Kewujudan bahan memasak yang paling asas dan penting di dunia ini telah dikesan sejauh berabad-abad dulu iaitu ketika Zaman Gangsa lagi.

Malah, ia digunakan untuk tujuan menyembah oleh Mesir Purba dan digosok pada otot-otot gladiator Rom, digunakan untuk membayar sewa di Zaman Pertengahan dan kini, menjadi bahan penting dalam masakan seperti tomyam dan sambal ayam.

BESARKAN TEKS     A-  A+

ini sebab potong bawang merah buat anda menangis

Walaupun ia penting, namun proses mengupasnya membuatkan ramai menangis, malah jika ia dikupas oleh gladiator Rom sendiri, penulis pasti mereka juga akan mengalirkan air mata jantan. Tapi bagaimana bawang merah boleh membuatkan air mata mengalir, sedangkan bawang putih tidak?

1. Apabila bawang merah dipotong, sel-sel nya yang pecah akan mengeluarkan pelbagai bahan, seperti enzim allinase dan asid amino sulfoksida. Enziim allinase akan menguraikan asid amino sulfoksida kepada asid sulfenik.

makcik potong dan tumbuk bawang

2. Asid-asid sulfenik ini yang tak stabil akan secara spontannya akan tersusun menjadi thiosulfinate. Thiosulfinate mengeluarkan bau pedas dan menyengat, dan pada satu masa menjadi penyebab kepada mengalirnya air mata kita.

syn propanethial s oksida

Asid sulfenik juga ditukarkan oleh enzim LF-sintase kepada gas yang dikenali sebagai Syn-propanethial-S-oksida, yang juga dikenali sebagai faktor lachrymatory, atau faktor yang membuat mata anda pedih dan menangis.

3. Syn-propanethial-S-oksida kemudian akan bergerak melalui udara dan sampai ke mata anda. Lapisan mata yang pertama, iaitu kornea mempunyai gentian motor autonomi yang membawa kepada kelenjar air mata.

ini sebab potong bawang merah buat anda menangis 4

Apabila syn-propanethial-S-oksida dikesan, semua fiber dalam korena akan mula mengarahkan kelenjar air mata untuk mencuci kerengsaan pada mata.

4. Secara automatik mata kita akan mula berkedip-kedip menghasilkan air mata, yang "membasuh" mata kita. Dan sudah tentu reaksi kita terhadap mata pedih adalah dengan menggosok. Namun ia hanya memburukkan keadaan kerana tangan anda juga tercemar dengan Syn-propanethial-S-oksida.

Hanya 30 saat diperlukan untuk anda mula menangis selepas anda memotong bawang merah, iaitu tempoh yang sama diperlukan oleh Syn-propanethial-S-oksida untuk memuncak.

Kenapa bawang lain tidak membuatkan kita menangis?

ini sebab potong bawang merah buat anda menangis 5

Saudara kepada bawang putih, seperti bawang holland, bawang kecil dan bawang putih juga menghasilkan asid sulfenik apabila dipotong. Namun biasanya bawang-bawang ini mempunyai sedikit, atau tidak mempunyai enzim LF-sintase langsung.

Jadi, dengan ketiadaan LF-sintase, penghasilan syn-propanethial-S-oksida yang membuatkan anda menangis tidak akan berlaku.

Rujukan:

1. Science Bob

2. LOC

3. Mentflo




Hakcipta iluminasi.com (2017)