Putera Jefri Bolkiah, adik kepada Sultan Brunei, menjalani kehidupan mewah dengan koleksi kapal layar, hotel 5 bintang dan lebih dari 2,000 buah kenderaan mewah.

Beliau dilaporkan membelanjakan RM200 juta sebulan tanpa sebarang masalah.

Malah beliau dan abangnya terkenal dengan terkenal dengan berjalan dalam rombongan seramai 100 orang dan mengosongkan kedai-kedai berjenama seperti Armani dan Versace ketika berbelanja.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Dengan wang yang tidak terkira banyaknya, Putera Jefri tidak terlepas daripada hidup mewah.

Ini adalah tidak mengejutkan kerana beliau adalah sebahagian daripada kerabat diraja terkaya di dunia di mana keluarga ini mempunyai anggaran kekayaan sekitar RM120 hingga RM160 bilion.

Apabila bercakap tentang tempat-tempat mewah untuk didiami ketika Putera Jefri berjalan ke luar negara, menyewa bilik hotel cantik bukanlah satu pilihan sebaliknya beliau membeli 5 buah hotel mewah.

Koleksi hotel 5 bintang Putera Jefri adalah sangat menakjubkan yang membuatkan beliau mempunyai terlalu banyak pilihan untuk memilih suite.

hotel dorchester london

Koleksinya termasuklah hotel bersejarah iaitu Hotel Dorchester di London, hotel mewah dan romantik di Paris iaitu Hotel Plaza Athénée dan hotel di New York yang tersangat mahal iaitu Lotte New York Palace, yang mempunyai bilik berharga RM100,000 semalam.

Beliau juga memiliki 2 buah hotel yang tercantik di Los Angeles iaitu Hotel Bel Air dan Hotel Beverly Hills.

Dari segi rumah peribadi, Putera Jefri sudah tentunya beberapa rumah mewah namun yang paling disukai beliau adalah St. John Lodge di London.

Ketika beliau membeli rumah ini dengan harga RM220 juta pada tahun 1994, ia merupakan rumah peribadi termahal di seluruh United Kingdom.

st john lodge milik putera jefri bolkiah

Ini lebih kepada rumah peribadi beliau namun Putera Jefri juga pernah memiliki rumah mewah lain seperti mahligai di bawah yang bernilai RM155 juta terletak di Las Vegas.

Mahligai ini memiliki 18 buah bilik dan 27 bilik mandi, dibina di atas tanah seluas 11 ekar dan dilengkapi dengan garaj yang boleh memuatkan 12 buah kereta.

Selain dari hotel mewah dan mahligai, Putera Jefri juga memiliki 250 buah syarikat termasuklah Asprey, kedai barang kemas mewah yang menjadi pembekal barang kemas untuk monarki British. Syarikat ini dibeli oleh beliau pada tahun 1995 dengan harga hampir RM1.6 bilion.

Dan sudah tentu beliau memiliki koleksi kereta mewah seperti kerabat diraja dan hartawan yang lain. Namun, koleksi kereta mewah beliau sedikit berbeza kerana ia bukan hanya bernilai jutaan ringgit, tetapi bilion, dengan sekitar 2,300 buah.

Koleksi ini termasuklah beberapa buah kereta Bentley, Ferrari dan Roll-Royce.

kereta mewah milik sultan brunei

Antara kereta yang paling popular dan mahal dalam koleksi Putera Jefri adalah Bugatti EB-110 yang bernilai RM4 juta, sebuah Mercedes Benz CLK GTR Roadster yang dianggarkan bernilai RM20 juta, sebuah Porsche 550 Spider yang dijual dengan harga RM24.4 juta dan dua buah McLaren F1 hitam yang pada hari ini bernilai RM60 juta sebuah.

Dan walaupun kereta-kereta ini bernilai jutaan ringgit, Putera Jefri kelihatan seperti mengabaikan di ruangan parking milik keluarga diraja ini.

Menurut seorang pengumpul kereta mewah yang berpeluang untuk melihat kereta-kereta ini di garaj tersebut, kereta-kereta mewah ini dibiarkan di bawah cahaya matahari dan sesetengah daripadanya mengalami kerosakan.

Namun, mungkin Putera Jefri tidak begitu memberikan perhatian kepada koleksi kereta mewahnya kerana beliau sibuk dengan jenis kenderaan yang lain.

Beliau dilaporkan memiliki 9 buah pesawat peribadi yang boleh digunakan bila-bila masa sahaja, termasuklah Boeing 747 yang diubahsuai bernilai lebih RM2 bilion.

Putera Jefri juga memiliki sebuah helikopter Sikorsky bernilai RM4 juta serta pesawat Airbus bernilai RM448 juta.

barang mewah putera jefri bolkiah

Tidak cukup dengan kenderaan darat dan udara, Putera Jefri turut memiliki armada bot terdiri daripada 5 buah bot termasuklah kapal layar dengan panjang 15 meter yang diberi nama yang agak aneh, iaitu "TITS".

Kapal layar ini dibina khas untuk Putera Jefri oleh syarikat kapal Belanda iaitu Feadship dan dilaporkan dilengkapi dengan emas 24 karat dan lif yang menghubungkan dek-dek di dalamnya.

Ia juga dilengkapi dengan 2 buah bot kecil yang digunakan untuk membawa orang dari dan ke kapal mewah ini.

Antara barangan mewah lain yang dimiliki beliau termasuklah permaidani yang ditenun dengan permata dari benang emas padat bernilai RM28 juta.

Namun apa yang paling dahsyat dari segi perbelanjaan Putera Jefri adalah jumlah wang yang sanggup dibayar untuk perkhidmatan.

Beliau pernah membayar RM6 juta kepada seorang jurulatih badminton yang diterbangkan dari luar negara untuk membantunya dalam sukan itu.

Putera Jefri juga pernah mengimport Joe Montana dan Herscel Walker untuk mengajar anak beliau bermain American Football, yang dilaporkan bernilai puluhan juta ringgit.

konsert michael jackson di brunei

Dan yang paling tidak masuk akal, Putera Jefri pernah membayar RM68 juta kepada Michael Jackson untuk membuat persembahan pada hari kelahiran abangnya yang ke-50.

Jadi, bagaimana Putera Jefri boleh menjadi sebegitu kaya sehinggakan beliau boleh membayar Michael Jackson hanya untuk sebuah majlis?

Sebahagian besar daripada kekayaan ini datang dari kekayaan abangnya yang bernilai dari RM100 bilion, namun beliau juga mempunyai pendapatan sendiri.

Putera Jefri pernah berkhidmat sebagai ketua agensi pelaburan Brunei yang melaburkan banyak kekayaan negara tersebut dan bertanggungjawab untuk pelaburan di luar negara.

Pelaburan terbesarnya ketika bersama agensi ini termasuk The Empire Hotel yang dibina dengan kos hampir RM5 bilion dan Jerudong Park, taman hiburan terbesar dan termahal di Asia Tenggara dengan kos RM 1 bilion.

putera jefri 91

Beliau juga pernah bertugas sebagai menteri kewangan agensi ini dari pertengahan tahun 1980-an hingga pertengahan tahun1990-an, dan ketika inilah semuanya berubah.

Semasa memegang jawatan itu, Putera Jefri didakwa mencuri RM61.4 bilion dari Brunei.

Beliau dilaporkan cuba menyalahkan kedua-dua peguamnya dengan mendakwa beliau tidak pernah menandatangani cek sendiri dan orang yang lain menguruskan kewangannya, namun apa yang berlaku adalah sebaliknya apabila Putera Jefri sendiri yang disaman RM92 juta.

Setelah rundingan dibuat, satu penyelesaian dicapai pada tahun 2000 yang mana tidak didedahkan kepada umum.

Dan walaupun Putera Jefri mendakwa bahawa abangnya masih membenarkan dan memberikan harta kekayaan kepadanya, namun tidak banyak yang diterima beliau.

putera jefri dan abangnya sultan hassanal bolkiah

Pada tahun 2000, Putera Jefri memulangkan lebih daripada 500 hartanah, 2,000 buah kereta, 1,000 lukisan, 5 buah bot dan 9 buah pesawat kepada Brunei dan kebanyakan daripada hartanah beliau dilelong.

Pada satu tahap, Putera Jefri terpaksa menyerahkan lima butir berlian bernilai RM800 juta kepada agensi pelaburan brunei.

Walaupun tidak semewah dahulu, namun Putera Jefri tidak disisihkan dari keluarga diraja Brunei dan masih mempunyai akses kepada berbilion-bilion ringgit.

Beliau kini lebih low-profile namun kehidupan mewahnya mungkin tidak berakhir.

Rujukan:

1. The Richest

2. SCMP

3. Vanity Fair




Hakcipta iluminasi.com (2017)