kanak kanak di hadapan kedai 7 eleven 573

Sumber Foto: 7eleven.com.my

Di sebalik kejayaan rangkaian kedai runcit 7-Eleven, ramai tidak tahu bagaimana syarikat ini bermula, siapa pemilik sebenar syarikat berkenaan, serta cabaran-cabaran yang dihadapi.

Semoga perkongsian artikel kali ini memberi manfaat untuk anda semua. 

Sejarah Awal Penubuhan

southland ice co di dallas amerika syarikat

Sumber Foto: parkcitiespeople.com

totem nama awal 7 eleven

Sumber Foto: tshaonline.org

Sekitar tahun 1927, beberapa syarikat yang menjual blok ais telah bergabung membentuk Southland Ice Company di Dallas, Pada waktu tersebut, peti ais masih belum tercipta, dan blok ais diperlukan bagi menjaga kualiti bahan mentah makanan seperti daging dan sebagainya. 

Selepas bergabung, syarikat induk ini mula menjual barangan makanan, dan seterusnya mereka mula terlibat dalam bidang peruncitan.

Antara strategi awal perniagaan mereka adalah meletakkan tiang Totem di sebahagian daripada kedai mereka bagi mencuri tumpuan orang ramai untuk berbelanja di sana. Ketika itu, nama 7-Eleven masih belum wujud. Kedai mereka dinamakan sebagai Tote'm. 

pengasas 7 eleven joe c thompson sr

Sumber Foto: successstory.com

Joe C. Thompson, Sr. menjadi presiden Southland Ice pada tahun 1931, menjadi orang penting dalam penubuhan 7-Eleven. Ketika krisis ekonomi Great Depression (1929-1941) di AS, syarikat berkenaan hampir-hampir menjadi bankrap. 

Pada tahun 1933, Southland Iceland memberi lebih fokus kepada penjualan makanan dan minuman selepas pemansuhan larangan menjual minuman alkohol di negara tersebut.  

Pada tahun 1946, barulah kedai runcit ini mendapat namanya iaitu 7-Eleven. Nama tersebut diberi bagi menarik perhatian orang ramai dan sebagai pengumuman waktu perniagaan yang lebih panjang iaitu daripada 7 pagi sehinggalah 11 malam, 7 hari seminggu. 

7-Eleven Mula Berkembang

kedai 7 eleven di picnicville usa

Sumber Foto: successstory.com

Sekitar hujung lewat tahun 1950an, Southland Ice mula mengembangkan perniagaan peruncitan di luar Texas dengan membuka kedai 7-Eleven di  East Coast.

Anak Joe Thompon Sr. iaitu Joseph P. Thompson yang menjadi presiden Southland Ice pada tahun 1961 terus mengembangkan operasi perniagaan ke seluruh AS setelah pengambilalihan. 

Bermula tahun 1963, sesetengah outlet dibuka 24 jam setiap hari, dan setahun berikutnya, syarikat tersebut mula membuka menggunakan konsep kedai secara francais.

Pada tahun 1973, Southland Ice memberi lesen kepada sekutu Jepun mereka, dan sehingga tahun 1974, terdapat lebih kurang 5000 outlet di seluruh dunia. 

Syarikat ini seterusnya mula menjual segala jenis barangan yang tidak terhad kepada makanan dan minuman sahaja.

Selain peruncitan, Southland Ice mula terlibat dalam perniagaan lain. Antara langkah awal ke arah itu termasuklah melalui pembelian Chief Auto Parts pada tahun 1978. 

Kebanyakan outlet 7-Eleven beroperasi sebagai stesen minyak. Pada tahun 1983, Southland Ice telah membeli CITGO Petroleum bagi mendapatkan bekalan minyak sendiri. 3 tahun kemudian, syarikat berkenaan menjual 50% sahamnya.

Cabaran-Cabaran Yang Terpaksa Ditempuhi 7-Eleven

7 eleven sekitar tahun 1980an

Sumber Foto: storeholidayhours.com

Sekitar tahun 1980an, Samuel Belzberg seorang financier telah mengancam untuk mengambil alih ekonomi Southland. Sebagai respon, keluarga Thompson telah menswastakan syarikat mereka pada Disember 1987.

Kebanyakan anak syarikat termasuklah Chief Auto Parts terpaksa dijual bagi membayar hutang yang banyak disebabkan pembelian semula saham. Tindakan tersebut tidak mampu untuk menstabilkan Southland Ice.

Syarikat berkenaan hampir bankrap untuk kali kedua pada tahun 1990, tahun yang sama mereka bertindak untuk menjual baki 50% saham di CITGO.

Pemilikan 7-Eleven Oleh Syarikat Jepun

ito yokado co pemilik 7 eleven sekarang syarikat jepun

Sumber Foto: resources.matcha-jp.com

Tahun berikutnya, 70% daripada sahamnya telah dibeli oleh 2 buah syarikat peruncit Jepun iaitu Ito-Yokado Co. dan Seven-Eleven Japan, syarikat yang diberi lesen sebelum ini. 

Pada tahun 1999, Southland menamakan semula syarikat mereka kepada 7-Eleven, Inc.. Terus berkembang, syarikat berkenaan telah membuka outlet ke 25,000 pada tahun 2003. 

Pada November 2005, syarikat tersebut menjadi sebuah anak syarikat dimiliki penuh oleh Seven & i Holdings, sebuah syarikat peruncit yang ditubuhkan beberapa bulan sebelumnya oleh Ito-Yokado.  

Fakta Menarik Tentang 7-Eleven

slurpee antara produk keluaran 7 eleven

Sumber Foto: delish.com

Syarikat ini memiliki lebih daripada 60,000 rangkaian kedai, kebanyakkanya di Amerika Utara dan Asia. Tipikal outlet 7-Eleven adalah kecil dari segi saiz, dan mempunyai stok makanan, minuman dan lain-lain produk yang terhad.

Pada tahun 1966, 7-Eleven telah memperkenalkan produk signature mereka iaitu minuman ais Slurpee. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai sejarah Slurpee, sila KLIK SINI.

Rujukan:

  1. successstory.com
  2. britannica.com

tags : , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)