(Kredit: Jurgen Freund)

Timun adalah makanan yang dijual dengan harga yang begitu murah dan sangat mudah didapati di mana-mana.

Namun bagi timun laut atau lebih dikenali sebagai gamat, harganya jauh berbeza di mana ia boleh mencecah sehingga RM12,000 sekilogram.

Malah, disebabkan ia terlalu berharga, manusia sanggup mempertaruhkan nyawa untuk mendapatkannya. Jadi, apa yang membuatkan gamat tersangat mahal?

BESARKAN TEKS     A-  A+

Mungkin tidak kelihatan dari segi rupanya, namun gamat adalah makhluk yang agak unik. Menurut Steven Purcell, salah seorang pakar gamat di dunia, haiwan unik ini tidak mempunyai anggota badan dan tidak mempunyai mata.

Ia memiliki mulut dan juga dubur, serta sejumlah organ-organ di dalamnya.

kenapa harga gamat sangat mahal 3

Haiwan pelik ini telah menjadi makanan istimewa di Asia selama berabad-abad, di mana orang-orang kaya akan menikmati haiwan ini sebagai makanan berkhasiat yang kaya protein. 

Namun, permintaan kepada gamat ini hanyalah melonjak pada tahun 1980-an. 

Golongan kelas pertengahan yang semakin berkembang di China bermakna lebih ramai orang mampu menikmat makanan mewah ini.

Hari ini, gamat biasanya dikeringkan dan dibungkus dalam kotak hiasan, kemudian diberikan sebagai hadiah termasuk dalam majlis-majlis khas.

Jadi, semakin menarik dan luar biasa rupa gamat tersebut, ia semakin dihargai serta semakin mahal. Sebagai contoh, semakin berduri gamat itu, semakin tinggi harganya.

gamat jepun

(Gamat Jepun)

Dan daripada kira-kira 1,250 spesis gamat yang berlainan di dunia, gamat Jepun adalah yang paling berharga.

Jika dibandingkan dengan jenis-jenis lain, seperti Golden Sandfish, Dragonfish dan Curry Fish, gamat Jepun adalah yang paling mahal di pasaran dengan harga mencecah RM14,000 sekilogram.

Dan jika anda memesan gamat biasa daripada Amazon sekalipun, anda perlu membayar hampir RM700 sepinggan.

Selain daripada rupa bentuknya, para peniaga timun juga menghargai gamat yang mempunyai badan yang tebal dan kenyal.

Digunakan untuk merawat penyakit

kenapa harga gamat sangat mahal 2

Salah satu sebab mengapa haiwan ini tersangat mahal adalah ia mengandungi kandungan kimia yang dikenali sebagai glukosa glikosaminoglycan pada kulitnya.

Bahan kimia ini digunakan oleh orang di seluruh Asia berabad lamanya untuk merawat masalah sendi seperti arthritis.

Yang terbaru, orang di Eropah menggunakannya untuk merawat sesetengah kanser dan mengurangkan darah beku.

kenapa harga gamat sangat mahal 4

Dengan ini, kegilaan terhadap gamat datang dari seluruh kawasan di dunia, iaitu permintaan tinggi oleh orang Asia untuk makanan istimewa dan minat baharu daripada syarikat-syarikat farmaseutikal Barat.

Sebagai tindak balas, banyak negara telah berani menangkap spesies tempatan mereka. Dari Maghribi ke Amerika Syarikat ke Papua New Guinea, semua orang mahu terlibat dalam perdagangan gamat.

Ia merebak dari sebuah negara ke negara lain dengan begitu cepat. Sebagai contoh, dari tahun 1996 hingga 2011, jumlah negara yang mengeksport gamat melonjak daripada 35 kepada 83.

Malangnya, gamat tidak mampu untuk bertahan dengan tekanan ini. Sebagai contoh, di Yucatan, Mexico, para penyelam mendapati bahawa berlaku penurunan sebanyak 95% daripada hasil tangkapan mereka hanya di antara tahun 2012 dan 2015.

kenapa harga gamat sangat mahal 7

Dan ini telah menjadi masalah yang serius kepada semua orang.

Namun, ia juga menjadikan harga gamat melonjak naik kerana ia semakin sukar ditemui.

Harga purata meningkat hampir 17% di seluruh dunia di antara tahun 2011 dan 2016.

Para penyelam sanggup mempertaruhkan nyawa mereka dengan menyelam ke kedalaman yang tinggi hanya untuk mendapatkan spesis yang jarang ditemui.

kenapa harga gamat sangat mahal 703

Di sesetengah negara, mereka ini melakukannya tanpa latihan dan di negara-negara tropikal, ramai penyelam menjadi lumpuh melalui penyakit penyahmampatan.

Setakat ini, sekurang-kurangnya 40 penyelam Yucatan terkorban dalam usaha menangkap gamat. Dan ketika permintaan semakin meningkat, ia juga diikuti oleh masalah yang semakin membimbangkan.

Daripada 70 atau lebih spesis yang dieskploitasikan, 7 daripadanya kini diklasifikasikan sebagai terancam.

Semua ini berlaku disebabkan oleh eksploitasi, yang memaksa banyak syarikat perikanan di seluruh dunia ditutup dan merosakkan ekonomi tempatan.

Kenapa kita tidak menternak gamat?

kenapa harga gamat sangat mahal 5 199

Jadi, kenapa kita tak menternak gamat dan membiarkan gamat liar tidak terganggu?

Hal ini adalah kerana menternak gamat adalah satu proses yang sangat sukar kerana banyak larva gamat mati sebelum mencapai tahap kematangan.

Dan mana-mana gamat yang berjaya melepasi tempoh ini memerlukan 2 hingga 6 tahun untuk membesar ke saiz yang boleh dipasarkan.

Ia membuatkan penangkapan gamat liar lebih dipilih lebih-lebih lagi oleh penduduk setempat.

Walaupun semakin berkurangan, gamat masih mendapat permintaan tinggi di seluruh dunia disebabkan oleh khasiatnya dan fungsinya sebagai makanan istimewa orang Asia.

Rujukan:

1. Kenapa Gamat Sangat Mahal?

2. Business Insiders

3. SCMP




Hakcipta iluminasi.com (2017)