Setiap daripada kita pastinya mempunyai keinginan untuk memiliki produk mewah dan berjenama.

Malangnya, tak semua yang mampu merealisasikan impian ini kerana biasanya produk seperti ini adalah tersangat mahal.

Ini termasuklah produk yang menjadi kegilaan ramai masa kini iaitu peranti elektronik.

Sebagai contoh, individu yang memiliki produk Apple sering dilihatkan sebagai seorang yang loaded dan berduit, walaupun tidak semestinya benar.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Hakikat bahawa harga iPhone dan Macintosh pertama yang dilancarkan oleh Apple dengan harga yang tersangat mahal masih boleh difahami kerana produk-produk ini merupakan produk terawal yang bertanggungjawab untuk "menentukan kategori".

iphone keluaran pertama

Namun, saban hari banyak pengeluar-pengeluar barangan elektronik yang lain melancarkan telefon pintar dan komputer riba yang sangat menakjubkan dengan harga jauh lebih rendah.

Jadi, bagaimana Apple masih boleh menjual produk mereka pada harga yang tak mampu milik?

Menariknya, menurut seorang jurutera dari IHS Markit, iPhone X yang mana dijual dengan harga USD999 (RM4,100) sebenarnya menelan kos kurang daripada USD400 (RM1,640) untuk kos bahan dan pemasangan.

iPad generasi ketiga yang dijuga pada harga USD699 (RM2,870) hanya bermodalkan USD366 (RM1,500). Apple telah melaporkan memperoleh margin keuntungan di antara 30% hingga 40% dalam laporan tahunan mereka.

Persoalannya, bagaimana Apple melihat kewajaran dalam meletakkan harga premium ke atas produk-produk mereka?

Nilai jenama

produk apple

Kita mulakan dengan jawapan yang paling jelas, iaitu pelanggan Apple membayar harga premium ini hanya untuk reputasi jenama.

Ini serupa dengan syarikat lain yang sering mengenakan bayaran yang lebih tinggi berbanding pesaing mereka untuk produk yang tidak semestinya lebih baik dari segi prestasi atau ciri, dengan alasan nilai jenama.

Tak dapat dinafikan Apple telah berjaya membina reputasi sebagai "jenama gaya hidup" yang membenarkan mereka meletakkan harga premium, semata-mata kerana peminat setianya sanggup untuk membayar lebih demi mempamerkan logo jenama ini.

Namun, kenyataan ini tidak sama sekali bermakna produk Apple adalah "produk sampah" yang mahal.

Sebahagian daripada imej produk mewah di mata dan minda pengguna adalah hasil usaha berterusan Apple dalam memberikan perhatian kepada produk mewah dan mengkhususkan skop ini.

Ini sangat jelas kelihatan terutamanya selepas pelancaran iPhone pertama, di mana syarikat ini semakin fokus terhadap reka bentuk, fungsi dan kualiti komponen.

Ini juga berlaku kepada produk yang lebih besar seperti iPad dan MacBook.

Kegagalan iPhone 5c

iphone 5c

Walaupun begitu, pasaran dengan harga sederhana dan rendah juga sangat berharga bagi Apple, membuatkan mereka cuba untuk menembusi pasaran ini dengan melancarkan telefon pintar mampu milik, iaitu iPhone 5c.

Walaupun dengan harga murah, ia kelihatan seperti tidak mendapat sambutan dalam kalangan pelanggan.

Kegagalan iPhone 5c telah menjadi penghalang yang kuat bagi Apple untuk tidak lagi berani melibatkan diri dengan produk kategori murah.

Apple tidak mahu meleburkan imej premium jenamanya dengan menawarkan produk 'murah' dengan banyak kompromi.

Penyelidikan dan pembangunan jenama

penyelidikan dan pembangunan apple

Selain daripada membeli komponen bermutu tinggi yang sekaligus meningkatkan kos pengeluaran, Apple juga melabur dalam penyelidikan dan pembangunan.

Mereka sentiasa mencari inovasi dan menyelaraskan proses pembuatan. Dengan melihat semua faktor ini, anda mungkin memahami bahawa produk-produk

Apple bukanlah sesuatu yang murah untuk dihasilkan.

Dan amat jelas sekali bahawa Apple sangat berhati-hati dalam memilih komponen untuk produk-produknya. 

Bekalan untuk komponen yang dipilih dengan teliti ini boleh menjadi satu kekangan dan jika bekalan tersebut tidak dapat memenuhi permintaan, harga akan melonjak tinggi.

Pemilikian perisian

ipad

Produk Apple datang dengan perisian mereka sendiri, yang dimiliki dan dikendalikan oleh Apple.

Ini tidak seperti Android, yang merupakan sumber terbuka di mana para pengeluar mendapat sistem operasi secara percuma dari Google dan mengubahnya sedikit untuk menyesuaikan dengan perkakasan yang mereka ingin gunakan.

Apple pula perlu membangunkan dan mengekalkan iOS, MacOS dan perkhidmatan back-end seperti iCloud dan iMessage dengan sendirinya.

Ini sudah pasti menyumbang kepada peningkatan kos operasi mereka, lantas meningkatkan harga produk Apple.

Walaupun ramai peminat teknologi tidak sukakan konsep sistem terkunci, namun ia boleh bertindak sebagai saranan nilai tambah bagi pengguna yang mahukan ekosistem Apple yang mantap.

Ini adalah kerana pakar-pakar beranggapan bahawa penyepaduan perisian dan perkakasan seperti dalam kes Apple ini membolehkan prestasi dan kebolehpercayaan yang optimum dengan kurang terdedah kepada perisian hasad (malware).

macbook 8t068

Akan tetapi, ini tidak bermakna bahawa peranti Apple adalah 'crash-proof' atau kebal terhadap serangan dari virus dan perisian hasad.

Namun, produk-produk seperti ini adalah lebih baik berbanding kebanyakan produk pesaing dari segi keselamatan.

Apabila melibatkan komputer, Apple sering mengenakan bayaran untuk perkara yang anda mungkin tidak menggunakannya.

Sebagai contoh, MacBook telah dimuatkan dengan banyak aplikasi yang telah dibangunkan secara dalaman oleh Apple.

Kos pembangunan ini akan mempengaruhi harga setiap MacBook.

Ini berbeza daripada komputer Windows, di mana anda mempunyai kebebasan untuk memilih dan membeli perisian yang sepadan dengan keperluan anda.

Komputer Windows asas tanpa perisian tambahan boleh dibeli dengan harga tersangat rendah berbanding MacBook. 

Pelanggan setia yang sanggup membayar

orang ramai menunggu pelancaran iphone

Sekiranya anda seorang peminat Apple yang sangat tegar, salah satu perkara yang memikat anda kepada jenama ini adalah anda mendapat keseluruhan ekosistem bersama dengan produk, di mana semuanya bergabung dalam satu produk.

Sebagai contoh, apabila anda melawat ke rumah rakan lalu menggunakan Wi-Fi mereka pada iPhone anda, dan kembali semula di lain hari dengan membawa iPad pula, kata laluan Wi-Fi tersebut secara automatiknya dipindahkan daripada iPhone ke iPad anda.

Begitu juga, apabila anda membuat pembelian di App Store, aplikasi tersebut akan berfungsi pada semua produk Apple anda tanpa perlu membayar sebarang bayaran tambahan.

Ini memberikan pengalaman yang memuaskan kepada pemilik peranti Apple, dan hasilnya, pelanggan tidak keberatan untuk membayar lebih untuk mendapatkan produk mereka.




Hakcipta iluminasi.com (2017)