Orang Muslim pun sebenarnya ramai yang prihatin terhadap anjing

Baru-baru ini tular video menunjukkan seorang pemilik anjing bertengkar dengan seorang pengawal keselamatan yang tidak membenarkannya untuk membawa masuk haiwan tersebut ke dalam permis kondominium.

Mungkin ada di antara kita yang tidak tahu bahawa tak semua anjing boleh dibela begitu sahaja. Terdapat anjing yang mana pemilik memerlukan lesen tertakluk kepada undang-undang sedia ada.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Pengurusan lesen anjing

artis indonesia bersama anjing husky

Menurut Undang-undang Kecil Pelesenan Anjing dan Rumah Pembiakan Anjing (WPKL) 1991 (Pindaan) 2011, di bawah UUK 3 (2), permohonan bagi lesen dalam hal anjing terkawal hendaklah dibuat selepas 2 perkara ini iaitu:

1. Pemohon telah mengikuti dan lulus kursus pengendalian anjing

2. Anjing tersebut telah mengikuti dan lulus kursus "Canine Good Citizen" yang dianjurkan oleh mana-mana badan yang diluluskan oleh Datuk Bandar.

Selepas hal ini diselesaikan, seseorang yang diberikan lesen untuk memiliki, memelihara, melindungi atau menyenggara anjing terkawal perlulah memeliharan anjing tersebut di bawah pengawasan yang sepatutnya pada setiap masa ia dibawa keluar daripada premis.

Mereka juga perlu memastikan bahawa anjing tersebut tidak keluar berkeliaran dari tempat peliharaan, memastikan premis tersebut dipagar dengan selamat, mempamerkan tanda "AWAS ANJING" di tempat yang mudah dilihat pada setiap masa.

Berikut adalah senarai anjing "terkawal" yang terdapat dalam JADUAL IV di bawah UUK 2 (c):

rottweiller

Rottweiller

doberman

Doberman

german shepard

German Shepherd / Alsatian termasuk Belgian Shepherd dan East European Shepherd

bull mastiff

Bull Mastiff

bull terrier

Bull Terrier

perro de presa canario

Perro de Presa Canario ( juga dikenali sebagai Canary Dog )

Larangan terhadap anjing terlarang

Tak semua jenis anjing dibenarkan untuk dimiliki dan dipelihara. Larangan terhadap anjing terlarang diperincikan dalam undang-undang yang sama.

Undang-Undang Kecil 8B (1) menyatakan bahawa tiada seorang pun yang boleh memiliki, memelihara, melindungi atau menyenggara mana-mana jenis anjing terlarang.

Anjing "terlarang" adalah sebagaimana yang dinyatakan dalam JADUAL III di bawah Undang-Undang Kecil 2 (d):

pit bull terrier

Pit Bull Terrier / Pit Bull (juga dikenali sebagai American Pit Bull, American Pit Bull Terrier, American Staffordshire Terrier dan Stafford Bull Terrier)

american bulldog

American Bulldog

neapolitan mastiff

Neapolitan Mastiff

japanese tosa

Japanese Tosa

akita

Akita

dogo argentino

Dogo Argentino

fila braziliero

Fila Braziliero

Dibawah UUK 8B ( 2 ), Datuk Bandar hendaklah menyita dan melupuskan mana-mana anjing terlarang yang dijumpai dimana-mana premis atau dijumpai berkeliaran di tempat awam.

Dibawah UUK 8B ( 3 ), tiada pampasan boleh dikenakan ke atas Datuk Bandar bagi pelupusan anjing itu.

Pemeliharaan anjing di bangunan kediaman bertingkat (Kondominium atau pangsapuri)

bela anjing di kondominium

Seperti yang berlaku dalam video tersebut, terdapat undang-undang berkaitan dengan memeliharan anjing dalam bangunan bertingkat.

1. Dibawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Anjing Dan Rumah Pembiakan Anjing (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) (Pindaan) 2011 UUK 8A ” Anjing kecil di flat”, Datuk Bandar boleh membenarkan seekor anjing kecil dipelihara, dilindungi atau disenggara di sebuah pangsapuri.

2. Senarai "anjing kecil" di bawah UUK 2 (b) adalah seperti berikut:

miniature pinscher

Miniature Pinscher

bichon frise

Bichon Frise

pekingese

Pekingese

papillon

Papillon

poodle

Poodle (Toy)

japanese chin

Japanese Chin

maltese

Maltese

pomeranian

Pomeranian

chihuahua

Chihuahua

3. UUK 3 (1) menyatakan bahawa tiada seorang pun boleh mempunyai, memelihara, melindungi atau menyenggara mana-mana anjing melainkan jika anjing itu dilesenkan menurut Undang-Undang Kecil ini. 

4. Di bawah UUK 3 (2), permohonan bagi lesen hendaklah dibuat kepada Datuk Bandar mengikut apa sahaja bentuk sepertimana yang ditentukan oleh Datuk Bandar.

Permohonan ini hendaklah disertakan dengan yuran sebanyak RM10.

5. Permohonan untuk lesen anjing kecil hendaklah disertakan bersama surat persetujuan daripada Joint Management Body (JMC) atau Management Corporation ( MC ) semasa memohon lesen. 

6. Anjing yang dipelihara tidak boleh menimbulkan suatu masalah atau mewujudkan sebarang gangguan yang tidak munasabah kepada penghuni lain. 

kena kejar anjing

Contoh gangguan adalah seperti :-

  • Anjing yang dipelihara melakukan atau menyebabkan kerosakan harta benda awam atau kecerderaan kepada penduduk di bangunan kediaman tersebut.
  • Anjing yang dipelihara membuat bising secara berterusan (siang atau malam) dan menimbulkan masalah bunyi bising kepada penduduk setempat .
  • Anjing yang dipelihara dibiarkan berkeliaran bebas tanpa pengawasan.
  • Anjing yang dipelihara mempamerkan tingkah laku yang agresif atau berbahaya atau mungkin merbahaya.

7. Anjing yang dipelihara mesti terhad kepada unit pemilik dan tidak dibenarkan berkeliaran bebas. 

8. Pemilik boleh membawa anjing yang dipelihara keluar dari bangunan tersebut hanya melalui perkhidmatan lif dan anjing yang dipelihara perlu berada dibawah pengawasan pemilik setiap masa. 

9. Anjing yang dipelihara tidak dibenarkan untuk kencing atau membuang air besar di kawasan umum. Sekiranya ini berlaku, pemilik perlu bertanggungjawab untuk segera membersihkan selepas haiwan peliharaannya melakukan kesalahan tersebut.

Rujukan:

1. DBKL

2. MPM

3. MPSJ




Hakcipta iluminasi.com (2017)