Ia bukanlah satu lagi rahsia bahawa Republik Iran mempunyai hubungan yang rumit dan tidak menentu dengan Amerika Syarikat.
Malah ia semakin memburuk selepas pembunuhan ketua tentera Iran di atas arahan presiden Donald Trump.
Selepas ketegangan dengan Iran pada Mei 2018 dengan menarik diri dari perjanjian Nuklear Iran, Presiden Trump menyatakan kesediaan bertemu dengan presiden Iran, Hassan Rouhani.
BESARKAN TEKS A- A+
Tawaran itu diterima secara terbuka oleh Hassan, namun pemimpin tertinggi Iran iaitu Ayatollah Ali Khamenei langsung tidak berminat.
Ayatollah adalah gelaran pemimpin agama tertinggi di kalangan umat Syiah. Dan di negara republik ini, Ali Khamenei adalah invididu yang memberikan kata putus ke atas hampir semua perkara.
Ini membuatkan ramai orang tertanya-tanya betapa hebat dan kuatnya kuasa yang dimilii oleh pemimpin tertinggi Iran ini.
Republik Iran adalah watak utama di Timur Tengah. Dan sama ada perang di Syria dan Yaman, atau perjanjian nuklearnya dengan kuasa barat.
Sama ada perang di Syria dan Yaman, atau perjanjian nuklearnya dengan kuasa barat, negara Parsi ini seringkali diselubungi oleh kontroversi.
Dan walaupun negara ini telah memilih kerajaan seperti jawatan presiden dan badan perundangan, namun sebahagian besar daripada kuasa negara ini kepunyaan seorang individu, iaitu pemimpin tertinggi negara.
Malah, kuasa pemimpin tertinggi ini mempunyai kesan penting yang sangat meluas.
Apabila ia melibatkan politik, pemimpin tertinggi ini mempunyai kuasa langsung atau tidak langsung ke atas badan eksekutif serta perundangan kerajaan melalui dewan yang tidak dipilih di bawah kendaliannya.
Pada asasnya, Ali Khamenei adalah pihak berkuasa politik yang paling berpengaruh dan berkhidmat sebagai ketua negara.
Oleh itu, walaupun Iran mempunyai presiden, kedudukan ini tidak mempunyai pengaruh yang begitu besar berbanding presiden AS sebagai contoh.
Untuk setiap jawatan yang dipilih dalam kerajaan sama ada kedudukan presiden atau ahli parlimen (yang dikenali sebagai Majlis), terdapat jawatan yang tidak dipilih atau pengawasan, yang mana akan membuat kata putus apabila melibatkan undang-undang dan perkara utama Negara.
Sebagai contoh, Majlis Penjaga yang merupakan badan bebas dan yang tidak dipilih, mempunyai kuasa untuk memberi pas veto perundangan parlimen, jika ia menyangkal undang-undang yang tidak berperlembagaan atau bertentengan denga tafsiran mereka terhadap undang-undang Islam mereka.
Majlis penjaga ini terdiri daripada enam orang ahli teologi yang dilantik oleh Pemimpin Tertinggi, dan enam ahli hukum yang dilantik oleh badan kehakiman serta diluluskan oleh parlimen.
Ia juga boleh menghalang calon daripada bertanding untuk jawatan politik.
Pemimpin tertinggi juga memiliki pengaruh paling besar terhadap tentera negara. Beliau bukan sahaja berkhidmat sebagai ketua komander tentera, tetapi juga sebagai ketua perkhidmatan perisikan negara.
Ini bermakna, Ali Khamenei seorang sahaja mempunyai kuasa untuk mengisytiharkan perang, atau menamatkannya.
Kuasa ini adalah lebih hebat berbanding presiden AS di mana jika Donald Trump ingin melancarkan perang ke atas sesebuah negara, beliau perlu mendapatkan kelulusan kongres untuk berbuat demikian.
Ali Khamenei juga mengendalikan Kor Pengawal Revolusi Iran (IRGC) negara di mana satu ketika dahulu dipimpin oleh Qassem Soleimani, yang ditugaskan untuk memelihara dan mempertahankan prinsip-prinsip Revolusi Iran 1979.
Ketua IRGC boleh melaporkan terus kepada Pemimpin Tertinggi.
Pemimpin Tertinggi secara langsung boleh memintas Menteri Pertahanan, secara langsung memintas presiden serta boleh memberikan tugas kepada ketua-ketua IRGC dengan misi-misi tertentu.
IRGC dibahagikan kepada dua bahagian iaitu sayap domestik dan sayap asing, yang dikenali sebagai Angkatan Quds. Angkatan Quds juga pernah dipimpin oleh Qassem Soleimani dari tahun 1998 sehingga kematiannya pada 3 Januari 2020.
Angkata Quds IRGC memegang kedua-dua ideologi revolusioner dan kuasa keras yang diaplikasikan di luar negara.
IRGC adalah salah satu punca utama kerosakan di rantau ini dan merupakan salah satu alat penghubung antara Iran dan kumpulan pengganas.
Jabatan Negera A.S. mengklasifikasikan Iran negara penaja pengganas, sebahagiannya disebabkan tindakan IRGC.
Apabila melibatkan ekonomi negara, pengaruh Pemimpin Tertinggi adalah lebih kepada secara tidak langsung berbanding secara langsung.
Ini bermakna, ucapan atau kenyataan beliau ditafsirkan oleh penggubal undang-undang dan presiden, pihak yang melaksanakan dasar-dasar negara.
Namun, Majlis Penjaga sentiasa bersedia untuk menyangkal dasar-dasar yang terpesong jauh daripada visi Pemimpin Tertinggi.
Sebenarnya, pembahagian kuasa di Iran bukanlah sebegini dari dulu. Iran diperintah oleh monarki untuk beribu-ribu tahun yang dikenali sebagai Shah.
Raja terakhir Iran adalah Mohammad Reza Shah Pahlavi, yang menaiki takhta pada tahun 1921 selepas rampasan kuasa.
Dinasti Pahlavi adalah sebahagian besarnya adalah sekular, pro-barat dan disokong oleh Amerika Syarikat. Para penguasa juga sangat autoritarian dan menjadi semakin tidak popular di kalangan sesetengah rakyat Iran.
(Mohammad Reza Shah Pahlavi)
Jadi pada tahun 1979, kumpulan Islam, sayap kiri, para pelajar, dan kumpulan gerila berkumpul untuk memprotes pemerintahan Iran oleh Shah.
Ketidakpuasan hati itu memuncak dalam satu revolusi yang menggulingkan telah monarki.
Seorang yang memainkan peranan penting dalam revolusi tersebut adalah Ruhollah Khomeini, seorang pemimpin Syiah yang menghabiskan 15 tahun dalam pengasingan keranan menentang Shah.
Disebabkan ini, berjuta-juta rakyat Iran mula melihat Ruhollah seperti payung yang akan mengetuai dakwaan revolusioner terhadap monarki Pahlavi.
(Ruhollah Khomeini pemimpin tertinggi Iran pertama)
Dan setelah monarki jatuh pada tahun 1979, Ruhollah kembali ke Iran.
Kemudian pada Disember tahun yang sama, Republik Iran dilahirkan dan Ruhollah adalah orang pertama yang menjadi Pemimpin Tertinggi negara ini.
Ruhollah meninggal dunia 10 tahun selepas memimpin revolusi pada tahun 1989. Jawatan tertinggi negara ini diambil alih oleh Ali Khamenei dan masih berkuasa sehingga ke hari ini.
Setelah lebih dari 40 tahun sejak revolusi berlaku, jawatan pemimpin tertinggi ini terus menjadi kedudukan paling kuat di Iran.
Rujukan:
1. Time
3. This World