kesan merkuri pada wajah anda

Adalah sangat menyedihkan apabila masyarakat kita sering mengaitkan kecantikan dengan warna kulit yang cerah. Dengan ini, ia telah memberi satu persepsi kepada dunia yang menyebabkan komuniti terutamanya golongan wanita berlumba-lumba untuk mencerahkan kulit.

Lebih menyedihkan, terdapat pengeluar-pengeluar produk kosmetik yang cuba mengeskploitasikan golongan-golongan naif dan terdesak ini untuk kepentingan sendiri. Antaranya adalah menjual produk pencerah kulit, tanpa mengetahui ia mampu memberikan kesan buruk kepada pengguna, orang di sekeliling serta alam sekitar.

kesan merkuri dalam produk kosmetik terhadap badan dan alam sekitar 5

Dan seperti yang anda tahu, antara bahan yang paling berbahaya terkandung dalam produk ini, adalah merkuri. Mungkin ramai yang dah tahu bahawa bahan ini terkandung dalam produk-produk kosmetik, namun tidak menghiraukan kerana tidak benar-benar tahu kesanya kepada kesihatan.

Merkuri menghalang pembentukan melanin

kesan merkuri dalam produk kosmetik terhadap badan dan alam sekitar

Merkuri adalah bahan yang sangat biasa digunakan dalam pembuatan sabun dan krim pencerah kulit. Ia juga terdapat dalam kosmetik lain, seperti produk pembersihan solekan mata dan maskara.

Bagi produk sabun dan krim pencerah kulit, ia biasanya digunakan di negara-negara tertentu di benua Afrika dan Asia. Malah, produk-produk ini juga digunakan di kalangan penduduk berkulit gelap di Eropah dan Amerika Utara.

kesan merkuri dalam produk kosmetik terhadap badan dan alam sekitar 2

Fungsi penggunaan merkuri dalam produk-produk ini adalah kerana garam merkuri bertindak menghalang pembentukan melanin pada kulit yang menyebabkan tona kulit menjadi lebih cerah.

Merkuri dalam produk kosmetik wujud dalam dua bentuk iaitu organik dan tidak organik. Merkuri tak organik, contohnya mercury ammonia, digunakan dalam sabun dan krim pencerah kulit, manakala sebatian merkuri organik, contohnya garam merkuri, pula digunakan sebagai bahan pengawet kosmetik dalam produk pembersih solekan mata dan maskara.

40% wanita Malaysia guna pencerah kulit

kesan merkuri dalam produk kosmetik terhadap badan dan alam sekitar 6

Tak perlu dijelaskan lagi bahawa produk-produk ini lebih banyak digunakan oleh golongan wanita berbanding lelaki. Dilaporkan bahawa wanita-wanita di negara seperti Mali (25%), Nigeria (77%), Senegal (27%), Afrika Selatan (35%) dan Togo (59%) menggunakan produk pencerah kulit setiap hari.

Dalam survey yang dilakukan pada tahun 2004 pula, hampir 40% wanita di China, Malaysia, Filipina dan Korea Selatan dilaporkan menggunakan produk pencerah kulit. Di India pula, 61% daripada pasaran dermatologi terdiri daripada produk pencerah kulit.

kesan merkuri dalam produk kosmetik terhadap badan dan alam sekitar 6

Agensi perlindungan pengguna di Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat telah mengenal pasti bahawa produk yang mengandungi merkuri dihasilkan di China, Republik Dominika, Lubnan, Mexico, Pakistan, Filipina, Thailand, dan juga Amerika Syarikat.

Namun, disebabkan tekanan yang diterima oleh pengguna, sesetengah pengilang tidak lagi menggunakan merkuri sebagai bahan pengawet dalam produk-produk ini.

Walau bagaimanapun, kebanyakan bidang kuasa masih membenarkan penjualan produk solekan yang mengandungi sebatian merkuri.

Cara periksa produk sama ada mengandungi merkuri atau tidak

merkuri iodida kesan merkuri dalam produk kosmetik terhadap badan dan alam sekitar

Produk pencerah kulit dihasilkan dalam pelbagai bentuk, termasuk sabun dan krim. Sabun ini sering dijual sebagai "sabun antiseptik" dan produk-produk ini digunakan dengan cara menyapu pada kulit dan dbiarkan kering semalaman.

Wanita biasanya menggunakan sabun untuk membasuh rambut, lengan atau muka mereka atau seluruh badan mereka. Dilaporkan bahawa sesetengah wanita menggunakan produk ini selama 20 tahun.

Sabun pencerah mengandungi kira-kira 1 hingga 3% merkuri iodida manakala krim pula terdiri daripada 1 hingga 10% merkuri ammonium. Setelah diuji, produk sabun yang menunjukkan kandungan merkuri pada kepekatan sehingga 31 mg/kg dan produk krim mempunyai kepekatan merkuri setinggi 33 000 mg/kg. 

kesan merkuri dalam produk kosmetik terhadap badan dan alam sekitar 0

Jumlah ini adalah tersangat tinggi. Dari segi rupa bentuk pula, produk yang dicemari merkuri yang sangat tinggi berwarna kelabu atau krim.

Jumlah atau konsentrasi merkuri dalam produk mungkin dilabelkan pada pembungkusan atau dalam senarai bahan.

Jika anda ingin mengetahui sama ada produk yang anda gunakan mengandungi bahan ini atau tidak, nama-nama yang perlu dicari termasuklah :

  1. merkuri
  2. Hg
  3. mercuric iodide,
  4. mercurous chloride
  5. ammoniated mercury
  6. amide chloride of mercury
  7. quicksilver,
  8. cinnabaris (mercury sulfide)
  9. hydrargyri oxydum rubrum (mercury oxide)
  10. mercury iodide
  11. “poison”

Walau bagaimanapun, syarikat-syarikat yang menjual produk-produk yang mengandungi merkuri biasanya tidak menyenaraikannya sebagai ramuan.

Kesan pendedahan merkuri terhadap kesihatan

kesan merkuri dalam produk kosmetik terhadap badan dan alam sekitar 8

Kesan utama merkuri tidak organik yang terkandung dalam sabun pencerah kulit dan krim adalah menyebabkan kerosakan buah pinggang. Ia juga boleh menyebabkan ruam kulit, perubahan warna kulit dan juga parut.

Lebih teruk bahan ini mampu mengurangkan ketahanan kulit terhadap jangkitan bakteria dan kulat. Jadi, kulit anda mudah dijangkiti kuman dan mula menjadi rosak.

Kesan-kesan lain termasuklah kebimbangan, kemurungan atau psikosis dan neuropati periferal.

Kes melibatkan pendedah terhadap merkuri

kesan merkuri dalam produk kosmetik terhadap badan dan alam sekitar 9

Dalam satu kes, laporan menunjukkan seorang wanita Cina berusia 34 tahun yang telah mengalami sindrom nefrotik (kerosakan buah pinggang), keadaan yang diketahui melalui tahap protein yang tinggi dalam air kencing.

Namun, selepas wanita ini berhenti menggunakan krim pencerah kulit, tahap merkuri dalam darahnya kembali normal selepas sebulan dan tahap merkuri dalam air kencingnya pula kembali normal selepas 9 bulan.

Dalam satu kajian berlainan, sebahagian besar sindrom nefrotik yang berlaku di kalangan wanita Afrika adalah disebabkan menggunakan krim pencerah kulit yang mengandung merkuri klorida berammonia untuk tempoh antara satu bulan hingga tiga tahun.

Malah, lebih daripada tiga perempat daripada wanita yang berhenti menggunakan krim ini mengalami pengurangan sementara terhadap masalah buah pinggang.

Kronologi pembuangan merkuri ke alam sekitar yang berakhir dalam badan kita

kesan merkuri dalam produk kosmetik terhadap badan dan alam sekitar 11 816

Merkuri yang terkandung dalam produk-produk ini akhirnya akan dibuang ke dalam air kumbahan. Ia kemudian memasuki alam sekitar, di mana ia bertukar menjadi metil yang akan memasuki rantaian makanan sebagai metil merkuri yang sangat toksik, yang biasanya dijumpai dalam ikan.

Dan jika ikan-ikan tercemar oleh merkuri ini dimakan oleh wanita hamil, bahan kimia ini akan dipindahkan ke dalam janin mereka dan boleh menyebabkan defisit perkembangan otak di kalangan kanak-kanak.

kesan merkuri dalam produk kosmetik terhadap badan dan alam sekitar 12

Defisit ini melibatkan kemerosotan pertumbuhan dan perkembangan otak atau sistem saraf pusat. Dengan kata lain, otak yang mengalami gangguan ini akan mempengaruhi emosi, keupayaan pembelajaran, kawalan kendiri dan ingatan.

Keadaan ini akan berterusan ketika kanak-kanak ini membesar. Jika anda ingin memeriksa sama badan anda terdedah kepada merkuri tak organik, ia boleh dilakukan dengan membuat ujian darah dan air kencing. 

Sumber : WHO


tags : , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)