Oleh pada 09 Feb 2020 kategori

anugerah juara lagu 358

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

     

Bertemakan 'Warna-Warna Suara', Anugerah Juara Lagu 34 (AJL34) mempertaruhkan 12 lagu terbaik yang mana masing-masing memiliki kelebihan tersendiri untuk menang.

Malam ini bakal menjadi penentunya di mana satu lagi lagu akan melakar sejarah dalam acara tahunan muzik berkenaan yang diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil pada jam 9 malam.

Menurut ramalan wartawan portal Harian Metro, tiga lagu yang dijangkakan bakal membawa pulang trofi utama adalah Rampas nyanyian Akim And The Majistret, Anta Permana dendangan Bob Yusof dan Ragaman oleh Fairuz Misran.

    

juara lagu 34 32

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

    

Ia berdasarkan profil kuat para pencipta tiga karya berkenaan, termasuk menilai dari aspek populariti.

Manakala persaingan untuk kategori vokal terbaik menyaksikan pertembungan antara penyanyi Hafiz Suip dan Ernie Zakri yang mana kedua-dua mereka juga merupakan bekas pemenang kategori terbabit pada penganjuran edisi terdahulu.

Dalam perkembangan lain, berdasarkan undian yang dijalankan Harian Metro di platform media sosial Facebook dan Twitter memperlihatkan lagu Lembah Kesepian nyanyian Haqiem Rusli dipilih peminat sebagai lagu yang dijangka ditabalkan sebagai juara dengan jumlah undian sebanyak 71 peratus.

Diikuti Sumpah nyanyian Aina Abdul di tempat kedua dengan peratus undian 9.1 peratus dan Sumpah oleh Naim Daniel di kedudukan ketiga dengan 5 peratus undian.

    

Kredit video: Debaran Anugerah Juara Lagu 34 | #AJL34

    

Sumber berita:

1. Saingan sengit

2. Peminat undi Lembah Kesepian Juara AJL34

    



Hakcipta iluminasi.com (2017)