Oleh pada 24 Jun 2018 kategori

Pernah tak anda pergi ke pasar raya dan ingin membeli kambing untuk majlis barbeku, namun keliru kerana terdapat dua jenis daging kambing iaitu "lamb" dan "mutton"?. Mana satu nak dibeli, kerana kedua-duanya berbeza harga. Jangan risau, anda tak keseorangan.

Ramai yang pernah mendengar istilah ini, dan digunakan dari semasa ke semasa, tapi masih ramai yang keliru dengan makna sebenarnya. Lamb dan mutton adalah istilah yang digunakan untuk kambing, yang sering diguna secara bertukar-tukar, dan perkara ini adalah salah.

BESARKAN TEKS     A-  A+

ini perbezaan lamb dan mutton yang ramai tak tahu

Dalam bahasa Melayu, kedua-duanya bermaksud kambing, namun terdapat perbezaan besar terhadap kedua-dua istilah ini. Ramai juga yang menyangkakan kedua-dua ini adalah nama berbeza bagi daging yang sama kerana kedua-duanya adalah kambing domestik.

Walaupun ia seperti masuk akal kerana kedua-duanya adalah kambing, namun ia mempunyai perbezaan besar. Perbezaan utama kepada kedua-dua daging ini adalah usianya. Dan seperti yang anda tahu, usia haiwan memberikan perbezaan yang besar pada rasa dan kelembutan dagingnya.

Dengan ini, ia memberikan kesan kepada cara penyediaan daging ini. iluminasi.com ingin kongsikan perbezaan di antara "lamb" dan "mutton".

Beza daging Lamb

ini perbezaan lamb dan mutton yang ramai tak tahu 3

Lamb adalah istilah yang digunakan bagi anak kambing biri-biri yang berusia kurang daripada 1 tahun.

Ia biasanya disembelih ketika berusia di antara 4 hingga 12 bulan. Apabila dagingnya diproses di bawah usia setahun, daging kambing ini menjadi sangat lembut dan tersangat kurang lemak.

Ia mempunyai warna yang lebih cerah bermula dari merah jambu kepada merah pucat. Dari segi rasanya pula, lamb mempunyai rasa yang sederhana, menjadikannya sangat serba guna kerana tidak terlalu kuat.

ini perbezaan lamb dan mutton yang ramai tak tahu 4

Anak kambing yang berusia kurang daripada 3 bulan pula dikenali sebagai "spring lamb". Spring lamb adalah daging yang tersangat lembut, lebih lembut daripada lamb tetapi mempunyai rasa kurang daripada lamb.

Dari segi harga pula, lamb biasanya lebih mahal daripada mutton disebabkan oleh kualitinya.

Dan apabila anak kambing ini diproses selepas usia ini, dagingnya mula mempunyai ciri-ciri yang berbeza.

Perbezaan daging Mutton

ini perbezaan lamb dan mutton yang ramai tak tahu 6

Mutton adalah istilah yang diberikan kepada kambing biri-biri dewasa, yang berusia 1 tahun dan ke atas. Ia biasanya disembelih pada usia antara 2 hingga 3 tahun. Mutton mempunyai warna merah yang lebih pekat dan gelap.

Teksturnya lebih kenyal dan mengandungi lemak yang lebih tinggi berbanding lamb. Bahagian yang paling popular dan biasa digunakan adalah kaki dan bahu, namun dagingnya yang agak liat membuatkan ia direbus bagi melembutkannya.

ini perbezaan lamb dan mutton yang ramai tak tahu 5 788

Dari segi rasa pula, mutton memiliki rasa kambing yang sangat kuat yang membuatkannya tidak popular di negara seperti Amerika Syarikat. Bagi mereka yang tidak biasa dengan daging kambing, mereka harus membiasakan diri dengan rasanya terlebih dahulu sebelum dapat menikmati daging mutton.

Di Asia Selatan, mutton juga digunakan bagi menggambarkan daging kambing "goat".

Kesimpulan

ini perbezaan lamb dan mutton yang ramai tak tahu 0

Jadi, jika anda makan di restoran yang menyediakan makanan Barat seperti "Lamb Chop", sudah tentu anda tak dapat membezakan sama ada ia benar-benar lamb melalui warnanya kerana ia telah dimasak.

Namun, anda masih dapat mengetahui melalui tekstur dan rasanya. Jika daging tersebut agak liat dan mempunyai rasa kambing yang sangat kuat, kemungkinan besar (cara masak juga mempengaruhi tekstur daging) ia adalah mutton dan bukannya lamb.

Ramai pengusaha kedai makanan Barat mengambil kesempatan terhadap pelanggan yang tidak mengetahui perbezaan ini dengan menyediakan "Mutton Chop" dan bukannya Lamb Chop kerana harga mutton adalah lebih murah, yang lebih mana menguntungkan mereka.

Nota : Kambing biri-biri di bawah usia 1 tahun dianggap sebagai lamb. Apabila lamb berusia lebih 1 tahun dan kurang 2 tahun, ia masih belum dianggap sebagai dewasa, jadi pada usia ini daging kambing ini digelar sebagai "hogget".

Istilah ini sangat jarang digunakan di Amerika Syarikat dan lebih banyak digunakan di negara Komanwel. Lamb bertukar menjadi mutton apabila mencapai usia 2 tahun.

Pendek kata, kurang 1 tahun adalah daging lamb, di antara 1 dan 2 tahun adalah daging hogget, lebih 2 tahun adalah daging mutton.

Rujukan:

  1. Viking Lamb
  2. The Kitchn
  3. The Spruce Eats



Hakcipta iluminasi.com (2017)