarna ungu ini yang mana diberi nama ungu Tyrian atau ungu diraja.

Untuk mengekstrak pigmen ini, beratus ribu siput laut harus dikumpulkan, dihancurkan dan didedahkan kepada cahaya matahari.

Proses ini memerlukan 250,000 ekor siput untuk hanya mendapatkan 28 gram pewarna, yang mana membuatkannya tersangat mahal bagi orang ramai.

4. Vermillion

vermillion

Vermillion juga dikenali dengan nama cinnabar dan China red, namun ia bukanlah warna biasa yang anda boleh gunakan.

Vermillion memperoleh warna merah-orennya dari merkuri, dan semakin kecil zarah merkuri, semakin terang warna merah vermillion.

Warna ini telah digunakan hampir 8,000 tahun, sejak orang Rom kuno mengambilnya dari Sepanyol dan menggunakannya dalam kosmetik dan seni.

Ia juga digunakan untuk menerangi manuskrip abad pertengahan.

Tawanan dan hamba diberi pekerjaan berbahaya untuk melombong cinnabar di lombong Almadén Sepanyol, dan kemudian ia dipanaskan dan dihancurkan untuk membentuk pigmen.

Warna ini juga digunakan dalam lukisan Renaissance dan di China di mana ia mendapat nama alternatifnya.

Di sana ia dicampurkan dengan getah pokok dan digunakan untuk kuil, tinta, dan tembikar.

Orang Cina Kuno mencipta cinnabar sintetik, tetapi masih beracun.

Akhirnya merah Cadmium menggantikannya sebagai pilihan seniman pada abad ke-20, kerana ia kurang berbahaya.

3. Putih plumbum 

putih plumbum

Sejak abad ke-4 SM, orang Yunani kuno, Rom, dan Mesir menggunakan pigmen putih pekat ini untuk solekan, ubat, dan cat.

Pengarang Yunani kuno Pliny dan Vestruvious juga ada menerangkannya dalam tulisan mereka.

Proses membuatnya cukup mudah iaitu dengan merendamkan logam plumbum dalam cuka dan kemudian mengikis serbuk putih yang terbentuk.

Proses penghasilan ini menyebabkan banyak pengeluar dan seniman dijangkiti dengan apa yang disebut sebagai "Painter's Colic", yang kini kita kenali sebagai keracunan plumbum.

Kepekatan putih plumbum ini dan kepantasannya untuk mengering menjadikannya kegemaran artis di seluruh Eropah.

Tetapi plumbum dapat memasuki tubuh jika dihidu, ditelan, atau diserap dan boleh menyebabkan kerosakan jangka panjang pada otak dan ginjal.

Walaupun jelas bahawa cat ini mampu membunuh, para seniman tidak dapat mencari warna yang setanding dengannya dan ia digunakan secara meluas sehinggalah diharamkan secara rasmi pada tahun 1970-an. 

2. Oren Uranium

warna oren uranium

Pada tahun 1936, syarikat seramik Fiestaware mula mengeluarkan produk pinggan mangkuk yang baharu.

Berwarna oren-merah terang yang dipanggil "Fiesta Red", produk pinggan mangkuk ini mula kelihatan di rumah-rumah di seluruh Amerika.

Warna terang ini berasal dari uranium oksida, yang mana merupakan radioaktif.

Dari tahun 1943 hingga 1959, pengeluaran pinggan mangkuk ini berhenti, kerana uranium dilarang digunakan oleh orang awam untuk disimpan bagi kegunaan perang.

Ketika mereka menyambung pengeluaran, sejenis uranium yang berbeza digunakan iaitu "depleted uranium" yang kurang radioaktif daripada bentuk semulajadi.

Banyak produk seperti ini dari zaman ini menggunakan bahan radioaktif dalam pengeluarannya, dan EPA memberi amaran bahawa bahan-bahan ini kini boleh memancarkan sinaran alpha, beta, dan gamma. 

Produk Fiestware ini dihasilkan sehingga tahun 1972, dan kemudiannya dihentikan namun masih sangat diminati oleh pengumpul.

1. Kuning Gamboge

kuning gamboge

Pada tahun 1600-an, Syarikat Hindia Timur Inggeris membawa pulang pigmen kuning terang baru dari Asia. 

Gamboge dinamakan bersempena dengan negara Kemboja, yang dulu disebut sebagai "Camoboja" dari perkataan Latin iaitu "gambogium" yang bermaksud pigmen.

Ia dihasilkan dengan mengambil getah dari rebung pokok sekurang-kurangnya sepuluh tahun dan kemudian dihasilkan menjadi serbuk halus atau batu keras yang boleh dibasahkan dan dijadikan cat.

Getah ini sahaja sudah beracun, namun ia bukanlah satu-satunya perkara yang menjadikan gamboge tidak terkenal.

Warnanya digunakan dalam lukisan tradisional Cina, tetapi warnanya cepat pudar dan sukar untuk dikenali pada hari ini.

Pada pertengahan tahun 1800-an di England, seorang penjual minyak ular bernama James Morrison mengeluarkan produk "pil sayur Morrison" yang diperbuat dari gamboge, yang bertindak sebagai diuretik dan julap yang kuat.

Doktor-doktor dengan cepat menyedari bahawa gamboge ini boleh menjadikan kulit keradangan dan mampu membunuh dalam jumlah yang sedikit.

Juga pada tahun 1980-an, seorang pekerja syarikat cat Winsor & Newton menjumpai sebutir peluru di dalam sekeping gamboge, dan diketahui bahawa ia telah dikumpulkan dari lokasi pembunuhan Khmer Rouge.

Pada tahun 2005, Winsor & Newton berhenti menggunakan Gamboge dan menggantinya dengan versi yang tidak beracun yang disebut "New Gamboge". 

Rujukan:

1. Smithsonian Mag

2. Surrey Nanosystems

3. Colours

4. Live Science



Hakcipta iluminasi.com (2017)