Ramai daripada anda kenal dengan kumpulan rap popular satu ketika dahulu iaitu KRU, namun tak ramai yang pernah mendengar lagu yang bertajuk 20/20.

Pada tahun 1992, kumpulan rap popular KRU telah mengeluarkan album pertama mereka yang diberi tajuk "Canggih". Dan antara salah satu lagu di dalam album ini adalah 20/20.

Bagi yang tak tahu, lirik lagu rap 20/20 tersebut merujuk kepada hasil buah fikiran Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamad pada tahun 1991 iaitu Wawasan 2020.

BESARKAN TEKS     A-  A+

album canggih kru 1992

Pada tahun 1994, Buku Skrap Awas! oleh KRU telah dikeluarkan dan menyatakan bahawa Kementerian Penerangan Malaysia pada tahun telah mengharamkan 11 lagu daripada album Canggih pada tahun 1992.

Lagu-lagu tersebut tidak diharamkan daripada disiarkan atau didengarkan di semua stesen penyiaran Radio Televisyen Malaysia (RTM), termasuklah 20/20.

Walaupun tindakan RTM agak pelik seolah-olah mereka menentang Wawasan 2020, namun pengharaman lagu 20/20 berlaku disebabkan oleh perkara lain.

Punca sebenar lagu ini dan beberapa lagu yang lain diharamkan disebabkan oleh penggunaan bahasa yang tidak sepatutnya iaitu di antara Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, atau bahasa rojak.

Jika dilihatkan kepada lirik lagu 20/20, tidak terlalu banyak bahasa rojak yang digunakan dan hanya boleh dilihat di bahagian korus. Namun ketegasan RTM dalam menjaga maruah Bahasa Melayu dan menapis serta mengharamkan lagu-lagu satu ketika dahulu adalah sangat tinggi.

Lirik lagu 20/20

Pencipta lagu: Edry

Penulis lirik: Norman

Dr. M menyeru kita bersatu

Membangunkan Malaysia menjelang abad dua ribu

Mengatur langkah ku satu per satu

Fikirkan strategi berkesan untuk maju

Untuk mu Malaysia negara yang tercinta

Ku sematkan usaha untuk taburkan jasa

Kita mengejar masa, bukan masa yang kejar kita

Lipat ganda us'ha mu berjuang untuk Malaysia

Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh

Tanamkanlah prinsip begitu agar Malaysia kukuh

Biar pun apa 'kan terjadi

Ku tetap anak bangsa mu, Malaysia hanya untuk mu

(Korus)

Bersatu kita maju, bersatu

(Two zero, two zero)

Bersatu kita maju, bersatu

(Two zero, two zero)

Tingkatkan produktiviti mu

Jauhi dari gejala yang merugikan mu

Marilah kita bangunkan negara

Ke tahap kemajuan yang boleh dibangga

Muda-mudi membina Malaysia

Marilah kita seia sekata

Kitalah harapan nusa dan bangsa

Melaksanakan tugas 'tuk generasi kita

Biar hujan, panas, di waktu kerja mu

Janganlah jadi alasan kerja mu terbeku

Semadikanlah semangat cekal mu

Bangunlah bangsa ku, bangunlah negara ku

Utamakanlah perpaduan negara

Bekerjasama tanpa mengira bangsa

Kerana kita semuanya anak Malaysia

Agar tercapai matlamat negara kita

Lagu-lagu lain yang diharamkan

keratan akhbar utusan malaysia

Lagu daripada album Canggih KRU ini bukanlah satu-satunya yang digam, malah banyak lagi lagu yang diharamkan sebelum itu. 

Pada tahun 1989, RTM telah mengharamkan 71 buah lagi dari 20 album tempatan hanya dalam 3 bulan pertama tahun itu. Terdapat beberapa punca pengharaman tersebut, termasuklah:

1. Disebabkan oleh nyanyian - 48 buah lagu

2. Disebabkan oleh masalah teknikal iaitu vow - 8 buah lagu

3. Disebabkan lagu saduran - 8 buah lagu

4. Disebabkan oleh lirik lagu - 1 buah lagu

5. Disebabkan ciptaan dan gubahan yang tidak asli - 6 buah lagu

Tajuk lagu-lagu yang diharamkan oleh RTM: 

1. Ababil (nyanyian Ababil) - kerana nyanyian

2. Halu Haloba (Ababil) - kerana nyanyian

3. Umpama Mimpi (Ababil) - kerana nyanyian

4. Warna Cinta (Ababil) - kerana nyanyian

5. Ringgit (Ababil) - kerana nyanyian

6. Rindu (Ababil) - kerana nyanyian

7. Badai Cinta (Ababil) - kerana nyanyian

8. Mawar Jingga (Ababil) - kerana "vow"

9. Hidup Topengan (Ababil) - kerana "vow"

Nota: Kumpulan rock Ababil menjadi artis dengan lagu yang diharamkan terbanyak dalam senarai ini iaitu sebanyak 9 buah lagu. Hanya sebuah lagu sahaja yang diluluskan iaitu "Cinta Belum Berakhir".

10. Sisa Cinta (nyanyian Viking) - kerana nyanyian

11. Jeritan Irama (Viking) - kerana nyanyian

12. Teruskan Perjuangan (Viking) - kerana nyanyian

13. Pastikan Kebebasan (Viking) - kerana nyanyian

14. Damai dan Darah (Viking) - kerana nyanyian

15. Viking (Dalam Pelayaran) (Viking) - kerana nyanyian

16. Pancaran Laser (nyanyian Laser Ray / album Pancakara Di Cakerawala) - kerana nyanyian

17. Selembut Sutera (Steeler / Pancakara Di Cakerawala) - kerana nyanyian

18. Ilusi Fenomena Cinta (Hydra / Pancakara Di Cakerawala) - kerana nyanyian

19. Dunia atau Neraka (Saxo / Pancakara Di Cakerawala) - kerana nyanyian

20. Salam Rindu (Rhythm Machine / Pancakara Di Cakerawala) - kerana nyanyian

21. Angkara Manusia (A.S.K / Pancakara Di Cakerawala) - kerana nyanyian

22. Jangan Kau Pergi (nyanyian Manimala) - kerana nyanyian

23. Selalu Di Hatimu (Manimala) - kerana saduran

24. Kau Yang Bergaya (Manimala) - kerana saduran

25. Bahagialah Bersama (Manimala) - kerana saduran

26. Beginikah Berakhirnya (Manimala) - kerana saduran

27. Seruling Bamboo (Manimala) - kerana saduran

28. Mandi Mandu (Manimala) - kerana saduran

29. Cik Cik Boom (nyanyian Melissa Saila) - kerana nyanyian & saduran

30. Tarian Kota (Melissa Saila) - kerana saduran

31. Irama Rinduku (Melissa Saila) - kerana ciptaan/gubahan

32. Pesan Untuk Teman (Melissa Saila) - kerana ciptaan/gubahan

33. Kerana Dia Aku Rela (Melissa Saila) - kerana ciptaan/gubahan

34. Harapan Gemilang (Melissa Saila) - kerana ciptaan/gubahan

35. Sengketa Damai (nyanyian Jefriddin & Norzie / album Jasamu Di Kenang Volume 2) - kerana nyanyian

36. Gurindam Jiwa (Jefriddin & Norzie / Jasamu Di Kenang Volume 2) - kerana nyanyian

37. Ikan Di Laut Asam Di Darat (Jefriddin & Norzie / Jasamu Di Kenang Volume 2) - kerana nyanyian

38. Terbuku Di Kalbu (L. Ramlie & Norzie / Jasamu Di Kenang Volume 2) - kerana nyanyian

39. Joget Malaysia (L. Ramlie & Norzie / Jasamu Di Kenang Volume 2) - kerana nyanyian

40. Gelora (L. Ramlie & Norzie / Jasamu Di Kenang Volume 2) - kerana nyanyian

41. Nyanyian Rindu (nyanyian Azman) - kerana nyanyian

42. Pesta Hari Jadi (Azman) - kerana nyanyian

43. Sentuhanmu (Azman) - kerana "vow"

44. Ingatlah (nyanyian Lovehunters) - kerana nyanyian

45. Hidup Sederhana (Lovehunters) - kerana nyanyian

46. Realiti (Lovehunters) - kerana nyanyian

47. Halusinasi (Lovehunters) - kerana nyanyian

48. Namamu Di Hatiku (nyanyian Moses Vadham) - kerana nyanyian

49. Perjalanan Cinta (Moses Vadham) - kerana nyanyian

50. Mencari Cinta Yang Hilang (Moses Vadham) - kerana nyanyian

51. Pelita Kasih (nyanyian Mathias Gomez) - kerana nyanyian

52. Rintik Hujan (Mathias Gomez) - kerana nyanyian

53. Kerasukan (Mathias Gomez) - kerana nyanyian

54. Katakanlah (nyanyian Roy) - kerana nyanyian

55. Sepanjang Perjalanan (Roy) - kerana nyanyian

56. Keredaan (nyanyian Shima & The Boys) - kerana nyanyian

57. Kelkatu Gugur Sayapnya (Shima & The Boys) - kerana nyanyian

58. Tragedi (nyanyian Helter Skelter) - kerana nyanyian

59. Digigit Bebayang Silam (Helter Skelter) - kerana nyanyian

60. Permata Budi (nyanyian Ibnor Riza) - kerana nyanyian

61. Damaikan Resahku (Ibnor Riza) - kerana nyanyian

62. Tugu Cinta (instrumental / album Juara Lagu '88) - kerana "vow"

63. Kau Kunci Cintaku (Dalam Hatimu) (instrumental / Juara Lagu '88) - kerana "vow"

64. Renungan (nyanyian Point Blank) - kerana nyanyian/vow

65. Perisai Cinta (Point Blank) - kerana nyanyian/vow

66. Hero (nyanyian Sharm) - kerana nyanyian/vow

67. Sepi Tak Bertemu (Sharm) - kerana nyanyian/vow

68. Hamba Yang Tak Tahu (nyanyian A. Ramlie) - kerana saduran

69. Cintaku Cintamu (nyanyian Zamree) - kerana nyanyian

70. Tanjung Puteri (nyanyian Loving Born) - kerana senikata

Rujukan:

1. Arkib Negara [1] [2]




Hakcipta iluminasi.com (2017)