jackie chan pelakon aksi lagenda

Remaja yang menjalani gaya hidup mewah melalui ibu bapa mereka yang kaya biasanya boleh bergantung kepada jaminan keselamatan kewangan masa depan dan meneruskan kehidupan mewah

Namun, seorang pewaris yang berpotensi tidak akan mendapat faedah daripada kekayaan yang diwarisi adalah Jaycee Chan, anak bintang filem aksi ikon Jackie Chan.

jaychee chan satu satunya anak lelaki jackie chan

Mengubah janji awal bahawa akan meninggalkan separuh kekayaannya untuk tujuan amal, Jackie Chan mendedahkan pada bahawa beliau akan menyerahkan keseluruhan hartanya badan amal.

Ini bermakna anaknya atau ahli keluarga yang lain tidak akan mendapat apa-apa daripada Jackie Chan. Mengapa?

Jackie Chan percaya kepada prinsip kerja keras

jackie chan dan ibu bapanya

Berasal dari keluarga yang mana ibu dan bapanya adalah pelarian Perang Sivil China, Jackie Chan memulakan latihan dalam drama dan seni mempertahankan diri ketika masih kecil serta memulakan kariernya ketika berusia 5 tahun.

Beliau kemudiannya berkembang menjadi koreografer aksi yang memenangi anugerah, pelakon aksi, pelawak dan pengusaha malah bekerja sama dengan lagenda Bruce Lee.

Jackie kini terkenal di seluruh dunia atas pencapaian antarabangsanya seperti dilem Shanghai Noon dan Franchise Hour Rush, mengumpulkan nilai kekayaan bersih kira-kira RM1.46 bilion dan telah muncul di lebih 150 filem.

jackie dan jaycee chan

Beliau benar-benar bermula dari bawah, bekerja keras, dan menjadi terkenal dengan kemahiran dan dedikasinya sendiri.

"Jika dia (Jaycee) mampu, dia boleh mencari duit sendiri. Jika tidak, dia hanya akan membazirkan wang saya sahaja," - Jackie Chan.

Jaycee Chan kerap timbulkan masalah

jaycee chan

WalaupunJackie Chan telah membuang nama keluarganya daripada senarai pewaris harta, namun anak-anaknya telah mendapat manfaat daripada hasil kekayaan Jackie.

Sebagai contoh, Jaycee yang kini berusia 35 tahun menghabiskan masa awal hidupnya di rumah-rumah mewah, menikmati percutian yang mewah, menerima pendidikan yang sangat baik dan juga sokongan kewangan ayahnya yang terkenal dalam usaha untuk melancarkan kerjaya filemnya.

Walaupun Jackie Chan berjaya dalam bidang perfileman, namun Jaycee sering dikaitkan dengan kegagalan. Antara kegagalan yang paling hebat adalah filem yang membintangi bapanya, Double Trouble 2012.

double trouble 2012

Filem ini hanya mencatatkan jualan tiket bernilai RM37,400 walaupun dipromosikan dengan begitu hebat.

Walaupun Jackie Chan bermurah hati terhadap anaknya itu pada masa lalu, kini beliau menyatakan untuk tetap berpegang dengan keputusannya untuk tidak mewariskan kekayaannya selepas beliau meninggal dunia.

Menurutnya, jika anaknya berjaya memanfaatkan kelebihan yang telah dinikmati sepanjang hidupnya, dia tidak memerlukan wang warisan.

Sebaliknya, jika anaknya itu gagal mencapai kejayaannya, Jackie Chan menyatakan bahawa berapa pun wang yang diwarisi hanya akan sia-sia.

jaycee chan ditahan polis beijing atas tuduhan melibatkan dadah ganja

Malah, pada tahun 2014, Jaycee ditangkap bersama-sama pelakon Taiwan, Kai Ko oleh pihak polis kerana posifit dadah ganja. Mereka juga mengaku menggunakan dadah itu dan 100 gram yang dirampas diambil dari rumah Jaycee.

Jackie berasa malu dan kecewa dengan gaya hidup dan masalah kewangan Jaycee untuk jangka masa yang lama. Maka tidak hairanlah jika beliau tidak mempercayakan anaknya itu dengan wang berbilion-bilion ringgit.

Jackie Chan percaya wang yang diwarisi sebagai satu "bala"

jackie chan tak wariskan wang kepada anak

Jackie Chan tidak bersendirian di kalangan selebriti yang telah menolak untuk mewariskan kekayaan mereka kepada anak-anak.

Gloria Vanderbilt, yang mewarisi kekayaan jutawan usahawan Cornelius Vanderbilt, mengisytiharkan pada April 2014 bahawa anaknya, pemberita Anderson Cooper, tidak akan mewarisi apa-apa dari kira-kira kekayaannya yang bernilai RM832 juta.

Gloria Vanderbilt menyatakan bahawa mewarisi wang adalah satu "laknat." Anaknya Anderson tidak mengalami masalah kewangan dan dilaporkan memperoleh RM45.7 juta setahun dari kontraknya dengan rangkaian kabel CNN.

"Siapa yang mewarisi wang yang begitu banyak yang telah melakukan banyak perkara dalam kehidupan mereka dengan sendiri? Dari saya kecil, jika saya merasakan terdapat "lombong emas" menunggu saya, saya mungkin tak tahu saya mampu bermotivasi seperti ini"- Anderson Cooper

Komposer Andrew Lloyd Webber, pemain besbol dan jutawan kabel Ted Turner, mantan Datuk Bandar New York Michael Bloomberg, hartawan Warren Buffet dan pengasas Microsoft Bill Gates juga mengumumkan bahawa anak-anak mereka tidak akan memperoleh kekayaan yang diwarisi dari mereka.

Bill Gates telah menyatakan bahawa anak-anaknya akan dapat memperoleh pendidikan kelas pertama serta dari segi kewangan untuk menangani sebarang masalah perubatan, tetapi mereka diharapkan dapat bekerja untuk meneruskan hidup sendiri seperti kebanyakan rakyat Amerika.

Jackie Chan terkenal sebagai seorang yang dermawan

jackie chan duta unicef goodwill

Bill Gates dan isterinya, Melinda dan pelabur Warren Buffet telah mengambil langkah membentuk satu gabungan eksklusif jutawan dalam sebuah persatuan yang dikenali sebagai Giving Pledge.

Ahli-ahli Giving Pledge membuat pengisytiharan awam untuk menyumbangkan sekurang-kurangnya separuh daripada jumlah kekayaan mereka kepada amal.

Jackie Chan, walaupun tidak sekaya mereka dan tidak mempunyai kaitan dengan Giving Pledge, tetapi kagum dengan Bill Gates dan Warren Buffet.

Malah sebelum membuat keputusan tidak mewariskan hartanya kepada keluarga, beliau berikrar untuk mendermakan separuh daripada kekayaannya kepada amal.

Jackie juga merupakan duta UNICEF Goodwill, berkempen menentang kekejaman haiwan, pemuliharaan dan mengasaskan Yayasan Kebajikan Jackie Chan pada tahun 1988 bagi menyediakan bantuan kepada mangsa-mangsa bencana alam dan penyakit.

jackie chan 923

Kerja keras yang dilakukan Jackie Chan terhadap kerjayanya amatlah menakjubkan dan kemurah hatinya terhadap golongan tak bernasib baik sangat dihargai.

Tidak hairan mengapa beliau tidak memberikan kekayaannya kepada anak lelakinya itu. Bagi seorang lelaki dewasa berusia 35 tahun untuk masih bergantung kepada ayahnya boleh dianggap sebagai sesuatu yang tidak boleh diterima.

Rujukan:

1. Supermoney

2. LA Times

3. CNW



Hakcipta iluminasi.com (2017)