petik buah di australia

Sehingga kini, umum sedia maklum bahawa terdapat ramai warga Malaysia yang berada di negara kangaroo, Australia, dengan tujuan dan niat untuk bekerja.

Ini disebabkan oleh pulangan lumayan yang ditawarkan di sana dengan gaji melebihi RM39 sejam ditambah pula dengan tekanan ekonomi yang semakin tenat di Malaysia.

Walaubagaimanapun, majoriti daripada mereka melakukannya secara haram dan ini telah memberikan nama buruk kepada Malaysia.

petik buah di australia 2

Lebih buruk, kini ramai rakyat Malaysia yang ingin masuk ke Australia dengan tujuan benar-benar untuk melancong juga terkandas di lapangan terbang kerana ditahan oleh pihak imigresen Australia.

Ia merupakan kesan daripada lambakan pekerja haram di Australia terutamanya daripada Malaysia. Sebenarnya, rakyat Malaysia boleh bekerja di Australia secara sah dengan visa yang ditawarkan.

Visa ini dikenali sebagai visa subclass 462.

Apa itu visa kerja sambil melancong Australia?

Visa ini untuk mereka yang berusia di antara 18 dan 30 tahun yang ingin melancong dan bekerja di Australia sehingga tempoh setahun. Visa ini membolehkan anda:

  1. Tinggal di Australia sehingga 12 bulan
  2. Kerja di Australia, biasanya sehingga 6 bulan dengan setiap majikan
  3. Menyambung pelajaran sehingga tempoh 4 bulan
  4. Masuk dan keluar Australia tanpa had selagi visa masih sah

Namun, kerajaan Australia baru sahaja mengumumkan bahawa mereka akan memanjangkan tempoh visa working holiday bermula Julai 2019 untuk membenarkan backpackers dan pengembara untuk tinggal lebih lama di negara ini kerana mereka memerlukan buruh-buruh ladang.

Perubahan ini bermakna mereka yang memperoleh visa ini boleh tinggal di Australia sehingga 3 tahun jika bekerja dalam bidang pertanian sekurang-kurangnya 6 bulan.

Jenis-jenis visa

visa subclass 462

Secara keseluruhan, terdapat beberapa subklas visa untuk working holiday, bergantung kepada kemahiran dan sebab anda memohon.

Jadi, adalah lebih baik untuk anda memahami subklas ini sebelum memutuskan untuk memohon.

Suruhanjaya Tinggi Australia di Kuala Lumpur bertanggungjawab memproses permohonan visa bagi mereka yang memegang pasport Malaysia. 

Di bawah program ini, had tahunan sebanyak 100 visa diberikan dan apabila semua visa telah diberikan kepada pemohon yang berjaya, tidak akan ada visa baru yang diberikan sehingga tahun program visa berikutnya.

Siapa yang layak untuk memohon visa ini?

Anda mungkin layak untuk memohon visa working holiday jika:

  1. Berumur di antara 18 dan 30 tahun pada tarikh anda memohon
  2. Memiliki pasport Malaysia yang sah
  3. Memiliki Sijil Kelakuan Baik Malaysia, yang telah dikeluarkan tidak lebih daripada 12 bulan yang lalu *
  4. Tidak pernah memperoleh visa Working Holiday (417) atau Work and Holiday (462)
  5. Mampu bertutur dalam Bahasa Inggeris dengan baik
  6. Memiliki ijazah sarjana muda atau menamatkan sekurang-kurangnya 2 tahun pengajian ijazah sarjana muda

* Nota: Di Malaysia surat sokongan kerajaan adalah Sijil Kelakuan Baik Malaysia (CGC). Anda mesti menyerahkan CGC asal sebagai sebahagian daripada permohonan anda. Jika anda tidak berbuat demikian, permohonan anda akan ditolak.

Maklumat lanjut mengenai kelayakan dan senarai semak dokumen, sila rujuk halaman khas di laman web Suruhanjaya Tinggi Australia Malaysia di pautan ini.

Apakah jenis pekerjaan yang anda boleh dapat?

kerja di australia 414

Terdapat pelbagai jenis pekerjaan di Australia di bawah visa ini, namun antara yang paling biasa adalah seperti berikut:

Jenis pekerjaanKebaikanKeburukanGaji purataCara cari kerja
Pekerja atau pembantu hostelMudah dijumpai dengan visa working holidayBukan yang terbaik dari segi gaji atau persekitaran kerjaGaji minimum atau diberikan tempat tinggal percuma (tanpa gaji)Tanya di hostel anda menginap atau lihat di papan kenyataan
Pekerja runcitKerja yang agak mudah dan mudah untuk dicari sepanjang tahun Pengambilan biasanya bermusim dan mempunyai kadar penolakan yang tinggi.Di antara RM42.30 hingga RM54.40 sejamHantarkan resume anda kepada cawangan
Pelayan, bartender, baristaGaji yang baik dan berpeluang bertemu orang baru yang menarikWaktu kerja tak menentu Di antara RM45.40 dan RM54.40 (tidak termasuk tips yang akan dibahagikan sama rata dengan pekerja lain)Hantarkan resume anda secara bersemuka
Pengumpul danaKerja di luar, biasanya persekitaran kerja yang relaksKebanyakannya adalah penipuan (scam)Gaji asas sekitar RM302.5 hingga RM605 semingguPapan kerja dalam talian
Kerja pejabatGaji yang lebih baik dan keselamatan kerja terjaminSangat sukar untuk diperolehDi antara RM54.50 dan RM75.60 sejamPermohonan dalam talian, rujukan rakan dan agensi
Kerja serantau (kerja ladang, petik buah dan lain-lain)Membolehkan anda memperoleh visa tahun kedua dan mudah dicariKerja yang agak berat dan waktu tak menentuDi antara RM48.40 dan RM54.50, atau dibayar mengikut jumlah yang dipetikDalam talian, papan kenyataan di hotel, rujukan rakan atau agensi

Berapa kos untuk memohon visa working holiday?

Kategori visaCaj permohonan visa asas
Work and Holiday (subclass 462)AUD450 (RM1,361)

Terdapat tiga pilihan pembayaran yang tersedia: kad kredit, kad, draf bank permintaan (dibayar kepada "Suruhanjaya Tinggi Australia").

Sebagai tambahan kepada caj asas, rakyat Malaysia perlu membayar Yuran Perkhidmatan VFS untuk semua permohonan visa yang dibuat dan biometrik yang dikumpulkan di pusat permohonan visa, sebanyak RM337.

Bayaran akan dibayar secara tunai sahaja dan dibuat di pusat permohonan. Untuk permohonan yang diemelkan, pembayaran caj perkhidmatan boleh dibuat oleh draf bank yang perlu dibayar kepada VFS (M) Sdn Bhd.

Secara umumnya, anda akan membayar yuran pelanggan utama dan yuran koleksi biometrik. Secara keseluruhan, termasuk caj asas, visa Kerja dan Percutian, anda perlu membayar sekitar RM1,698.

Tetapi ingat, anda hanya boleh memohon sebelum tarikh akhir dan sebelum kuota 100 visa penuh. Jika anda terlepas peluang ini, anda perlu menunggu tahun depan.

Bagaimana cara memohon?

kerja barista di australia

Sebelum memohon, adalah lebih baik untuk anda melayari laman web VFS Global untuk mengetahui tentang maklumat dan keperluan terkini.

Tetapi ini pecahan proses permohonan secara ringkas:

Langkah 1

Pilih subkelas visa yang sesuai untuk tujuan perjalanan anda ke Australia dan muat turun borang permohonan visa yang berkaitan.

Sila ambil perhatian: Anda juga boleh mendapatkan borang permohonan visa di pusat permohonan visa Australia (AVAC).

Langkah 2

Pastikan anda mempunyai dokumen sokongan. Untuk senarai dokumen sokongan yang diperlukan untuk visa anda, lihat senarai semak yang disediakan di bawah "Jenis Visa". Kumpulkan semua dokumen sokongan yang diperlukan untuk permohonan anda.

Untuk mengelakkan kelewatan, serahkan semua dokumen sokongan pada masa permohonan.

Langkah 3

Uruskan bayaran yuran visa sama ada dalam bentuk wang tunai, kad kredit atau draf bank dari bank Malaysia dalam ringgit sahaja kepada Suruhanjaya Tinggi Australia.

Langkah 4

Lawati pusat permohonan visa untuk membuat permohonan dan mengemukakan biometrik anda.

VFS Australia Visa Application Centre

Alamat: 19, Wisma Mca, 163, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia . Telefon: +60 3-2166 6550

Berapa lama tempoh pemprosesan visa?

Selepas memohon visa, anda boleh menjejaki status permohonan anda. Ingat, perkhidmatan ini hanya boleh memberi maklumat tentang proses permohonan semasa di pusat permohonan visa Australia.

Ia tidak dapat memberikan maklumat mengenai apa yang berlaku terhadap permohonan itu apabila ia sampai kepada Suruhanjaya Tinggi Australia.

Tempoh pemprosesan visa global :

  1. 75 peratus permohonan diproses dalam 34 hari
  2. 90 peratus permohonan diproses dalam 49 hari

Selamat mencuba!


tags : , , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)