Kejadian tembakan di masjid di Christchurch telah membuatkan nama New Zealand disebut di seluruh dunia.

Sebelum ini, New Zealand dikenali kerana kecantikan alam semulajadi dan sebagai antara negara yang paling selamat di dunia.

Namun, masih terdapat pelbagai perkara yang tidak diketahui ramai orang tentang negara yang terletak jauh terpinggir ini.

iluminasi.com kongsikan 10 fakta tentang New Zealand yang ramai tak tahu.

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. Nama asal New Zealand sebelum kedatangan peneroka Eropah

fakta new zealand

Nama Maori untuk New Zealand iaitu Aoetaroa bermaksud 'tanah awan putih yang panjang'. Aotearoa pada mulanya digunakan untuk menggambarkan Pulau Utara, sebelum berkembang menjadi nama Maori rasmi untuk seluruh negara.

Terdapat pelbagai penjelasan untuk nama ini dan yang paling popular dalam cerita Maori tradisional adalah dikaitkan dengan idea bahawa ufuk di New Zealand sering diliputi dalam awan putih yang panjang.

Negara ini juga kelihatan seperti bentuk awan panjang apabila dilihat dari ruang angkasa.

2. Terdapat lebih banyak kambing biri-biri berbanding manusia

kambing biri biri di new zealand

New Zealand adalah sebuah negara yang mempunyai penduduk yang rendah.

Secara geografi, keluasannya adalah 2 kali ganda Semenanjung Malaysia, namun populasinya hanyalah seramai 4.47 juta orang.

Malah, jumlah kambing biri-biri di New Zealand melebihi jumlah manusia. Terdapat kira-kira 6 ekor kambing biri-biri bagi setiap manusia di New Zealand, antara nisbah tertinggi di dunia.

Jadi, secara teorinya, penduduk di New Zealand tidak akan mati kelaparan.

3. Sempadan terakhir bagi manusia

orang new zealand

Menurut sejarah moden, manusia bermula di Afrika, bergerak ke Eropah dan Asia, Amerika Utara, Australia dan akhirnya New Zealand. Manusia tiba di New Zealand hanya kira-kira 800 tahun dahulu.

Ini dianggap tersangat baru berbanding kawasan lain di dunia yang sudah dihuni selama berpuluh ribu tahun. Oleh itu, New Zealand dianggap sebagai sebuah negara yang tersangat muda.

4. Pernah menjadi rumah kepada spesis burung gergasi

burung moa gergasi

Selain daripada keindahan alam semula jadi, New Zealand juga terkenal dengan spesis haiwan yang menarik.

Walaupun sudah pupus, burung Moa gergasi satu ketika dahulu boleh ditemui di New Zealand.

Haiwan ini mempunyai ketinggian 3.6 meter dan mampu mencapai berat 230 kilogram.

5. Perintis hak-hak wanita

pergerakan wanita new zealand

Pada 19 September 1883, satu Akta Pemilihan baru telah diluluskan menjadi undang-undang, menjadikan New Zealand sebagai negara dengan pemerintahan sendiri yang pertama untuk memberi wanita hak untuk mengundi.

Sebagai perbandingan, wanita hanya diberi hak mengundi di Britain dan Amerika Syarikat selepas Perang Dunia Pertama, lebih daripada 35 tahun selepas New Zealand.

Pergerakan hak mengundi New Zealand diketuai oleh Kate Sheppard, yang mana sumbangan bersejarahnya telah diabadikan di dalam nota NZ $10 dan di beberapa jalan pejalan kaki Wellington.

6. Tanah "kiwi"

burung kiwi

Mengapa orang menggunakan perkataan "kiwi" ketika bercakap tentang New Zealand?

Ya, ia juga merupakan nama kepada sejenis buah yang berbulu, buah kiwi, seekor burung yang boleh ditemui di negara ini iaitu burung kiwi, dan juga nama samaran untuk rakyat negara ini, orang kiwi.

Perkataan kiwi pada mulanya hanyalah nama kepada sejenis burung yang tak boleh terbang yang boleh ditemui di New Zealand.

Namun, ia menjadi nama kepada buah kiwi apabila pihak pemasaran menyedari nama sebenarnya, Chinese goosebery tidak akan menjana keuntungan, jadi mereka menamakannya bersempena nama burung kiwi.

Ia juga menjadi perkataan slang bagi menggambarkan warga New Zealand, yang mana menjadikan keseluruhan perkara ini lebih membingungkan. 

7. Terdapat 3 bahasa rasmi

bahasa maori

Bahasa Inggeris adalah bahasa yang paling banyak digunakan di New Zealand dan digunakan dalam semua peringkat masyarakat, dari undang-undang ke pendidikan dan kehidupan masyarakat.

Bahasa Maori dan Bahasa Tandatangan New Zealand juga diberikan status rasmi, serta boleh digunakan dalam prosiding undang-undang dengan bantuan penterjemah.

Te Reo Maori diajar di kebanyakan sekolah, dan juga digabungkan dalam pelbagai bahagian kehidupan seharian.

8. Majoriti penduduk adalah orang Eropah

orang new zeland jfif

Serangan tembakan pengganas di Christchurch baru-baru ini antara satunya disebabkan oleh salah faham pengganas tersebut yang menyangkakan bahawa populasi orang kulit putih di New Zealand semakin berkurangan.

Hakikatnya, 74% daripada keseluruhan penduduk New Zealand adalah dari Eropah, 14.9% daripadanya adalah orang Maori, 11.8% terdiri daripada orang Asia.

Selebihnya adalah orang Pasifik sebanyak 7.4%, 1.2% mewakili orang Latin dan Afrika serta 1.7% lagi lain-lain.




Hakcipta iluminasi.com (2017)