Berapa lama anda boleh pegang atau berdiri di atas ais Antartika sebelum kaki anda menjadi beku dan reput?
Mungkin seminit atau 2 minit?
Namun, bagi penguin maharaja, haiwan ini boleh melakukannya selama 2 bulan dan dalam keadaan angin sejuk dengan suhu serendah -59.4 darjah Celsius.
Kaki burung ini mungkin kelihatan seperti sangat sejuk ketika melakukannya, tetapi peredaran khas dalam badannya bertindak sebagai sejenis anti-beku untuk memastikan haiwan ini cukup panas sehingga mereka tidak menjejaskan kaki.
BESARKAN TEKS A- A+
Kaki dan tapak kaki penguin telah berkembang untuk membuatkan ia kehilangan haba sekurang yang mungkin.
Kaki penguin mengekalkan haba dan kepanasan dengan menyekat aliran darah dalam cuaca yang sangat sejuk, sekaligus mengekalkan suhu kaki di atas paras beku.
Kaki penguin berfungsi seperti sistem pertukaran haba di mana pembuluh darah ke dan dari kaki adalah sangat sempit dan "dianyam" bersama-sama.
Dengan ini, ia menyejukkan darah dari badan ke arah kaki dan memanaskan darah ketika ia kembali semula ke badan.
Keupayaan istimewa ini adalah sebahagian daripada bagaimana penguin mengekalkan suhu hangat telurnya sehingga ia menetas.
Penguin maharaja jantan mengeram telur tunggal di atas kakinya selama dua bulan dalam gelap ketika musim sejuk manakala penguin betina sedang makan di laut.
Ia juga menutup telur dengan kulit perut yang hangat yang dipanggil kantung "brood" untuk mengelakkannya telur daripada terdedah kepada unsur-unsur bahaya.
Memberikan perhatian dan penjagaan bukanlah satu-satunya tugasan yang dilakukan oleh penguin jantan.
Sekiranya penguin betina tidak kembali membawa makanan ketika telur-telur menetas, penguin jantan menyusu bayi penguin selama beberapa hari dengan memberikan sejenis "susu" yang diperbuat daripada sel khusus di dalam kerongkong.
Manusia juga mempunyai keupayaan untuk mengehadkan aliran darah ke kaki dalam cuaca sejuk, namun tidak secara dramatik seperti penguin.
Tangan kita menjadi lebih putih semasa cuaca sejuk dan beku kerana kurang darah di dalamnya. Ini kerana darah telah diarahkan untuk mengalir ke teras badan anda untuk memastikan organ-organ penting kekal hangat untuk berfungsi dengan normal.