Jika anda mempunyai masalah berkaitan kulit, tentulah tiada siapa yang lebih arif untuk memberi nasihat dan panduan untuk menjaga kulit anda, melainkan pakar dermatologi. Tapi pernah tak anda tertanya-tanya apa yang pakar-pakar ini lakukan untuk menjaga kulit mereka?
Pakar dermatologi adalah profesional dan jika anda perasan, kebanyakan daripada mereka cenderung untuk memiliki kulit yang bersih dan cerah sentiasa. Jadi, apa yang mereka guna?
BESARKAN TEKS A- A+
Atau persoalan sebenar, apa yang mereka tak gunakan untuk kulit mereka? iluminasi.com kongsikan 4 pakar dermatologi mendedahkan 5 produk dan bahan yang mereka elakkan daripada digunakan ke atas kulit mereka.
1. Semburan pelindung matahari
Semburan ini mungkin dilihatkan sebagai rahmat dan penyelamat bagi mereka yang benci untuk menyapu losyen, namun ia tidak digemari oleh profesional. Dr. Rachel Nazarian dari Kumpulan Dermatologi Schweiger, New York memberitahu bahawa beliau tak akan pernah menggunakan produk ini ke atas muka atau badannya.
Menurut pendapat profesionalnya, semburan ini tidak memberikan lapisan yang cukup tebal untuk memastikan kulit anda mendapatkan tahap SPF penuh, seperti yang tertera pada label.
"Separuh daripada semburan itu dibawa udara, dan tidak mengenai kulit anda, dan separuh lagi anda telah menyedut (pernafasan). Ia merupakan cara yang tak betul untuk menyelamatkan kulit anda daripada sinaran matahari. Tak ada pakar dermatologi yang akan menggunakan produk semburan ini," jelasnya.
2. Toner
Bersihkan, sekatakan dan lembapkan. Inilah 3 langkah yang tersemat dalam minda anda sebagai rutin asas penjagaan kulit. Namun, 3 pakar dermatologi mendedahkan mereka sendiri tidak menggunakan toner.
"Sesetengah orang suka menggunakan toner jika mereka berasa seperti kulit mereka benar-benar berminyak, tetapi saya rasa ia perlu" kata Dr. Samer Jaber.
Dr. Jennifer Chwalek dari Union Square Laster Dermatology memberitahu bahawa banyak toner mengandungi alkohol yang mengeringkan kulit, yang mana mungkin baik jika anda mempunyai kulit yang sangat berminyak dan terdedah kepada jerawat.
"Saya semburkan wajah saya dengan air ros setiap pagi sebelum menyapu vitamin C dan SPF. Air ros membantu menghidratkan kulit saya dan juga yang mengurangkan keradangan kulit kerana ia mengandungi pelbagai vitamin dan antioksida," jelas Dr. Jennifer.
Bagi Dr. Rachel Nazarian pula, beliau juga tidak menggunakan dan tidak melihat toner sebagai satu keperluan kerana produk ini adalah berasaskan alkohol dan tidak memberikan apa-apa kebaikan kepada kulit.
"Toner sudah pastinya tidak menambaikkan kulit saya. Terdapat pelbagai jenis toner yang berbeza-beza dan bukan berasaskan alkohol, tetapi lebih kepada toner Korea. Produk-produk ini membuatkan kulit bersedia untuk penyerapan yang lebih baik. Ia hanya melembapkan kulit, apabila kulit lembap, penyerapan akan menjadi lebih baik. Saya hanya memakai pelbagai produk selepas saya basuh muka dengan air biasa, bukannya toner. Jadi saya tak rasa saya perlu membayar untuk produk yang tak diperlukan," jelas Dr. Rachel Nazarian.
3. Parabens
Paraben pada dasarnya adalah sejenis pengawet yang digunakan dalam produk kecantikan yang membantu mengehadkan perkembangan bakteria, kulat dan yis. Parabens yang paling biasa digunakan ialah metil, etil, propil dan paraben butil, dan mereka sering dijumpai dalam pelembap, foundation dan krim anti-penuaan.
Selama bertahun-tahun, parabens mendapat reputasi yang sangat buruk, dan ketika masih belum ada bukti yang cukup kuat yang dapat membuktikan bahan ini sangat berbahaya bagi kesihatan kita, pakar dermatologi menjauhkan diri dari bahan ini.
"Ia sudah tentu adalah bahan terlarang, jadi bagi saya, kenapa perlu ambil risiko?," jelas Dr. Kenneth Mark, pakar dermatologi kosmetik,
Menurut Dr. Jennifer pula, sebab beliau mengelak daripada menggunakan produk yang mengandungi paraben bukanlah semata-mata berkaitan kesihatan. Beliau memberitahu bahawa artikel jurnal yang dibacanya menunjukkan parabens berpotensi menyebabkan penuaan yang cepat.
"Saya baru sahaja tahu, dari segi berapa banyak yang saya pakai, dan ia terkandung dalam pelbagai jenis produk yang saya tak akan ambil risiko walaupun sedikit. Saya tak akan pernah menggunakan produk mengandungi parabens," jelas Dr. Rachel
Dr. Samer pula memberikan jawapan yang lebih relaks, namun tetapi mengelakkan penggunaan parabens dan percaya adalah lebih baik untuk elakkan, jika anda boleh mencari produk yang bebas parabens.
4. Sabun hotel
Mungkin anda tak fikir dua kali apabila menggunakan sabun yang disediakan oleh pihak hotel, tapi ia tidak bagus untuk kulit anda terutamanya jika anda memakainya di bahagian muka.
Dr. Samer memberitahu bahawa beliau sangat berhati-hati ketika berada di hotel. Beliau tidak pernah menggunakan sabun di hotel kerana ia sangat mengeringkan dan terlalu wangi. Sebaliknya beliau sentiasa membawa sabun sendiri bersamanya.
Beliau juga bersetuju bahawa produk yang wangi secara amnya menyebabkan keradangan pada kulit dan ia patut dielakkan. Dr. Jennifer juga bersetuju dengan kenyataan ini bahawa tiada apa yang baik dengan menambahkan pewangi kepada produk pembersih.
5. Scrub pengelupasan
Kedua-dua pakar dermatologi Dr. Jennifer dan Dr. Rachel tidak menggunakan produk scrub. Di Amerika Syarikat, sebarang produk yang mengandungi microbead (manik kecil) adalah diharamkan sejak tahun 2015.
Dr. Jennifer berkata mengelupaskan kulit anda dengan cara fizikal atau mekanical, adalah sangat tidak baik bagi kulit. "Saya lebih suka produk yang mengelupaskan secara kimia, seperti glikolik atau sesuatu yang membuang kulit mati secara lembut dan bukan dengan cara menggosok dengan kasar yang mana tak patut dilakukan," jelasnya lagi.
Dr. Samer juga mengelak daripada menggunakan scrub. "Saya tidak pernah menggunakan scrub pengelupasan, sebaliknya menggunakan retinoid dan ia adalah pengelupas semulajadi," terangnya.