Oleh pada 03 Sep 2017 kategori

ini respon siti nordiana selepas kontroversinya dapat perhatian siti nurhaliza

Kredit foto: vivamerah.blogspot.my & pru14.tv

Penyanyi Siti Nordiana melahirkan penghargaan atas kata-kata semangat yang diberikan oleh penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza.

Ia susulan kritikan pedas netizen yang diterima penyanyi itu selepas menjayakan persembahan di acara penutup Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL 2017).

Pelakon telefilem Cekelat Semanis Honey itu juga memberitahu, dia mula bersemangat dan mendapat semula keyakinan diri selepas membaca kenyataan yang dikeluarkan Siti.

Saya amat menghargai, malah berterima kasih atas kata-kata semangat yang diberikan oleh penyanyi yang begitu saya kagumi. Saya terharu apabila kak Siti menasihatkan supaya tidak mempedulikan kecaman netizen, malah memuji usaha saya untuk memberikan persembahan terbaik pada malam itu.
Sumber: BH Online

Terdahulu, persembahan vokal Siti Nordiana atau Nana menerima kecaman netizen kerana vokalnya dikatakan tidak bersesuaian dengan identiti lagu Siti dan kualiti persembahan pula tidak berada pada tanda aras yang sewajarnya.

Dalam pada itu, Nana berkata, dia berasa terkesan dengan kritikan negatif yang diterima, namun pada masa yang sama tidak dapat menafikan sudah menyerahkan sepenuh keupayaan vokal yang ada pada malam tersebut.

Sebagai manusia, saya juga mempunyai hati dan perasaan. Bukan tidak pernah dikecam sebelum ini, tetapi apabila dikritik teruk, ia memberi kesan yang mendalam terutama apabila saya sudah berusaha memberikan yang terbaik. Mustahil untuk saya memberikan persembahan setanding kemampuan penyanyi asal, tetapi saya sudah mencuba. Saya berbangga kerana diberi peluang menyanyikan lagu Datuk Siti Nurhaliza.
Sumber: BH Online

tags : , , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)