Di atas muka Bumi ketika ini, terdapat lebih daripada 65,000 buah cawangan kedai serbaneka terkenal 7-Eleven. Namun terdapat sebuah negara di mana rangkaian kedai serbaneka ini yang satu ketika dahulunya popular, kini gagal dengan begitu teruk.

Tak lain tak bukan negara tersebut adalah Indonesia. Pada tahun 2017, rangkaian kedai serbaneka ini telah menutup kesemua cawangannya di negara ini. iluminasi.com kongsikan sebab mengapa 7-Eleven gagal di Indonesia.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Agak popular pada mulanya

Sebelum itu, kita harus kembali ke tahun 2009 di mana apabila 7-Eleven mula-mula menapak di negara ini. Rangkaian 7-Eleven di Indonesia dikendalikan oleh sebuah syarikat tempatan iaitu PT Modern Internasional.

Bertentangan dengan 7-Eleven lain yang menjadikan penjualan barangan segera dan snek-snek, 7-Eleven di Indonesia menjadi tempat melepak yang sangat trendy bagi penduduk tempatan.

pelanggan melepak di 7 eleven di indonesia

Ia menawarkan produk trademark 7-Eleven seperti Slurppy dan snek, termasuk makanan tempatan yang segar serta minuman keras. Malah, 7-Eleven di Indonesia juga menawarkan Wi-Fi secara percuma.

Kemudian, perniagaan 7-Eleven mula berkembang di ibu negaranya iaitu Jakarta. Menjelang tahun 2010, 7-Eleven membuka 21 cawangan di Indonesia dan kemudian mencecah 100 cawangan 2 tahun kemudian.

Pada tahun 2014, syarikat ini mencatatkan penjualan kemuncah mencecah RM325 juta dengan jumlah cawangan sebanyak 190 buah. Dengan ini, masa depan 7-Eleven di Indonesia kelihatan sangat meyakinkan.

Mula menjadi tempat melepak para pelanggan

Kedai-kedai 7-Eleven terus dikunjungi namun terdapat satu masalah, orang ramai tidak begitu berbelanja di sini.

para pelanggan melepak di 7 eleven

7 eleven indonesia

Menurut sumber, kedai serbaneka ini dipenuhi pelanggan namun mereka hanya membeli barangan dalam jumlah yang sedikit, seperti sebotol minuman dan sebuku roti, tetapi kekal di kedai tersebut sehingga tempoh 3 jam.

Hal ini disebabkan ia menjadi tempat lepak para pelanggan sambil menggunakan Wi-Fi yang disediakan.

Syarikat ini juga mengaitkan kekurangan jualan dengan persaingan yang hebat daripada kedai serbaneka sedia ada dan baru.

Saingan dari kedai serbaneka gergasi

indomaret indonesia 893

Menjelang tahun 2016, jumlah kedai serbaneka secara keseluruhan di Indonesia telah bertambah kepada 40,000 buah, berbanding 12,000 buah pada tahun 2007 dan kedai serbaneka menjadi segmen yang paling pesat berkembang.

2 daripada pesaing terbesar bagi 7-Eleven adalah rangkaian kedai serbaneka tempatan iaitu Indomaret dan Alfamart.

Kedua-dua syarikat ini mempunyai sejarah yang lama dengan negara ini dan merupakan kuasa besar dalam perniagaan kedai serbaneka dalam pasaran Indonesia.

Walaupun 7-Eleven mempunyai 190 buah cawangan, namun pesaing-pesaingnya mempunyai jumlah cawangan yang lebih dan tidak terbanding, menenggelamkan syarikat itu.

alfamart indonesia 594

Menjelang tahun 2017, terdapat lebih daripada 10,000 buah cawangan Alfamart dan kira-kira 15,000 cawangan Indomaret di Indonesia, memberikan 38% pasaran kepada Alfamart dan sebanyak 47% kepada Indomaret.

Ini adalah tahun di mana 7-Eleven menutup kesemua cawangannya di Indonesia, namun sebelum itu berlaku, ia hanya merangkumi 0.7% (2016) sahaja pasaran di Indonesia.

Pengharaman jualan minuman keras lumpuhkan 7-Eleven

pengharaman jualan minuman keras lumpuhkan 7 eleven indonesia

Isu pengawalseliaan juga memberikan masalah yang besar kepada 7-Eleven. Pada tahun 2015, kerajaan Indonesia mengharamkan penjualan minuman keras di kedai serbaneka dan pasar mini.

Selepas pengharaman ini, hasil jualan bersih 7-Eleven menurun hampir 24% pada tahun berikutnya.

Tak seperti 7-Eleven, pesaing-pesaingnya Indomaret dan Alfamart mencatatkan peningkatan dalam pendapatan pada tahun yang sama.

Kedua-dua rangkaian kedai serbaneka ini dapat bertahan daripada pengharaman penjualan minuman keras kerana mereka menawarkan kepelbagaian produk lain.

pengharaman penjualan minuman keras di kedai serbaneka di indonesia

Keadaan geografi 7-Eleven juga menjadi salah satu penyumbang kepada kegagalan mereka. Syarikat ini tidak pernah berjaya mengembangkan cawangan mereka keluar daripada Jakarta dan bandar-bandar berdekatan. Walaubagaimanapun, pesaing-pesaingnya berjaya melakukan perkara ini.

PT Modern Internasional juga menyatakan bahawa kelembapan ekonomi Indonesia memberikan kesan kepada prestasi cawangan 7-Eleven sepanjang tahun 2014 dan menjadi sebab mereka tidak mendapat pulangan sepatutnya. 

Tumbangnya 7-Eleven Indonesia satu demi satu

salah satu cawangan 7 eleven indonesia ditutup 56

7-Eleven menutup 25 buah cawangan di bawah tahap prestasi memuaskan pada tahun 2016 untuk mengurangkan kerugian operasi dan menutup cawangan selebihnya pada tahun 2017.

Namun salah seorang jurucakap memberitahu bahawa Indonesia adalah negara yang sangat penting bagi 7-Eleven dan ini bukan penamat bagi rangkaian kedai serbaneka itu.

Syarikat itu sedang mencari rakan kongsi baru untuk meneruskan usaha mereka menakluki Indonesia.

Dan boleh dianggap sebagai sesuatu yang boleh dipercayai bahawa rakan kongsi antarabangsa yang baik boleh memberikan perbezaan dalam perniagaan. Ambil Jepun sebagai contoh.

7-Eleven memasuki pasaran Jepun pada tahun 1974 dan bekerjasama dengan syarikat tempatan, Ito Yokado yang membawa kepada penubuhan syarikat baru Seven & I Holdings Co., Ltd. untuk mengendalikan kedai-kedai tersebut.  

seven i holdings pemilik global 7 eleven

Ia tersangat berjaya sehingga pada tahun 2005, Seven & I Holdings Co., Ltd telah membeli 7-Eleven dan menjadi pemilik global rangkaian kedai serbaneka Amerika Syarikat itu. Kini, terdapat lebih daripada 20,000 cawangan 7-Eleven di Jepun dan di Amerika Syarikat, kurang daripada 9,000 cawangan. 

Jadi, mendapatkan rakan kongsi antarabangsa yang betul mungkin boleh menjadi kunci kepada kejayaan sesebuah perniagaan dan pengguna di Indonesia harus tunggu dan lihat apa yang bakal berlaku di masa hadapan.




Hakcipta iluminasi.com (2017)