Walaupun mengemas rumah dianggap sebagai sesuatu yang tidak menyenangkan bagi sesetengah orang, namun ia tetap harus dilakukan.

Dan apabila ia melibatkan kipas siling, ramai orang berasa hairan dengan kemunculan lapisan habuk yang tebal di atas bilah kipas.

Jika difikirkan, ia seolah-olah mustahil untuk kipas siling yang mana digunakan setiap hari boleh mengumpul habuk yang begitu banyak.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Pergerakan bilah kipas pastinya akan membuatkan semua habuk berterbangan kembali di dalam bilik, bukannya melekat padanya bukan? 

Sebenarnya terdapat sains di sebalik fenomena pelik ini, dan sebelum itu kita perlu melihat pada komposisi habuk itu sendiri serta beberapa bidang sains asas yang berbeza, termasuk kuasa elektromagnet dan dinamik bendalir.

Apa itu debu?

kipas siling kotor berdebu berhabuk

Sejumlah besar debu atau habuk di rumah anda sebenarnya terhasil daripada kulit dan sel rambut mati dari manusia.

Tubuh kita sentiasa menjana semula sel-sel kulit apabila ia "melepaskan" beribu-ribu sel ini setiap hari.

Ini menambahkan banyak zarah debu mikroskopik yang terapung di udara dan berputar di sekeliling ruang anda sepanjang masa.

Jika anda mempunyai haiwan peliharaan, masalah ini akan menjadi bertambah buruk.

Walaupun terdapat bahan-bahan lain yang merangkumi peratusan kecil habuk di rumah anda, tetapi majoriti daripadanya datang secara langsung dari tubuh kita sendiri!

Caj elektrik, debu dan kipas

kipas siling caj elektrik lekat habuk

Apabila ia melibatkan kipas siling plastik, cas elektrik pada molekul habuk dan bilah kipas adalah sangat penting.

Kebanyakan zarah-zarah habuk yang terapung di dalam rumah anda mempunyai beberapa jenis cas elektrik, yang boleh menyebabkan molekul habuk untuk menarik antara satu sama lain.

Selain itu, apabila bilah kipas bergerak dengan pantas melalui udara, ia akan menggosok dan berlaga dengan molekul udara, sekaligus menolak angin menjauhi bilah kipas.

kipas siling bersih selepas dicuci

Ini mengakibatkan terbinanya caj di sekitar hujung bilah kipas, sesuatu yang dikenali sebagai elektrik statik.

Apabila molekul habuk berada di udara dan berinteraksi dengan bilah kipas, ia menjadi tertarik kepada caj yang terhasil dan dengan itu melekat padanya.

Bilah kipas yang berputar menghasilkan dan mengekalkan kebanyakan daripada caj tersebut hasil daripada daya geseran lantas menarik debu yang banyak.

Dan apabila anda menggabungkan perkara ini dengan hubungan tarikan antara zarah habuk dan molekul habuk antara satu sama lain, ia menjelaskan mengapa kipas anda berhabuk dengan cepat.

Rujukan:

1. Science

2. Imponderables

3. Quora




Hakcipta iluminasi.com (2017)