Pernah tak anda terfikir bagaimana kehidupan anda jika memiliki kekayaan mencecah RM3 bilion? Apakah yang akan anda lakukan jika memiliki wang sebanyak ini?

Namun, bukan mudah untuk memiliki kekayaan sebanyak ini tanpa kerja keras, seperti yang dilakukan oleh Floyd Mayweather.

Beliau sangat terkenal dengan ketangkasan di dalam gelanggang dan juga sikapnya yang sangat suka berbelanja besar.

BESARKAN TEKS     A-  A+

floyd mayweather 2

Anda boleh melihat Mayweather sering mengenakan barangan dan perhiasan dengan harga yang tak masuk akal.

Beliau juga memiliki koleksi kereta sport yang sangat menakjubkan. iluminasi.com kongsikan 8 harta dan koleksi peribadi milik Floyd Mayweather yang tersangat mahal.

8. Jam tangan berlian - RM4.6 juta

jam tangan hublot floyd mayweather

Untuk beberapa tahun yang lalu, Mayweather telah mengumpulkan sejumlah barang kemas yang tersangat banyak. Koleksinya terdiri daripada jam bertatahkan berlian, gelang tangan, rantai dan cincin yang bernilai lebih daripada RM42 juta.

Salah satu barang yang paling berharga dan pembeliannya yang paling mahal adalah jam tangan Hublot berharga RM4.6 juta yang dibeli di Dubai pada tahun 2016.

Jam tangan ini yang juga merupakan salah satu jam tangan yang paling mahal di dunia, ditaburi dengan berlian putih yang sangat mahal dan jarang ditemui.

7. Pertaruhan Oregon Ducks - RM4.6 juta

pertaruhan rm4 6 juta floyd mayweather

Ini mungkin bukan pemilikan Mayweather, namun ia merupakan antara salah satu pembelian termahal yang tak masuk akal.

Mayweather terkenal sebagai seorang yang sangat gemar mempertaruhkan sejumlah wang yang sangat besar dalam pelbagai acara sukan. 

Ketika ditemubual dalam rancangan Jimmy Fallon, beliau mengakui pernah mempertaruhkan wang sebanyak RM4.6 juta terhadap pasukan Oregon Ducks pada tahun 2013.

6. Kondominium di Miami - RM6.3 juta

kondominium floyd mayweather di miai

Mayweather membeli hartanah kondominium Saint Tropez pada tahun 2010, dengan harga RM6.3 juta. Kondominium mewah berkeluasan 3,000 kaki persegi ini mempunyai 4 buah bilik tidur dan 4 bilik air, dilengkapi dengan perabot premium.

Beliau telah mengubahsuainya sebanyak 3 kali dan merancang untuk melakukannya buat kali ke-4, walaupun tidak pernah tinggal di kediaman ini semenjak berpindah ke rumah di Last Vegas bersama anak-anaknya.

5. Bugatti Veyron Grand Sport Vitesse - RM14.6 juta

bugatti veyron grand sport vitesse floyd mayweather

Kemungkinan bagi anda untuk terserempak dengan kereta ini adalah agak mustahil. Terdapat hanya 400 unit Bugatti Veyron yang terdapat di seluruh dunia sejak Bugatti memulakan pembuatan kereta pada tahun 2005.

Mayweather diketahui memiliki beberapa unit kereta Bugatti bernilai di antara RM8.4 hingga RM12.5 juta. Beliau akan mempamerkan koleksinya kepada media setiap kali berpeluang.

Mayweather menambah koleksi kereta ini apabila membeli Bugatti Veyron Grand Sport Vitesse yang berharga RM14.6 juta pada tahun 2015.

Dengan harga sebegini, anda tak boleh menyalahkan Mayweather jika beliau ingin menunjuk-nunjuk. Untuk memudahkan gambaran anda, servis standard dan penukaran minyak bagi kereta ini memerlukan kos sebanyak RM83,500. 

4. Koenigsegg CCXR Trevita - RM20 juta

koenigsegg ccxr trevita floyd mayweather

Floyd Mayweather terkenal dengan armada kereta mewahnya yang luar biasa. Beliau mempunyai hampir kesemua kereta yang mana hanya boleh menjadi mimpi bagi kebanyakan orang.

Namakan sahaja, Ferrari, Lamborghinis, Bentleys dan Rolls Royces, semua ini ada dalam garaj Mayweather.

Beliau juga sering mengkoordinasikan warna kereta-keratanya berdasarkan bandar tempat kediamannya berada. Dia menyimpan kereta berwarna hitam di Miami dan kereta berwarna putih di Las Vegas.

Kereta paling mahal milik Mayweather adalah Koenigsegg CCXR Trevita yang berharga RM20 juta.

3. Mahligai di Las Vegas - RM38 juta

mahligai floyd mayweather

Diberi nama 'Big Boy Mansion', hartanah yang dibina khas untuk Mayweather ini mempunyai lima bilik tidur dan tujuh bilik mandi, menjangkau keluasan 22,000 kaki persegi.

Rumah ini juga menempatkan koleksi kereta beliau yang berjumlah RM63 juta, almari berkeluasan 600 kaki persegi, teater dua tingkat dan terletak di padang golf.

Rumah Mayweather juga dilengkapi dengan landskap yang sangat mengagumkan. Beliau dilaporkan membayar tukang kebunnya sebanyak RM12,500 sebulan hanya untuk menjaga bunga dan pokoknya.

2. Cincin pertunangan Shantel Jackson - RM41.8 juta

cincin tunang floyd mayweather

Orang cakap berlian akan kekal selama-lamanya. Namun ia tidak berlaku kepada hubungan Mayweather dengan Shantel Jackson. 

Mayweather sememangnya diketahui sering memanjakan Shantel Jackson dengan hadiah, kereta dan barang kemas. Pada tahun 2013, Mayweather telah melamar Shantel dengan cincin pertunangan berharga RM41.8 juta. 

Pasangan ini telah menjadi tajuk di muka hadapan akhbar dan majalah di seluruh Amerika Syarikat ketika hubungan mereka sampai ke penghujung.

Mayweather memutuskan pertunangan itu selepas mengetahui bahawa Shantel telah menggugurkan kandungan tanpa pengetahuannya. 

1. Jet G5 - RM146 juta

jet peribadi floyd mayweather

Takkan anda nak lihat antara atlet dengan bayaran paling tinggi di Bumi terbang secara komersial kan? Mayweather terkenal dengan percutiannya ke seluruh dunia sesuka hatinya.

Bagi memudahkan beliau bergerak ke mana sahaja pada bila-bila masa, Mayweather membeli jet peribadi G5 yang berharga RM146 juta. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)