Bagi manusia, wanita memegang sebahagian besar daripada tanggungjawab apabila melibatkan hal-hal penjagaan anak.

Ini termasuklah kehamilan, melahirkan anak dan menjaga anak sehingga mereka cukup matang untuk menjelajah dunia dengan sendirinya.

Dan hal ini juga tertakluk kepada hampir semua spesis haiwan di atas muka Bumi ini.

satu satunya spesis haiwan di mana jantan melahirkan anak

BESARKAN TEKS     A-  A+

Namun bagi spesis haiwan laut dari keluarga Syngnathidae, yang terdiri daripada kuda laut, naga laut dan juga pipefish, hal sebaliknya berlaku.

Bagi ketiga-tiga haiwan mistik ini, pihak jantak adalah jantina yang bertanggungjawab menghamilkan dan melahirkan cahaya mata.

Bagaimana haiwan-haiwan ini melakukannya?

1. Kuda laut

kuda laut jantan melahirkan anak

Bagi kuda laut, spesis jantan mempunyai poket di bahagian hadapan badannya yang dikenali sebagai kantung telur.

Proses ini berlaku apabila kuda laut betina memasukkan telur ke dalam kantung tersebut dan telur tersebut akan disenyawakan oleh kuda laut jantan serta menjaga sehingga menetas.

Penetasan berlaku di antara dua dan empat minggu selepas persenyawaan dengan cara yang luar biasa seperti yang ditunjukkan dalam video di bawah.

Dalam satu-satu masa, sekitar 50 hingga 1,000 ekor bayi kuda laut akan menetas, dan kontraksi yang dialami oleh kuda laut jantan boleh berlangsung sehingga 12 jam.

Sebaik sahaja menetas, bayi-bayi kuda laut ini akan hanyut dengan plankton di lautan sekitar dua hingga 3 minggu, menjadikannya sangat terdedah kepada pemangsa.

Daripada 1,000 bayi yang mentas, hanya kira-kira seekor sahaja kuda laut yang akan bertahan sehingga dewasa. 

2. Pipefish

pipefish jantan melahirkan anak

Sepupu kepada kuda laut ini mempunyai mulut yang sama dan tubuh yang kurus, tetapi kelihatan lebih panjang daripada kuda laut.

Sama seperti kuda laut, pipefish jantina memasukkan telur-telur ke dalam kantung telur jantan, yang mana terletak di bahagian perut dan berhampiran dengan kepala.

Di situ, telur-telur disenyawakan dan dibawa bersama sehinggalah zuriat menetas beberapa minggu kemudian. Pipefish jantan boleh membawa di antara 5 dan 40 zuriat dalam kantungnya.

Dari segi penjagaan telur, pipefish menggunakan cara yang sedikit berbeza. 

pipefish jantan melahirkan anak 2

Satu kualiti menarik yang dimiliki oleh pipefish adalah keupayaannya untuk menggunakan sumber yang ada dengan cara yang berbeza-beza terhadap telur-telur dalam kantungnya.

Dengan kata mudah, haiwan laut ini bersikap pilih kasih.

Pipefish jantan sangat terkenal dengan sifat tidak mahu menjaga telur yang datang daripada ibu yang mana tidak disukainya.

Ia akan menggunakan lebih banyak sumber-sumber seperti makanan dan sebagainya, ke atas telur daripada pipefish betina yang lebih besar dan menarik.

Malah, pipefish jantan juga tidak akan bersusah-payah untuk memastikan semua yang menetas bertahan hidup, jika zuriat tersebut sihat. 

3. Naga laut

naga laut jantan melahirkan anak 494

Haiwan ketiga daripada spesis ini yang mana haiwan jantan melahirkan anak adalah naga laut.

Seperti kuda laut dan pipefish, naga laut betina adalah pihak yang melakukan proses penyuburan ke atas naga laut jantan.

Walaubagaimanapun, naga laut jantan tidak mempunyai kantung telur.

Sebaliknya, naga jantan mengedutkan ekornya yang mana membawa cawan-cawan kecil, membolehkan naga laut betina mendeposit beberapa ratus telur di dalamnya.

telur telur naga laut yang sedang disenyawakan

Telur-telur tersebut tinggal di dalamnya sekitar empat hingga enam minggu, sehingga ia menetas dan proses penetasan ini boleh mengambil masa beberapa hari.

Dan disebabkan oleh naga laut tidak mempunyai kantung telur, maka keturunan haiwan ini tidak dihasilkan di dalam badan.

Ini membuatkan para penyelidik berdebat sama ada ini boleh dianggap sebagai hamil.

Namun, haiwan laut ini masih menyediakan oksigen dan keselamatan kepada telurnya, yang mana membantu untuk bertahan sehingga menetas.

Rujukan:

1. Business Insider

2. Nat Geo

3. Animals




Hakcipta iluminasi.com (2017)