Oleh pada 28 Aug 2017 kategori

isu bendera terbalik datuk siti nurhaliza jadi punca perdamaian 1

Kredit foto: siakapkeli.my & The Star

Isu bendera Indonesia dicetak terbalik tanpa sengaja di buku Sukan Sea Ke-29 Kuala Lumpur 2017 mendapat kecaman hebat daripada rata-rata warga Indonesia.

Namun dalam kehangatan isu itu, nama penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza turut sama terpalit apabila seorang pengguna twitter memetik namanya dalam sebuah tweet yang menjadi tular.

Kita sedia maklum dengan nama Siti yang sememangnya dikenali dengan begitu meluas di negara republik tersebut.

Menerusi tweet yang dimuat naik oleh individu berkenaan yang juga merupakan warga Indonesia, dia menyatakan kebimbangannya untuk kehilangan Siti gara-gara kontroversi hangat ini.

isu bendera terbalik datuk siti nurhaliza jadi punca perdamaian 3 152

Kredit foto: Media Hiburan
Bendera Indonesia dipasang terbalik? Anggap saja ini ujian untuk menguji kesabaran kita. Jangan marah. Saya tak mahu kehilangan Siti Nurhaliza.

Apa yang menariknya, Siti seakan menjadi peluang untuk warga dua negara ini berbaik semula.

Malah, Siti juga dilihat melahirkan sokongannya terhadap tweet berkenaan dengan berkongsi tweet itu di laman Instagram berserta kapsyen yang menyeru kedamaian.

isu bendera terbalik datuk siti nurhaliza jadi punca perdamaian 2 382

Kredit foto: Instagram Datuk Siti Nurhaliza
Persaudaraan ini amatlah bererti. 

Sehingga kini perkongsian Siti telah menerima lebih 50,000 likes, malah dibanjiri dengan komen sokongan daripada netizen kedua-dua negara.

Rata-rata berpendapat isu tersebut tidak sewajarnya diperbesarkan. Malah warga Malaysia juga sebenarnya takut kehilangan Rossa, Kris Dayanti, Peterpan dan nama-nama selebriti terkenal Indonesia yang mencipta nama di Malaysia.


tags : , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)