Bagi anda yang tidak mempunyai sejarah menggigit kuku, melihat seseorang menggigit kuku mungkin kelihatan seperti sesuatu yang menggelikan. Namun perkara ini berlaku kepada berjuta-juta manusia di seluruh dunia.

Menggigit kuku dilihat wujud dalam seluruh benua dan budaya, dan ketika mana ia wujud dalam pelbagai tahap dan usia yang berbeza, tabiat ini kekal sebagai salah satu kebiasaan "manusia" yang universal.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Tabiat menggigit kuku telah dikaitkan dengan beberapa gangguan psikologi dan keadaan kesihatan yang lain.

Sekiranya anda mempunyai tabiat ini, mungkin anda mahu memahami dari mana datangnya tabiat ini dan apa yang boleh dilakukan untuk menghentikannya.

onychophagia

(Onychophagia)

Sebelum kita selidik mengapa kita menggigit kuku, mengapa ia berbahaya dan bagaimana untuk berhenti, adalah penting untuk kita memahami lebih lanjut tentang tindakan itu sendiri.

Pertama sekali, nama rasmi untuk menggigit kuku adalah Onychophagia.

Walaupun ramai orang menolak tingkah laku ini sebagai tabiat buruk atau gementar, ia secara lebih formal diklasifikasikan sebagai "tingkah laku berulang-tubuh yang terfokus kepada badan", yang kadang-kala disebut sebagai "penjagaan patologi".

Sama seperti menarik rambut, tingkah laku berulang seperti ini boleh menjadi gejala akut bagi peristiwa atau tempoh yang sangat tertekan.

gigit kuku 2

Namun dalam banyak kes, ia adalah masalah jangka panjang atau kronik yang berterusan melalui masa remaja dan dewasa.

Walaupun ia kelihatan paling kerap berlaku di zaman kanak-kanak, ia adalah sesuatu yang biasa untuk tabiat ini berkembang atau bermula di tahap kehidupan kemudian, atau sekali-sekala sepanjang hidup anda.

Terdapat tanda-tanda yang agak jelas tentang menggigit kuku, tetapi risiko kesihatan mungkin adalah lebih buruk, yang mana beberapa daripada akan dibincangkan dalam artikel ini. 

Kenapa sesetengah orang suka gigit kuku?

kanak kanak gigit kuku

Terdapat beberapa teori yang saling bersaing dan melengkapi untuk menerangkan kebiasaan meluas tabiat menggigit kuku di seluruh dunia.

Walau bagaimanapun, setiap kes individu adalah berbeza-beza, bergantung kepada beberapa faktor termasuklah keterukan tabiat dan kejadian yang mencetuskan tingkah laku.

Menentukan sama ada ini adalah satu tabiat biasa atau tingkah laku kompulsif adalah sangat sukar.

Sesetengah pakar percaya bahawa perilaku ini berpunca dari kebiasaan kanak-kanak menghisap ibu jari atau memasukkan jari ke dalam mulut.

Tindakan-tindakan oleh bayi ini adalah teknik menenangkan diri iaitu sama dengan puting getah, jadi adalah masuk akal untuk meletakkan jari-jari ke dalam mulut kita dalam bentuk tertentu yang dapat menjadi cara menenangkan diri.

Hakikat bahawa menggigit kuku yang tidak kronik sering berlaku dalam tempoh stres, menjadikan ini satu penjelasan yang logik untuk tabiat ini dalam beberapa kes.

Walau bagaimanapun, menggigit kuku secara sistematik sehinggakan ke tahap menyebabkan sakit atau luka dianggap sebagai sebahagian daripada spektrum "Gangguan Obsesif Kompulsif".

Tindakan jangka panjang tingkah laku ini tidak sama dengan diagnosis Gangguan Obsesif Kompulsif tradisional, tetapi kedua-duanya dianggap berkaitan.

"Penjagaan patologi" ini bermula dari tingkah laku biasa yang mana seringkali dipicu oleh sesuatu yang "tidak kena" dalam penampilan mereka.

Sebagai contoh, jika rambut anda tidak seperti yang anda mahukan, anda akan mula membetulkannya.

Tindakan-tindakan ini biasanya dicetuskan oleh "keperluan" namun dalam kes menggigit kuku, situasi-situasi lain dapat mencetuskan kelakuan ini seperti memandi, membaca, menonton TV, situasi tekanan tinggi, bosan dan banyak lagi.

Apa yang mungkin bermula sebagai menenangkan diri atau tabiat buruk, boleh berkembang menjadi paksaan berterusan atau obsesif.

Akhir sekali, onychophagia mungkin mempunyai beberapa asal-usul genetik.

Ini kerana kajian menunjukkan bahawa tingkah laku berulang yang berfokus kepada tubuh dilihat lebih kerap pada mereka yang mempunyai sejarah keluarga mereka, serta beberapa sejarah kegelisahan atau gangguan tekanan.

Bahaya gigit kuku

keburukan gigit kuku

Walaupun menggigit kuku mungkin kelihatan tidak berbahaya pada awalnya, terutamanya jika ia adalah penyelesaian jangka pendek yang berkesan untuk keadaan yang tertekan, namun terdapat beberapa kesan jangka panjang bagi tabiat ini.

Cuba anda fikir berapa kerap anda menyentuh objek-objek asing menggunakan tangan anda dalam sehari?

Kebanyakan kuman dan mikrob boleh dibersihkan, namun ruang di bawah kuku anda menyediakan tempat yang sesuai bagi bakteria atau kulat untuk berkembang.

Apabila anda memasukkan atau menggigit kuku, anda akan menjemput beberapa bahan yang sama ke dalam mulut anda.

Selain itu, apabila anda menggigit kuku, anda mendedahkan tisu segar yang tidak dilindungi ke persekitaran luar, menjadikannya mudah terdedah kepada bahan atau patogen lain yang boleh menyebabkan jangkitan.

Dari segi kesan menggigit kuku terhadap gigi anda, anda mungkin tidak mengetahui bahawa tabiat ini akan membuatkan gigi anda terkeluar daripada kedudukan sebenarnya, atau menunjukkan tanda-tanda kerosakan jika anda seorang yang sering menggigit kukut.

Kuku anda diperbuat daripada bahan keras yang dikenali sebagai keratin sejenis protein yang sangat keras, sama seperti yang terdapat pada rambut dan kulit.

Apabila enamel gigi anda bersentuhan dengan keratin ini, ia boleh menyebabkan kerosakan kekal terhadap rupa dan keutuhan gigi anda.

Rujukan:

1. National Institutes Of Health (NIH) (Link 1)

2. Centers For Disease Control And Prevention

3. Texas A&M Health Science Center




Hakcipta iluminasi.com (2017)