penguin pasangan anak

Setiap hari kita boleh baca kisah tentang kes kecurangan rumah tangga. KIsah-kisah tersebut mampu mempengaruhi pembaca kerana kesan yang lekat pada mental kita, boleh membuatkan seseorang itu takut untuk berkahwin. Kenapa berlakunya masalah curang?

Sedangkan dalam alam kita ini, wujud kelompok haiwan yang mampu setia dan mengamalkan monogami sesama pasangan. Berikut adalah 5 haiwan paling setia pada pasangan mereka sepanjang hayat.

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. Serigala

wolfpack2

Serigala adalah haiwan yang cukup setia pada keluarga atau 'pack' mereka. Serigala mampu sehidup semati dengan pasangan mereka serta mampu mengenali hubungan di antara adik beradik. Dianugerahkan organ seks yang kekal berfungsi sepanjang hayat, pasangan serigala mampu mempunyai anak sehingga mereka mati, dengan pasangan yang sama. Apabila pasangannya mati, serigala itu akan meneruskan hidup sendirian. (rujukan)

2. Penguin

pasangan penguin comel

Jika anda sudah menonton banyak dokumentari serta filem tentang penguin, sudah pasti anda tahu susah payah hidup mereka. Cinta antara dua penguin ini banyak berlaku dalam keadaan cinta jarak jauh, dengan hanya 20 ke 30 hari sahaja pasangan penguin dapat bersama dalam setahun selepas penguin betina perlu berhijrah dan penguin jantan tinggal menjaga telur, menurut satu kajian saintis di Pulau Falkland. APa yang lebih mengkagumkan, dalam kajian tersebut, penguin betina didapati akan merantau sejauh 600km jaraknya daripada pasangan mereka dan apabila kembali bertemu, akan mencari pasangan yang telah lama mereka tinggalkan. (rujukan)

3. Memerang Eropah

pasangan memerang bina empangan air

Keluarga memerang Eropah adalah keluarga haiwan yang paling mirip dengan keluarga manusia yang bahagia. Selepas mengawan dan mempunyai keluarga, memerang ini akan mula membina kehidupan dengan membuat empangan dan sarang mereka bersama-sama. Kedua-dua memerang betina atau jantan akan sama-sama menjaga anak-anak mereka sehinggalah salah satunya meninggal dunia. Semasa hayat pula, mereka tidak pernah berlaku curang.(rujukan)

4. Burung albatross

pasangan albatross

Jika memerang Eropah adalah contoh keluarga bahagia, burung albatross pula adalah contoh haiwan paling romantik. Setiap kali bertemu, pasangan burung albatross akan menari bersama-sama. 95% hidup mereka dihabiskan di udara atau diatas permukaan laut sebelum kembali ke tanah untuk mengawan. Selepas bertelur (albatross hanya bertelur sebiji sekali dalam 18 bulan) kedua-dua ibu bapanya akan menjaga telur tersebut sehinggalah menetas dan anak mereka mempunyai bulu pelepah sendiri.(rujukan)

5. Angsa Putih

pasangan swan bercanda di air

Angsa Putih atau Swan juga mengamalkan kekal setia dengan pasangan seumur hidup, seperti mana manusia kerap menggunakan swan sebagai simbol cinta. Walau bagaimanapun, hakikatnya bukanlah seindah kisah cinta memerang atau albatross. Swan mengamalkan pasangan seumur hidup tetapi mereka mampu mengalami perceraian.

Apabila mempunyai pasangan, swan betina didapati akan menjadi lebih berani apabila bersama dengan swan jantan serta merasa lebih selamat. Swan jantan pula mempunyai tugas untuk melindungi swan betina daripada ancaman swan lain atau ancaman luar serta keluarga

Pasangan swan akan melahirkan anak dengan masing-masing bertanggungjawab menjaga anak-anak mereka. Apabila berlaku krisis seperti masalah pada telur, hilang anak dan lain-lain, pasangan swan tadi mungkin akan berpisah, mencari pasangan baru akibat kekecewaan mereka. (rujukan)




Hakcipta iluminasi.com (2017)