Seperti Australia, New Zealand juga merupakan sebuah negara indah yang menjadi tumpuan rakyat Malaysia untuk melancong dan juga bekerja.

Biasanya negara-negara ini menjadi longgokan rakyat Malaysia yang ingin mendapatkan pendapatan lumayan sambil menikmati pengalaman tinggal di negara beriklim sejuk. Namun, ramai di antara mereka yang melakukannya secara tidak sah.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Bagi anda yang berminat untuk bekerja sambil melancong atau working holiday di New Zealand, ada berita baik untuk anda! New Zealand akan membuka permohonan visa bagi melancong sambil bekerja untuk rakyat Malaysia. (sumber)

kerja di ladang di new zealand

Menurut laman sesawang rasmi Imigresen New Zealand, negara ini mempelawa dan menyambut baik golongan belia Malaysia untuk bekerja atau belajar di sana selama 6 bulan sambil bercuti.

Namun, mereka yang ingin memohon mestilah mempunyai wang sekitar $NZ2,250 (RM6,350) terlebih dahulu bagi menampung perbelanjaan ketika berada di negara ini.

Anda juga mungkin perlu membuktikan memiliki wang sebanyak ini ketika tiba di New Zealand.

Syarat dan kriteria untuk memohon

Antara kriteria-kriteria yang anda perlu penuhi untuk layak membuat permohonan termasuklah:

  1. Mestilah berusia di antara 18 dan 30 tahun
  2. Tidak boleh memegang jawatan atau bekerja tetap di New Zealand
  3. Kerja tersebut mestilah sah (tidak melanggar undang-undang)
  4. Anda tak dibenarkan memberikan perkhidmatan seks komesial
  5. Anda tidak boleh membawa anak-anak anda (jika ada) bersama ketika working holiday
  6. Visa berasingan diperlukan bagi pasangan anda

Permohonan boleh dilakukan secara online dan bayaran sebanyak NZ $208 (RM586) dikenakan. Pembayaran boleh dilakukan menggunakan kad kredit.

kerja di ladang di new zealand 2

Tempoh 21 hari diperlukan untuk memproses permohonan dan segalanya akan dihubungi melalu e-mel.

Anda dinasihatkan supaya menyediakan dan menyiapkan segala dokumen yang diperlukan ketika membuat permohonan kerana anda mungkin diminta untuk memberikan maklumat dokumen sebagai bukti.

Sebelum anda berasa teruja untuk memohon, perlu diketahui terlebih dahulu bahawa tak semua yang memohon akan diterima dan diberikan visa ini.

Tarikh permohonan bagi sesi 2019

Terdapat kuota bagi visa kelas ini untuk rakyat Malaysia dan setiap tahun, hanya 1,150 rakyat Malaysia yang akan terpilih dan diberikan visa working holiday.

visa working holiday new zealand

Permohonan ini dibuka pada 23 Januari 2019 bermula jam 5 pagi waktu Malaysia. Jadi, bagi yang benar-benar berminat, anda perlu bersiap sedia dengan lebih awal dan hantarkan permohonan dengan segera setelah permohonan dibuka.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari laman sesawang rasmi di pautan ini.




Hakcipta iluminasi.com (2017)