Hampir dua tahun yang lalu, Caitlin Little, adalah pelajar tahun dua di Southeast Guilford High School di Greensboro, Carolina Utara. Ketika itu dia telah mengalami gegaran otak semasa latihan merentas desa, yang menyebabkan berlakunya satu bentuk amnesia yang unik.

Perkara itu membuatkan semua ingatan barunya akan terpadam setiap malam ketika dia tidur. Setiap pagi, dia akan bangun tidur dengan ingatan bahawa ia adalah Oktober 2017.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Kes yang berlaku kepada Caitlin ini kedengaran sama seperti plot filem komedi romantis 50 First Dates. Dalam filem itu, watak lakonan Drew Barrymore terlibat dalam kemalangan kereta yang serius menyebabkan dia tidak dapat mencipta kengan baru selepas peristiwa itu dan akan bangun setiap pagi memikirkan ia adalah hari kemalangan berlaku.

50 first dates

Apa yang dialami oleh watak Barrymore itu adalah penyakit rekaan yang digelar sebagai "Sindrom Goldberg". Malah, seorang ahli neuropsikologi pernah menulis mengenainya dan mendakwa ia tidak mempunyai hubungan dengan mana-mana kondisi neurologi atau psikiatri yang diketahui.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kes sebenar mengenai ingatan jangka pendek yang akan padam telah dilaporkan. Hari ini, kondisi yang dulunya rekaan filem 50 First Date itu dikenali sebagai satu gangguan yang diiktiraf secara perubatan iaitu amnesia anterograde.

Walaupun hampir dua tahun kejadian itu menimpa Caitlin, remaja berusia 16 tahun itu merasakan perkara itu baru sahaja berlaku semalam. Pada 12 Oktober 2017, kepala Caitlin tidak sengaja terhantuk apabila salah seorang rakannya tersadung di atasnya.

caitlin little 655

Jurulatih dan ahli neurologis Caitlin menyangka ia adalah gegaran yang teruk dan kesannya mungkin akan hilang setelah beberapa minggu. Namun, setelah sekian lama Caitlin masih lagi tidak menunjukkan peningkatan.

Sehingga hari ini, keadaan remaja itu masih lagi belum pulih. Ibu bapa Caitlin akan membangunkannya setiap pagi dengan lemah lembut, memberitahu hari apakah pada hari itu dan menjelaskan bahawa dia terhantuk kepalanya dengan kuat dua tahun yang lalu.

Bapa Caitlin memberitahu MyFox8 bahawa dia sentiasa risau sekiranya anaknya itu akan terkejut dan panik dengan apa yang berlaku, tetapi dia tetap terus memberitahu hal yang sebenarnya daripada menipu anaknya itu.

caitlin little 3

Mujurlah, kebiasannya Caitlin hanya akan terkejut dan bertanya "Bagaimana perkara itu berlaku?" setelah diterangkan oleh bapanya. Bapanya akan meminta agar Caitlin membaca jurnal yang terletak di sebelah katilnya, mengandungi nota tentang apa yang berlaku sejak daripada kemalangan itu. Jika ada sebarang persoalan, Caitlin akan bertanya kepada bapanya.

Amnesia anterograde yang menimpa Caitlin telah membuatkan persekolahan menjadi sangat sukar kerana ingatannya tidak mampu untuk menyimpan segala maklumat yang dipelajarinya setiap hari.

Caitlin malah tidak dapat mengingati nama gurunya sendiri sehingga terpaksa menulis setiap nama guru di semua buku teksnya. Guru pendidikan khasnya, Tracy Helms, mengatakan bahawa setiap pagi Caitlin menunjukkan reaksi seperti mereka bertemu untuk pertama kalinya.

caitlin little 4

Helms memberitahu WTKR bahawa setiap kali Caitlin masuk ke kelas, dia tidak mengecam gurunya itu. Dia malah tidak tahu di manakah tempat duduknya dalam kelas. Setiap hari dia seperti pertama kali menghadiri persekolahan.

Walaupun telah berjumpa dengan ramai doktor, tiada seorangpun yang dapat menyelesaikan masalah Caitlin. Ingatan remaja itu terus padam setiap kali dia tidur malam. Rawatan semasa Caitlin dilaporkan menelan belanja USD 1,000 setiap hari. Disebabkan kedua-dua ibu bapanya tidak bekerja buat masa ini, bil mereka semakin menimbun.

Mujur keluarga itu mendapat sokongan kewangan melalui platform tajaan GoFundMe selepas kes Caitlin disiarkan melalui dokumentari yang disiarkan oleh MyFox8 berjudul "Caitlin Cant Remember".

Keluarga Caitlin berharap suatu hari nanti 'suis' dalam otak anak mereka itu akan kembali normal dan dia dapat menjalani hidup normal. Pada masa yang sama, Caitlin mencuba sedaya upaya untuk mengatasi amnesia yang berlaku kepadanya.

Caitlin ketika ditemuramah memberitahu bahawa dia perlu menjadi sangat teratur. Dia mempunyai banyak nota untuk perkara yang perlu dilakukan setiap hari seperti perkara yang masih belum diselesaikannya atau perkara yang ingin dilakukannya.

Rujukan:

1. People

2. MyFox8

3. WKTR




Hakcipta iluminasi.com (2017)